Lang Merah

Lang Merah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lang Merah, Sports Team, Kulim Utama, Kulim.

Rasanya dah lama Kedah tak hantar penyertaan untuk Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan Bawah Umur ni. La ni depa tgh bua...
05/05/2026

Rasanya dah lama Kedah tak hantar penyertaan untuk Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan Bawah Umur ni. La ni depa tgh buat persiapan.

Kembalinya penyertaan kali ni jugak menunjukkan komitment pihak persatuan dan usaha yg sangat positif dalam membangunkan semula sukan hoki negeri walaupun penuh kekangan.

InsyaAllah, dengan persiapan yang rapi dan sokongan yang berterusan, benda ni mampu menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula hoki Kedah di pentas kebangsaan.

๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›, ๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—”! ๐Ÿ”ฅPeluang dok depan mata. Jangan dok nganga lagi.Pada semua pemain hoki Kedah bawah 16 tahun ...
20/04/2026

๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›, ๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—”! ๐Ÿ”ฅ

Peluang dok depan mata. Jangan dok nganga lagi.

Pada semua pemain hoki Kedah bawah 16 tahun (Lelaki & Perempuan), ni lah masa untuk buktikan sapa hampa di atas padang. Bakat saja tak cukup kalau tak berani mai ke depan.

Turun. Cuba. Lawan. Buktikan.

Jangan biaq peluang ni lepas lagu tu ja.
Pasukan Negeri tengah dok cari pejuang muda yang ada semangat, disiplin dan keberanian untuk bawak nama negeri pi ke pentaih kebangsaan.

Mungkin hat ni langkah pertama hampa ke tahap yang lebih tinggi. Sapa tau?

๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ ๐—ป๐—ถ, ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ?
๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ, ๐˜€๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ?




๐Ÿ‘ HEBAHAN RASMI PEMILIHAN TERBUKA PASUKAN BAWAH 16 TAHUN NEGERI KEDAH 2026 ๐Ÿ‘

Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) mempelawa pemain-pemain muda berbakat untuk menyertai Pemilihan Terbuka Pasukan Bawah 16 Tahun Negeri Kedah (Lelaki & Perempuan) bagi menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026.

๐Ÿ“ Tempat: Padang Hoki Kompleks Sukan Muadzam Shah Alor Setar Kedah
๐Ÿ“… Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang

๐Ÿ“ž Person In Charge: 011-5751 6528 (Coach Adam)

๐Ÿ’ช Inilah peluang anda untuk menyerlah dan membuktikan kemampuan sebagai sebahagian daripada skuad masa depan negeri Kedah!

๐Ÿ”ฅ Ayuh hadir dan rebut peluang ke pentas yang lebih tinggi!




Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga Komuniti Hoki Kedah ๐Ÿ‘Masih ada masa lagi untuk pendaftaran ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ...
10/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga Komuniti Hoki Kedah ๐Ÿ‘

Masih ada masa lagi untuk pendaftaran ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿณ, dan kita sangat berharap lebih banyak pasukan terutamanya kategori perempuan dapat turut serta kerana penyertaan masih lagi kurang.

Kita faham setiap sekolah/daerah ada kekangan masingยฒ. Tapi percayalah, kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk beri pendedahan kepada pemain serlahkan bakat dan buka ruang mereka untuk terpilih melangkah lebih jauh ke Kejohanan Hoki Kebangsaan U16 & Program NHDP. ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต.

Tak perlu tunggu pasukan sempurna untuk bermula. Kadangยฒ kita mula dgn yg mana ada dari sinilah lahirnya keyakinan, pengalaman dan bakat yg kita tak sangka.
Dengan rendah hati kita menjemput dan mengalu-alukan penyertaan semua. Jangan lepaskan peluang yang masih ada ini.

Kalau ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan untuk penyertaan, boleh terus hubungi:

๐Ÿ“ฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข:
Hubungi
En Mohd Azlan bin Ahmad (019-5757972)
En Mohd Yusri bin Khamis (014-6551184)
๐‘จ๐’•๐’‚๐’– ๐’Œ๐’๐’Š๐’Œ ๐’‘๐’‚๐’–๐’•๐’‚๐’ ๐’…๐’Š ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’‰ :

https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8

Jom samaยฒ kita meriahkan dan kuatkan lagi komuniti hoki Kedah. Terima kasih semua.

