Akademi Badminton Jerung KULAI

Akademi Badminton Jerung KULAI Akademi Badminton dimana lahirnya seorang Atlet yg berjaya.

AKADEMI BADMINTON JERUNG KULAI KINI ADA 2 CAWANGAN! Bukan sekadar belajar bermain badminton, di sinilah kami membina pem...
16/08/2026

AKADEMI BADMINTON JERUNG KULAI KINI ADA 2 CAWANGAN!

Bukan sekadar belajar bermain badminton, di sinilah kami membina pemain untuk melangkah lebih jauh!

πŸ“ Dewan Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai
πŸ“ Super Sport Badminton, Dato’ Onn, Johor Bahru

Sasaran kami adalah untuk melahirkan pemain yang mampu mewakili negeri, negara dan beraksi di pentas antarabangsa!

Tak kira baru bermula atau sudah mempunyai asas, kami bantu setiap pemain berkembang mengikut potensi masing-masing.

Jom pilih cawangan yang berdekatan dengan anda dan mulakan perjalanan menuju kejayaan bersama Akademi Badminton Jerung!

Sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp melalui link di bawah πŸ‘‡πŸ»

Coach Yusman Z
πŸ“² wasap.my/60167496144

Tahniah diucapkan kepada Mohamad Fadhil (ABJK) & Fay Manassiri Bowonwitthanakul atas kejayaan cemerlang muncul sebagai πŸ₯‡...
04/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Mohamad Fadhil (ABJK) & Fay Manassiri Bowonwitthanakul atas kejayaan cemerlang muncul sebagai πŸ₯‡ Juara dalam Kejohanan Badtalung Open #3 by Bayminton Shop yang telah berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di J Court Phatthalung, Thailand..

Kejayaan yang membanggakan ini membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi mampu membuahkan hasil yang cemerlang.. Teruskan melakar kecemerlangan dan menggapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan! πŸ’ͺ

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PARA NEGERI JOHOR KE PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026 πŸ”₯Majlis Penyerahan Bendera Kontin...
03/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PARA NEGERI JOHOR KE PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026 πŸ”₯

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Negeri Johor ke Para SUKMA XXII Selangor 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Majlis ini menjadi simbolik pelepasan rasmi kontinjen yang bakal membawa cabaran Negeri Johor ke temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026.

Turut dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor - JHBA, Dato’ Chong Juong Chain, atas kesudian hadir memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada atlet-atlet Para Johor. Kehadiran beliau menjadi pembakar semangat serta suntikan motivasi kepada kontinjen dalam menghadapi temasya ini.

Semoga seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Negeri Johor.

Selamat Maju Jaya Kontinjen Para Negeri Johor! πŸ«‘πŸ’™β€οΈ

25/07/2026
Tahniah diucapkan kepada Dania Elysha dan Daniel Irfan atas kejayaan dalam Kejohanan Badminton DUN Bukit Batu N51 yang b...
21/06/2026

Tahniah diucapkan kepada Dania Elysha dan Daniel Irfan atas kejayaan dalam Kejohanan Badminton DUN Bukit Batu N51 yang berlangsung pada 21 Jun 2026 di Dewan Serbaguna Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai.

Kategori Beregu Wanita
πŸ₯‡ Dania Elysha (ABJK) & Haslinda

Kategori Beregu Lelaki
πŸ₯ˆ Daniel Irfan (ABJK) & Acap

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang latihan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! πŸ’ͺπŸΈπŸ†πŸ”₯

Tahniah diucapkan kepada Coach Rota, Coach Ana dan Junior ABJK, Atifah Zailani atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan M...
17/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Coach Rota, Coach Ana dan Junior ABJK, Atifah Zailani atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan MAKSAK Johor 2026 yang telah berlangsung pada 16 Mei 2026 di Sport City Indahpura, Kulai.

Kategori Beregu Campuran
πŸ₯‡- Coach Rota & Atifah Zailani

Kategori Perseorangan Perempuan
πŸ₯ˆ- Coach Ana

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan dan persiapan kejohanan.

Semoga terus maju jaya, terpilih mewakili negeri Johor dan berjaya mencipta lebih banyak kejayaan di Kejohanan MAKSAK Se-Malaysia yang akan berlangsung di negeri Kelantan nanti πŸ’ͺ🏻

LATIHAN PUSAT PASUKAN BADMINTON MSSD KULAI KE ARAH MSSJ 2026Pasukan Badminton MSSD Kulai telah selesai menjalani sesi la...
03/05/2026

LATIHAN PUSAT PASUKAN BADMINTON MSSD KULAI KE ARAH MSSJ 2026

Pasukan Badminton MSSD Kulai telah selesai menjalani sesi latihan pusat sebagai persiapan rapi menjelang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) yang akan berlangsung pada 4 Mei 2026.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan oleh Persatuan Badminton Negeri Johor (JHBA) dan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Akademi Badminton Jerung Kulai. Sepanjang tempoh latihan, para pemain telah diberi penekanan terhadap aspek kecergasan fizikal, kekuatan mental serta penguasaan kemahiran teknikal dan taktikal sebagai persediaan menghadapi saingan di peringkat negeri.

Akademi Badminton Jerung Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JHBA atas sokongan berterusan yang diberikan. Sokongan ini amat bermakna dalam memastikan kebajikan dan keperluan atlet sentiasa terjaga sepanjang latihan berlangsung.

Penghargaan juga ditujukan kepada Coach Yusman, pegawai-pegawai serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Seluruh warga MSSD Kulai mendoakan agar semua pemain diberikan kesihatan yang baik, kekuatan mental serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi MSSJ nanti.
Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah dan seterusnya mengharumkan nama MSSD Kulai di pentas negeri.

βΈ»

Persatuan Badminton Negeri Johor - JHBA
Badminton Jerung Kulai
Tengku Cedok Mak Limah

βΈ»






Address

Kulai

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:00
Tuesday 20:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00

Telephone

+60167496144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Badminton Jerung KULAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Badminton Jerung KULAI:

Shortcuts

Share