21/08/2026
Mohon Doa Buat Shahrul Yusri bin Rilianto
Warga Sarawak Rugby mendoakan agar Shahrul Yusri bin Rilianto, WORC, diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menerima rawatan di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
Menurut makluman daripada wakil WORC, beliau kini sedang mendapatkan rawatan berkaitan jangkitan yang melibatkan jantung dan paru-paru.
Sama-sama kita semua doakan semoga keadaan beliau semakin baik, diberikan kesembuhan dan dapat kembali bersama keluarga serta komuniti ragbi dalam keadaan sihat.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan.
Sumber daripada WORC Rugby.