18/08/2023
17 Ogos 2023 - W.P Labuan
Jalinan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan (DOFL) bersama Sekolah Kebangsaan Patau Patau (SKPP) diterjemah melalui penganjuran Program Pameran Kebudayaan & Biodiversiti sempena sambutan bulan kebangsaan di dewan terbuka SKPP.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan interaksi-konservasi diadakan. Antaranya pameran konservasi, Taklimat-Interaksi Pendidikan Marin, snorkeling guide, kuiz & trivia serta aktiviti 'puzzle solving'
Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyemai nilai patriotisme sempena bulan kebangsaan serta memupuk kesedaran tentang konsep 'pulih-jaga-kekal' kelestarian alam sekitar dalam kalangan murid-murid dibangku sekolah lagi.
Program turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan, En.Faizal Ibrahim Bin Suhaili. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKPP En.Rosli Bin Mohd Ali. Program turut disertai Jabatan Muzium Malaysia selaku agensi rakan strategik.