19/07/2026
TAHNIAH MSSD KULIM BANDAR BAHARU BWH 18 THN ...
JUARA BOLASEPAK NEGERI KEDAH ‼️
P/s : Kupasan jujur , kalau rajin angpa baca sampai habis .
Kulim tidak pernah ketandusan Pemain ,
Ia bukan boleh tiba² ada , ia datang dengan Usaha & pengorbanan banyak pihak ...
Tahniah kepada PPD KBB yg support Kelab² Akademi & perlaksanaan Projek bawah Tanah utk membantu Sukan Bolasepak sudah mula menuaikan hasil ...
Tahniah di ucapkan kepada Kelab² Akademi Bolasepak di Daerah Kulim & Bandar Baharu yang membantu membangunkan pemain² Juara ini ,
ini bukan kerja 1 hari , ini kerja bertahun tahun ...
Jujur admin kata , Pemain² ini bukan di bangunkan di sekolah , kebanyakan sekolah hanya berlatih 2 ke 3 Minggu sebelum MSSD sahaja setiap tahun ...
Admin cakap ni untuk kategori menengah ya ,
Hanya beberapa sekolah sahaja yg berlatih sepanjang tahun antaranya SMK Kulim , SMK Lubok Buntar & SMK Air Merah ...
Kebanyakan Pemain terpaksa mencari Kelab² Akademi Bolasepak utk berlatih & bermain ...
Admin kenalpasti banyak Sekolah Menengah especially Pengetua kurang berminat dengan Sukan , ini mungkin Salah 1 faktor kenapa kebanyakan sekolah Menengah tidak membuat latihan sepanjang tahun & kemudahan meggunakan padang sekolah sangat lah susah kerana tertakluk dengan syarat² yang ketat & Salah 1 faktor lagi Sekolah tidak memanfaatkan PIBG sebaiknya dengan memohon bantuan dari waris² utk melatih anak² di sekolah . Padahal ramai ja waris yang akan volunteer utk latih pemain² di luar waktu sekolah ...
Untuk kategori Bawah 12 Tahun atau sekolah rendah kita bersyukur mempunyai beberapa Cikgu yg gila & aktif membawa pemain² mencari game di luar Daerah atas Nama KBB Allstar yg di ketuai oleh Cikgu Naim ...
Walaupun mereka tidak melatih berterusan , tetapi mereka ada initiative memantau , membentuk Pasukan & mengadakan Kejohanan di luar waktu Kejohanan MSSD semata mata mahu membentuk Pasukan Daerah bawah 12 Tahun yg kuat ...
Keadaan ini di lihat sejak 3 tahun kebelakangan ini di mana banyak Kelab² yg melatih & membawa Pemain² mencari pengalaman bermain di dalam & luar Negeri Kedah tanpa putus asa & hanya berbekalkan perbelanjaan dari waris² sendiri untuk mencari pengalaman & minit permainan ...
Dari beribu Pemain yg bermula seawal Umur 6 tahun , hanya akan tinggal beberapa puluh sahaja Pemain yg masih berlatih & bermain bila mencapai Umur 17 tahun ...
Pemain yg kental & berazam kuat sahaja yang akan bertahan sampai Umur 17 tahun ...
Anda bole lihat wajah² yg ada dlm post admin ni & bertanya sendiri adakah mereka di latih di sekolah semata mata atau mereka lebih bnyk bermain dgn Kelab² Akademi yg ada di seluruh Kulim & Bandar Baharu ...
Kebanyakannya Pemain remaja akan terkandas bila memasuki Umur 15 atau 16 tahun bila dapat motor & aktiviti yg lebih menarik selain Bolasepak ...
TAHNIAH !!!
Tahniah juga kepada Penganjur² swasta yg banyak menganjurkan Kejohanan samaada secara Liga atau Kejohanan 1 hari , anda telah banyak membantu dlm Hal ini ...
Ini lah peranan yg sepatutnya di mainkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Kulim ataupun Persatuan Bolasepak Negeri Kedah utk membantu mengadakan Kejohanan Pembangunan sepanjang tahun , bukan 1 tahun sekali ...
Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Bolasepak MSSD KBB dan harap kejayaan ini menjadi langkah bermulanya era kegemilangan Bolasepak Kedah Selatan ...