04/08/2026
Cerita Sini Habis Sini
• Adalah dipercayai, rakyat negeri Perlis khabarnya berjumlah lapan orang sahaja bakal kehilangan seorang, tinggal tujuh sahaja apabila seorang anak muda dari sana bakal beraksi di Rally Sumatera Utara pada hujung minggu ini.
• Azrul Azhar bersama Juruarah Muhamad Firdaus akan mengibarkan Jalur Gemilang di negara jiran bagi beraksi di sana yang cukup terkenal dengan laluan yang cukup mencabar serta mempunyai beberapa lompatan terbang yang menggiurkan.
• Azrul Azhar dan Muhamad Firdaus ini bukanlah asing dalam dunia rali tempatan dengan kerap juga beraksi di sini bersama pasukan AA Motorsports Rally Team yang berpengkalan di Perlis.
• Mereka akan berlumba nanti di Sumatera Utara ini dengan menggunakan jentera Mitsubishi Lancer GLXi 2WD yang disediakan pihak di sana.
• Bukan setakat membawa nama Malaysia, pasangan Malaysia ini juga pastinya akan membawa nama-nama penaja seperti Darsa L**e / LMC Racing / Sepatang Recourses Sdn Bhd / FNF Motorsports sebagai tunjang kepada penyertaan mereka kali ini.
• Selamat maju jaya wahai anak muda. Semoga beroleh kejayaan yang gemilang dan terbilang.
-BK-