Greatech Football Club - GFC

Greatech Football Club - GFC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Greatech Football Club - GFC, Sports Team, Jalan Tunku Putra, Kulim.

LAWAN TETAP LAWAN “Tiada yang mustahil” - ZamSany
28/07/2019

LAWAN TETAP LAWAN

“Tiada yang mustahil” - ZamSany

Masalah kecergasan para pemain masih dalam perhatian, Tapi saya tetap optimis mampu mencabar pasukan lawan - Zam Sany
19/07/2019

Masalah kecergasan para pemain masih dalam perhatian, Tapi saya tetap optimis mampu mencabar pasukan lawan - Zam Sany

RAMADHAN (1440)
18/05/2019

RAMADHAN (1440)

27/04/2019

Keputusan Perlawanan Persahabatan

GREATECH FC 1-5 BLACK STAR
Amirul 50’

Ijam 70💊

*Analisa

Pada babak pertama disajikan perlawanan berkualiti oleh kedua dua pasukan namun mereka lebih banyak bergerak di kawasan tengah mereka. 3 gol di babak pertama dihasilkan pihak lawan tidak luntur semangat untuk memburu gol.

Babak kedua menampakkan kedua dua pasukan ghairah untuk memburu gol. Namun Tamat kesudahan Kekalahan 5-1.

Kami bermain amat baik di babak kedua dan saya memuji semua pemain yang menunjukkan permainan yang baik, ujar Zam Sany

Keputusan Perlawanan PersahabatanREUNITED FC 1 - 1 GREATECH FC                                  Gondang 35’2 gol dari di...
20/04/2019

Keputusan Perlawanan Persahabatan

REUNITED FC 1 - 1 GREATECH FC
Gondang 35’

2 gol dari dihidangkan di perlawanan ini. Peluang demi peluang dari kedua-dua pasukan. Pihak lawan menjaringkan gol pendahuluan manakala jaringan Gondang telah menyamakan kedudukan 1-1 namun beliau tidak dapat beraksi sesudah menjaringkan gol kerana mengalami kecederaan.

Di babak kedua, Greatech Fc telah mengubah taktikal bertahan dengan menguatkan lagi di barisan pertahanan hingga pihak lawan buntu untuk menjaringkan gol pendahuluan. Namun ada beberapa peluang keemasan dari Mail namun disia-siakannya. Wisel panjang telah ditiupkan pengadil menandakan tamat perlawanan dengan kesudahan seri 1-1

Sekian Admin

Keputusan Perlawanan PersahabatanKulim Veteran 3-1 Greatech Fc•Tamat sudah perlawananan yang berlangsung di Stadium Mini...
13/04/2019

Keputusan Perlawanan Persahabatan
Kulim Veteran 3-1 Greatech Fc

•Tamat sudah perlawananan yang berlangsung di Stadium Mini Keladi menyaksikan Greatech Fc sekali lagi ditewaskan oleh kelab berpegalaman yang tidak asing lagi di daerah Kulim ini.

Greatech Fc mempunyai beberapa peluang di minit hujung permainan yang gagal dimanfaatkan sebaiknya kerana ketumpulan bahagian penyerang dan sayap.

Sekian ,Admin

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATANGreatech Fc 7-6 Mad Sabah FcAmirul-2 golIzzat-2 golMail-2 golNaim-1 golAnalisaBabak per...
09/03/2019

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

Greatech Fc 7-6 Mad Sabah Fc
Amirul-2 gol
Izzat-2 gol
Mail-2 gol
Naim-1 gol

Analisa

Babak pertama perlawanan dengan menyaksikan gerakan pantas dari kedua dua pasukan. tempo yang tinggi menjadikan perlawanan menjadi rancak.

13 gol terhasil dari perlawanan ini telah direkodkan jaringan terbesar greatech fc iaitu 7 gol memastikan kemenangan kedua bagi tahun ini.

Zam Sany (Pengurus Greatech Fc) berkata ”Para pemain menunjukkan semangat julang yang tinggi dan penyerang kami mempunyai beberapa peluang terhidang yang mampu untuk menjaringkan gol tetapi teknik atau faktor kecergasan menjadi penghalang.

