05/10/2019
Terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan futsal anjuran kelab sukan rekreasi Pos Kuching pada hari ini (5 Okt 2019).
Pada edisi tahun 2019 sebanyak 13 pasukan yang menyertai pertandingan tediri daripada team Sibu, serahan Kuch A, serahan kuch B, Poslaju kuching, prosesan dan satu team dr penganjur sendiri..
Pertandingan kali ini pada mula nya dirancang untuk diadakan pada 31 Ogos 2019,namun masa agak singkat utk membuat persediaan, Oleh itu, pertandingan ditunda kepada 15hb Sept, akan tetapi kerana adanya team Pos Malaysia menjadi salah satu badan yang bertugas sempena hari Malaysia, pertandingan sekali lagi terpaksa ditunda.. Ianya ditunda kepada 5hb okt 2019.. Pada 5hb okt p**a, pertandingan terpaksa dimulakan bermula jam 2pm bagi memberi ruang kepada staff meduduki ujian kenaikan Pangkat pada sebelah pagi.. Ini menyebabkan ada beberapa team yang pada tahun sebelumnya ada menghantar penyertaan, tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini atas sebab ada yang bekerja pada sebelah petang dan ada jamuan makan malam dr unit tersebut..
Walaupun berbagai rintangan dan halangan yang dilalui, akhirnya pertandingan ini telah berjalan dgn lancar dengan kerjasama baik dari semua pasukan yang bertanding..
Pasukan Prosesan telah berjaya menjadi Juara baru utk pertandingan Futsal Edisi ke 6 tahun ini. Manakala ditempat kedua di menangi oleh pasukan dari Poslaju.
Tempat ke tiga dimenangi oleh Pasukan Serahan Kuch A dan tempat ke empat dimenangi oleh oleh pasukan Serahan Kuch B.. Tahniah kepada pasukan yang menang.!!! Bagi yang kurang bernasib baik p**a, mohon cuba sekali lagi pada edisi akan datang pada tahun hadapan..
Sekali lagi diucapkan, terima Kasih semua..mohon maaf di atas kekurangan yang berlaku... Bagi team sibu, terima kasih banyak2 kerana sanggup datang dri Sibu untuk menyertai pertandingan di Kuch.. Terbaik..
Dengan ini, saya ucapkan tahniah dan Syabas kepada semua yang telah telibat secara langsung atau x langsubg bagi menjayakan aktiviti kelab pada hari ini td...
Akhir kata dari saya, kita Jumpa lagi tahun hadapan bagi edisi Ke 7...
TQ...