Objektif Kejohanan adalah untuk pemilihan bagi:โ–ช๏ธ Program PrestasiTinggi NHDP Kedahโ–ช๏ธKejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 ...
02/04/2026

Objektif Kejohanan adalah untuk pemilihan bagi:

โ–ช๏ธ Program PrestasiTinggi NHDP Kedah
โ–ช๏ธKejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun

Ayuh bakatยฒ muda Kedah. Jangan lepaskan peluang.

๐Ÿ“ข HEBAHAN RASMI

KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN KOMUNITI 2026

Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) dengan sukacitanya menjemput semua pasukan di dalam negeri Kedah untuk menyertai Kejohanan Hoki Pembangunan Komuniti 2026 Bawah 17 Tahun Tertutup Negeri Kedah yang bakal menjadi platform penting mencungkil bakat baharu sukan hoki di dalam negeri Kedah.

๐Ÿ“Œ Butiran Kejohanan:
๐Ÿ‘ฅ Kategori: Bawah 17 Tahun (Lelaki & Perempuan)
๐Ÿ‘Jumlah Pasukan : Terhad 20 Pasukan Sahaja
๐Ÿ“… Tarikh: 17 (Perempuan) & 18 April (Lelaki) 2026
๐Ÿ“ Tempat: Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah
๐Ÿ† Hadiah Kemenangan:
๐Ÿฅ‡ Johan: RM500 + Trofi + Medal + Sijil
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM250 + Medal + Sijil
๐Ÿฅ‰ Tempat Ke-3 & Ke-4: Medal + Sijil
๐ŸŽฏ Tujuan Kejohanan:
โœ”๏ธ Pemilihan pemain untuk mewakili negeri ke Kejohanan Kebangsaan NHDP Bawah 16 Tahun
โœ”๏ธ Pemilihan ke Program Prestasi Tinggi NHDP Kedah
๐Ÿ”ฅ Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi!
๐Ÿ“ Sila imbas kod qr untuk membuat pendaftaran. Sila gunakan link di bawah jika terdapat masalah untuk mengakses kod qr :
https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ๐—ป Selamat berpuasa buat keluarga Lang Merah yang sentiasa dihati tidak kira dimana anda berada. Ibuยฒ Ayah...
18/02/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ๐—ป

Selamat berpuasa buat keluarga Lang Merah yang sentiasa dihati tidak kira dimana anda berada. Ibuยฒ Ayahยฒ dan Anakยฒ semua juga peminatยฒ hoki.

Semoga hadirnya bulan mulia ini membawa ketenangan dalam hati, kekuatan dalam ibadah, dan keberkatan dalam setiap langkah kita.

Semoga setiap amalan diterima, setiap doa diangkat, dan setiap ujian diganti dengan rahmat yang lebih indah.
Mari kita isi Ramadan dengan sabar, syukur, dan kasih sesama insan.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Untuk makluman dan sebarang seluruh penggiat hoki Negeri Kedah."๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š, ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ"
09/02/2026

Untuk makluman dan sebarang seluruh penggiat hoki Negeri Kedah.

"๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š, ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ"

Hari ni kami berdiri dengan rasa syukur yang tak terungkap. Umaq akhirnya menerima panggilan kedua dan selamat mendaftar...
26/01/2026

Hari ni kami berdiri dengan rasa syukur yang tak terungkap. Umaq akhirnya menerima panggilan kedua dan selamat mendaftar untuk melangkah masuk ke Sekolah Sukan Malaysia - SSTMI. Sekolah impiannya yang selama ini hanya jadi doa di langit malam.

Siapa sangka,
Dari calon simpanan, Allah buka jalan yang tak pernah kami jangka. Inilah rezeki Allah swt. Dan Terima Kasih pada insanยฒ yang memudahkan cara.

Umaq,
Teruskan melangkah dengan rendah hati dan hati yang besar. Berusahalah bersungguhยฒ bukan hanya untuk kejayaan dalam sukan hoki, tapi juga dalam pelajaran dan kehidupan. Adab dan jati diri.