Sekian Admin

Besok dia turun mai smkk.. Nak bantu team kita dibahagian serangan.. Besok jangan lupa semua.. Macam besa 5:30 mau dok s...
08/03/2019

Besok dia turun mai smkk.. Nak bantu team kita dibahagian serangan..
Besok jangan lupa semua.. Macam besa 5:30 mau dok sepak hang aku bagi keluaq peluh ceroii..
Starting wisel 6:00am waktu zimbabwe... Semoga berjaya..

02/03/2019

Keputusan Perlawanan Persahabatan

Greatech Fc 0-5 LeekBoom Fc

••••••••••••
Analisa

Greatech Fc sekali lagi diaibkan oleh pasukan lawan dimana pasukan lawan garang di babak pertama dengan jaringan 5 gol, para pemain terus dihantui kelajuan pasukan lawan dengan bermain secara “Wing Attack”. Mereka ialah pasukan baharu tetapi dimiliki pemain berkualiti yang digabungkan dari pasukan2 terpilih.

Babak kedua pihak lawan telah buntu menambah gol, disiplin dan kesungguhan mengekang asakan dan larian dari sebelah tepi namun tiada gol hinggalah ke wisel penamat.

Sekian Admin
“Majulah sukan untuk Greatech Fc dan Negara”

Misi mencari kemenangan pada perlawanan perlawanan pada sabtu 2 Mac di Padang A, Mini Keladi Stadium, menurut pengurus p...
01/03/2019

Misi mencari kemenangan pada perlawanan perlawanan pada sabtu 2 Mac di Padang A, Mini Keladi Stadium, menurut pengurus pasukan Zam Sany telah mengingatkan para pemain agar tidak lagi mencatat kekalahan. Beliau berkata, pasukannya telah bersiap siaga untuk bertembung dengan pasukan ‘muka baharu’ LeekBoom FC. Jelasnya, permainan kali diterapkan bermain secara “Hard Attacking” bagi memburu kemenangan yang diharapkan.

Kembalinya penjaga gol utama dan pertahanan menguatkan lagi pasukan barisan para pemain. Kemungkinan Amirul akan bermain seperti dahulu di bahagian penyerang bagi merancakkan lagi di barisan hadapan.

Justeru itu, pemain sekali lagi diingatkan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh merugikan pasukan.

Sekian Admin
*AYUH BANGKIT BERSAMA !!!

Keputusan Perlawanan PersahabatanRDM Fc 7-0 Greatech Fc••••••••••••Kekalahan terbesar direkodkan pada tahun ini.Tidak di...
24/02/2019

Keputusan Perlawanan Persahabatan

RDM Fc 7-0 Greatech Fc

••••••••••••
Kekalahan terbesar direkodkan pada tahun ini.
Tidak dinafikan pasukan lawan mempunyai kekuatan di setiap posisi.

“kami akui, masalah kecergasan dan latihan mental masih pada tahap yang lemah. Permainan yang kami tampilkan tidaklah sebagaimana kami bermain sebelum ini. Kami juga tidak menurunkan pemain utama pada perlawanan ini. Kami akan bangkit pada perlawanan seterusnya - Para Pemain

Sekian Admin
“Nothing is impossible”

JENDELA PERPINDAHANGreatech fc telah melakukan perpindahan pertama pada pertengahan febuari 2019.Greatech fc berjaya mem...
16/02/2019

JENDELA PERPINDAHAN

Greatech fc telah melakukan perpindahan pertama pada pertengahan febuari 2019.Greatech fc berjaya memikat pemain tengah dari Arsenal fc, Lucas Auba Iwobob secara pinjaman selama 6 bulan.
Tidak asing baginya,mesra dengan panggilan Bob oleh rakan sepasukan serta penyokong.
Penampilan pertama Bob bersama pasukan amat memukau dan memberi impak yang positif pada pasukan hingga berjaya melakarkan kemenangan.
Sentuhan yang ditonjolkan Bob hampir menjaringkan gol peribadi beliau untuk aksi pertama bersama pasukan.Katanya 'Saya akan terus berkerja keras untuk pasukan dan melakukan sebaik mungkin.

Sekian berita perpindahan.

Address

Jalan Tunku Putra
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Greatech Football Club - GFC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category