29/08/2026
HARI PERLAWANAN | KEPUTUSAN RASMI
SEPARUH AKHIR PERTAMA - CMC FC SUPER LEAGUE 2026
Perlawanan penuh debaran akhirnya melabuhkan tirai!
Aksi Separuh Akhir Pertama Kejohanan Liga Bola Sepak CMC FC Edisi Ke-IV Lahad Datu 2026 menyaksikan pertembungan sengit antara API FC π CMC FC di Padang Kompleks Sukan Lahad Datu pada Sabtu, 29 Ogos 2026.
KEPUTUSAN RASMI
API FC 6οΈβ£ β 0οΈβ£ CMC FC
Selepas 90 minit aksi, API FC tampil dengan persembahan mantap dan berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan bergaya 6β0 ke atas CMC FC.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada API FC yang berjaya memastikan tiket ke PENTAS AKHIR!
Walaupun keputusan tidak memihak kepada CMC FC, perjuangan, semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan tetap wajar diberikan penghargaan.
API FC SUDAH DI FINAL!
Dengan kemenangan ini, API FC secara rasmi mengesahkan tempat ke peringkat akhir, yang bakal berlangsung pada:
π
6 SEPTEMBER 2026 | AHAD
π KOMPLEKS SUKAN LAHAD DATU
Kini tinggal SATU TIKET TERAKHIR untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi pencabar API FC di pentas final!
ESOK β SEPARUH AKHIR KEDUA!
Persaingan semakin memuncak apabila COMBAT FC π ADIDAS FC bakal turun berentap dalam Separuh Akhir Kedua.
SATU PERLAWANAN. SATU PELUANG. SATU TIKET KE FINAL!
Pentas semakin hampir. Tekanan semakin tinggi. Impian untuk mengangkat trofi semakin membara!
SIAPA BAKAL MENYUSUL API FC KE FINAL?
Jangan lepaskan aksi Separuh Akhir Kedua!
Datang beramai-ramai, penuhi padang dan berikan sokongan kepada pasukan pilihan anda.
SIAPA KE FINAL?
KITA SAKSIKAN!
FC