15/09/2021
From pandemik to endamik.
Someday soon..
Peluang untuk kita 'keluar dari pandemik' telah dibuka
Selepas lebih setahun berperang dengan wabak COVID-19 tanpa ada tanda-tanda bila ia akan reda, rakyat Malaysia kini boleh menarik sedikit nafas lega.
Ketika ini, ini rakyat Malaysia sedang menempuh tempoh persediaan untuk peralihan daripada pandemik kepada fasa endemik.
Negara Jiran, Singapura dan Australia telah pun memasuki fasa endemik.
Dalam fasa endemik, hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial akan dibuka kecuali beberapa aktiviti di tempat-tempat berisiko tinggi.
Kerajaan mensasarkan untuk beralih ke fasa endemik pada akhir Oktober ini dan bersediaan rapi sedang dibuat supaya rakyat Malaysia dapat hidup dengan virus ini.
Persediaan itu antaranya memperkemas SOP daripada 181 SOP yang sedia ada yang merangkumi semua fasa kepada sekurang-kurangnya 10 SOP yang lebih mudah difahami dan dipatuhi.
Pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan antara SOP utama dalam tindakan kesihatan awam kendiri.
Adakah keputusan beralih ke fasa endemik ini tindakan terburu-buru kerana kes jangkitan masih tinggi?
Lebih 95% kes baharu adalah kategori 1 dan 2 dan kebanyakan mereka belum lengkap divaksin atau belum divaksin.
Bagi negeri yang mempunyai kadar liputan imunisasi yang tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Sarawak, bilangan kemasukan pesakit ke hospital dan kematian telah menunjukkan trend penurunan.
Pekhidmatan kesihatan yang tidak terlalu dibebani dengan pesakit COVID-19 adalah antara indikator penting peralihan fasa endemik.
Fokus ketika ini ialah meningkatkan vaksinasi di negeri-negeri yang mencatatkan kes harian yang tinggi iaitu Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah.
Dalam fasa endemik, 80% pop**asi dewasa di negara ini disasarkan telah lengkap divaksin dengan kes jangkitan yang serius dan kematian terus nenurun.
Justeru, peralihan fasa endemik keputusan tepat kerajaan kerana realitinya ialah tiada tanda-tanda wabak ini akan berakhir dan rakyat p**a tidak lagi boleh 'dikurung' serta sektor ekonomi tidak lagi boleh ditutup.
Memasuki fasa endemik ini bergantung kepada situasi semasa kes jangkitan COVID-19 dan pematuhan rakyat kepada SOP sepanjang tempoh peralihan ini.
Seperti kata Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, usaha untuk keluar pandemik ini bukan bergantung sepenuhnya kepada usaha dan strategi kerajaan tetapi juga bergantung kepada tahap pematuhan rakyat.
Beberapa kelonggaran SOP akan diberikan kerajaan sebagai persediaan memasuki fasa endemik. Namun, peralihan ini akan 'terganggu' jika kes jangkitan kembali menjadi teruk.
Peluang untuk kita keluar pandemik ini telah dibuka. Teruskanlah mematuhi SOP setiap masa untuk membantu negara dan membantu diri sendiri.
*tulisan ini hanya pendapat penulis dan bukan kenyataan rasmi KKM.