Jangan sesekali lupa jasa dan pengorbanan ibu ayah kamu dan cikguยฒ yang mula mengasah bakat kamu dari kosong. Mereka adalah asas kepada siapa diri kamu hari ini.

Kami di Kedah menumpang bangga. Sudah lama tak dak wakil Lelaki anak Kedah melangkah ke sana. Hari ini, kamulah harapan itu. Semoga yang lain akan menyusul tahunยฒ ke depan.

Pergilah mengejar impian kamu, Umaq. Tapi jangan lupa tanah tumpah negeri kita. Di sini, kami semua sentiasa mendoakan kejayaan kamu dengan penuh bangga dan kasih yang tak berbelah bahagi. ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Ada apaยฒ roger ja Umaq...๐Ÿค™๐Ÿป๐Ÿ“ฒ

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—›๐—ก๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ Walaupun langkah masih awal. Namun semangat, kesungguhan dan keberanian untuk memulakan sesuatu yang b...
21/01/2026

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—›๐—ก๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
Walaupun langkah masih awal. Namun semangat, kesungguhan dan keberanian untuk memulakan sesuatu yang besar amat membanggakan. Semoga usaha murni ini menjadi permulaan kepada legasi hoki Kedah yang lebih kuat dan berdaya saing. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿป

Lang Merah mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat melangkah ke alam sekolah menengah kepada semua bekas pemain yang p...
14/01/2026

Lang Merah mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat melangkah ke alam sekolah menengah kepada semua bekas pemain yang pernah bersama pasukan ini.

Terima kasih atas keringat, disiplin dan kenangan yang pernah kita bina bersama. Teruskan melangkah dengan rendah diri, adab dan berani mengejar impian.

Tidak kira dimana pun kamu berada. Semoga terus berjaya, di padang dan dalam kehidupan. Jangan sesekali lupa jasa dan pengorbanan ibuayah serta guruยฒ yang pernah mencungkil dan menggilap bakat kamu.

Kami sentiasa mendoakan moga langkah kamu di sekolah menengah dipermudah, impian ditinggikan dan yang terbaik untuk masa depan kamu semua.

Di atas padang, tiada kecil atau besar.Yang ada cuma hormat, semangat dan jiwa sukan sejati. ๐Ÿค๐Ÿ’šโ™ฅ๏ธ๐ŸซกCredit ๐Ÿ“ธ: Izzat Salleh...
07/01/2026

Di atas padang, tiada kecil atau besar.
Yang ada cuma hormat, semangat dan jiwa sukan sejati. ๐Ÿค๐Ÿ’šโ™ฅ๏ธ๐Ÿซก

Credit ๐Ÿ“ธ: Izzat Sallehan

๐—™๐—”๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—ฌ ๐—ข๐—™ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿด.๐ŸฌIni bukan sekadar pasukan.Ini keluarga.Terima kasih tak terhingga buat semua ibu bapa yang perc...
06/01/2026

๐—™๐—”๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—ฌ ๐—ข๐—™ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿด.๐Ÿฌ

Ini bukan sekadar pasukan.
Ini keluarga.

Terima kasih tak terhingga buat semua ibu bapa yang percaya, menyokong dan mengizinkan anakยฒ hebat ini bersama kami. Tanpa restu kalian, perjalanan ini takkan jadi kenyataan. Dan kepercayaan itu akhirnya dibayar dengan sebuah kejuaraan.

Terima kasih ๐—ซ๐—•๐—๐—›๐—– atas kolaborasi dan kebersamaan dalam kejohanan ini.

Dan akhirnya, dengan penuh rendah hati, kami memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang menguruskan pasukan ini.

Kami doakan anakยฒ ini berjaya bukan sahaja di atas padang, tetapi juga dalam pelajaran dan kehidupan kerana mereka akan menempuh alam menengah yang lebih mencabar selepas ini.

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง.
๐„๐ฌ๐จ๐ค, ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง.

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™‡๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™
โค๏ธ๐Ÿฆ…

Address

Kulim Utama
Kulim
09000

Telephone

+60197912119

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lang Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lang Merah:

Share

Category