07/08/2026
🦞PENCARIAN BAKAT PEMAIN PENGERANG U23🦞
Pemilihan Pemain Bagi Piala Tunku Mahkota Johor (TMJ Cup) 2026
Adakah anda mempunyai bakat dalam bola sepak dan berumur bawah 23 tahun?
Inilah peluang anda untuk membuktikan kemampuan serta menyarung Jersi Rasmi Pasukan Pengerang U23 bagi menghadapi Piala Tunku Mahkota Johor (TMJ Cup) 2026.
Kami sedang mencari pemain yang berbakat, berdisiplin, komited dan mempunyai semangat juang tinggi untuk mewakili Pengerang dalam kejohanan berprestij ini.
📌Butiran Sesi Pemilihan
🗓️ Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕞 Masa: 3.30 Petang hingga selesai
🏟️ Tempat: Padang Awam Bandar Penawar
✅ Syarat Kelayakan:
⚽Lelaki berumur dari 20 hingga 23 tahun.
⚽Mempunyai minat dan kemahiran dalam bola sepak.
⚽Bersedia memberikan komitmen sepanjang latihan dan pertandingan.
📞 Sebarang Pertanyaan:
Shafiqee (Piki)📱 017-741 8317
Amin📱 012-774 0618
🔥 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengerang U23!
Buktikan kemampuan anda. Tunjukkan bakat anda. Sarung jersi Pengerang dan berjuang demi Pengerang!
Kami nantikan kehadiran anda pada 15 Ogos 2026!
YOU CAME, YOU BELIEVED, AND YOU MADE HISTORY🦞⚽🏆