29/12/2020
DEADLIFT ( )
Apa itu deadlift? Apakah kelebihan deadlift? Siapa yang perlu deadlift? Bagaimanakah kita deadlift? Bila kita perlu deadlift? Di mana kita boleh deadlift?
1.Deadlift ialah salah movement pattern digunakan dalam general strength training program dimana kita akan menarik barbell dari lantai ke peha kita.
2. Dengan teknik yang betul, deadlift melatih keseluruhan posterior chain kita.Muscle yang terlibat dalam deadlift ialah traps, lats, spinae erector, glutes, hamstrings, gastrocnemius ( calves ). Forearm muscles digunakan untuk genggaman dan trunk muscles ( core ) digunakan untuk stabilkan keseluruhan badan dan spine. Jadi keselurahan badan menjadi lebih kuat. Ini sangat berfaedah untuk atlit dan juga keseluruhan majoriti penduduk di muka bumi ini. Kerana badan yang kuat ialah badan yang lebih bagus, lebih tahan dari kecederaan dan lebih berguna.
3. Keseluruhan komuniti atlit, orang - orang yang kerap buat aktiviti fizikal/bers**an, pengarah jabatan, retail assistant, kontraktor, director, hair dresser, YB, penculik, perompak dll. Ringkasnya, jika awak boleh berdiri, berjalan dengan biasa awak perlu deadlift.
4. Deadlift akan dilakukan dengan barbell. Kita tidak guna bands, dumbell, kettlebell atau lain-lain lagi atas sebab tiada alat lain yang boleh load seberat barbell. Teknik mengangkat secara ringkasnya ialah letak barbell 1 inci dari tulang keting, pegang barbell, pastikan tulang belakang dalam keadaan fully extension, punggung tidak terlalu rendah seperti squat. Tarik nafas dan angkat barbell ke atas sehingga lock out position. Kemudian letak barbell kembali di posisi mula untuk reps seterusnya. Jangan hempas.Tambah berat mengikut kemampuan sendiri dan tambah berat setiap kali deadlift. Banyak variasi deadlift yang kita akan jumpa tetapi di atas ini Ini adalah cara terbaik deadlift untuk strength training.
5. Untuk program novice ( pemula ) Deadlift dibuat 3x seminggu, kemudian 2x seminggu dan setelah beban menjadi sangat berat, deadlift dibuat 1x seminggu. Ini adalah berdasarkan konsep stress, recovery dan adaptation.
6. Deadlift harus dibuat di atas platform deadlift kerana itu adalah permukaan yang rata. Jika anda deadlift di atas lantai gym, pastikan diletakkan matt untuk dijadikan alas plate. Jika tidak, lantai gym akan pecah. Deadlift mula di lantai dan habis di lantai. Jika anda buat movement ini di dalam power rack, ia dipanggil rack pull. Bukan deadlift.
Deadlift boleh dijadikan sebagai pemangkin prestasi fizikal untuk atlit, digunakan sebagai cara untuk menguatkan badan secara am dan juga boleh dijadikan sebagai rehab untuk kecederaan. Ramai dah orang luar pakai untuk tujuan di atas. Jangan percaya kalau ada rakan-rakan kata deadlift rosakkan tulang atau pinggang. Mereka maybe tak buat dengan teknik yang betul dan mereka mungkin juga hanya dengar maklumat yang salah.
Credit to