20/06/2026
🚨 PENGUMUMAN PENTING: PENGAMBILAN MEDAL, FINISHER TEE & RACE KIT POBM 2026 (KHAS PELARI LABUAN) 🚨
Sesi pengambilan Medal, baju Finisher, dan Race Kit untuk para pelari Labuan akan diadakan pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 11:00 Pagi - 5:00 Petang
📍 Tempat: Kafe JKR Labuan
Bagi melancarkan urusan di kaunter, sila patuhi prosedur berikut:
✅ Pengambilan Sendiri: Sila bawa dan tunjukkan BIB & MYKAD anda kepada krew yang bertugas.
🔄 Pertukaran Medal: Sekiranya anda ingin menukar medal yang tersilap semasa hari acara, sila bawa medal yang tersilap tersebut berserta BIB & MYKAD pelari untuk ditunjukkan kepada krew. (Nota: Medal yang telah di ENGRAVE tidak boleh ditukar)
👕 Baju Finisher: Pengambilan saiz Finisher Tee adalah ketat mengikut rekod di dalam sistem pendaftaran. Pertukaran saiz adalah TIDAK DIBENARKAN.
🤝 Pengambilan Wakil (On Behalf): Jika mengambil bagi pihak pelari lain, wakil perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter. Sila sediakan tangkap layar (screenshot) BIB & MyKad (IC) pemilik asal.
Kami memohon maaf untuk kesilapan teknikal yang berlaku. Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan pelari di Labuan.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Feel The Vibes, Run The Island 🌴
Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.