Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya

Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya Cerita Sukan Atas Talian

Whatsapp Channel: https://bit.ly/Shootsampeibisak
Web : www.hafizulhakim.com
(580)

All the latest Sarawak FA news from the Shoot Sampei Bisak (SSB) News, including match reports, match previews, breaking news, comment, pictures, video and more!

Tu diaaaa 3 orang pemenang teka & menang akan dapat hadiah tiket perlawanan Kuching City FC home game dan sebuah buku Tr...
21/08/2026

Tu diaaaa 3 orang pemenang teka & menang akan dapat hadiah tiket perlawanan Kuching City FC home game dan sebuah buku Travelog Emas - buku tentang kewangan dan simpanan ilmu emas tulisan Hafizul Hakim.

Pemenang akan di hubungi menerusi Whatsapp pada esok hari.

Tahniah! Partnered with hafizulhakim.com

21/08/2026

Peraduan Teka Jaringan Gol. Isi link di ruangan komen bawah. 3 pemenang bertuah akan menerima hadiah dari hafizulhakim.com

Moga jadi pengajaran, jangan sampai tahap terdesak. Jadi seperti ini. Semoga pengurusan Kuching City terus berjaya, pres...
21/08/2026

Moga jadi pengajaran, jangan sampai tahap terdesak. Jadi seperti ini.

Semoga pengurusan Kuching City terus berjaya, prestasi kelab konsisten di tahap tertinggi. Semua happy!

Guna khidmat pinjaman berlesen untuk bola sepak, bukti ‘hamlau’nya pengurusan kelab!🥲

•Gempar dalam dunia bola sepak, apabila KLFA dilaporkan guna khidmat pinjaman berlesen untuk kegunaan mereka dalam sukan tersebut pada 2022.

•Yang teruknya, KLFA gagal selesaikan pembayaran tersebut yang bernilai RM1 juta tanpa cagaran dengan faedah 8.4%.

•Siapa yang buat pinjaman ni? Khalid Samad dengan Toh Hong Chye didakwa tandatangani jaminan peribadi untuk pinjaman tersebut.

•27 September 2022, mereka dah langsaikan sikit sebanyak RM250,000. Disember kemudian, mereka pinjam tambahan semula dengan nilai sama dengan syarat langsai tempoh 3 bulan.

•KLFA ni ada minta lanjutan tempoh pembayaran. Mereka diberi tarikh sampai 10 Oktober 224.

•Sejak 2022 sampai 2025, KLFA ada langsaikan sebanyak RM406,000, tapi masih selesai sepenuhnya pun.

•Jadi sekarang, syarikat pinjaman Appasia Capital tuntut balik sekitar RM1.044 juta. Mereka turut tuntut faedah 18% setahun tu sampai penghakiman dibuat.

•Masa sama, KLFA ni cuba batalkan saman sebab mereka dakwa individu yang dinamakan sebagai defendan bukan lagi pemegang jawatan dalam organisasi tersebut.

Sumber: BFM Radio

21/08/2026

Cukup 100 like admin up contest Teka Jaringan & Penjaring Gol.

Hadiah 3 tiket perlawanan Kuching City ⚽️⚽️

21/08/2026

Update: Pagi ini Kuching City FC ada hantar email kepada semua pemegang season pass Platinum dan Diamond. Kindly check.

JUVENTUS VS EMPOLI — BILA FOOTBALL ADDICT DAPAT LIHAT “BEHIND THE SCENES” 🇮🇹21 Oktober 2022.Saya datang ke Turin bukan s...
20/08/2026

JUVENTUS VS EMPOLI — BILA FOOTBALL ADDICT DAPAT LIHAT “BEHIND THE SCENES” 🇮🇹

21 Oktober 2022.

Saya datang ke Turin bukan sekadar untuk tengok Juventus bermain.

Saya dan isteri stay di J|Hotel, dan dari hotel ke Allianz Stadium lebih kurang 200 meter — jalan kaki sahaja.

Sebagai football addict, memang rugi kalau datang sejauh itu tetapi tak explore stadium.

Jadi sebelum game, saya buat Stadium Tour. 🏟️

Masuk dressing room, tunnel, kawasan tepi padang dan ruang-ruang yang selama ini kita hanya nampak melalui TV.

Bila berdiri di situ, baru terasa…

“Oh, ini rupanya rumah Juventus.”

🔐 KEMUDIAN DAPAT SATU PENGALAMAN YANG LAGI SPECIAL

Sebelah petang, saya antara yang berutung dapat jemputan khas daripada management Juventus untuk ke Juventus Training Center di Continassa.

Dan di sini saya belajar satu perkara penting.

Training ground bukan tempat sightseeing.

Kamera dan video memang tidak dibenarkan di kawasan facility tertentu.

Pergerakan visitor sangat dikawal dan ada kawasan yang restricted.

Jadi memang tak banyak gambar untuk dikongsi.

Dan honestly, saya okay dengan itu.

Sebab bila berada di situ, saya lebih banyak memerhati daripada mengambil gambar.

Saya cuba faham:

Apa sebenarnya yang berlaku di belakang 90 minit bola sepak yang kita tengok di TV?

🌱 BARU SAYA FAHAM, PADANG PUN SATU INDUSTRI

Kita tengok padang cantik dan fikir:

“Rumput lawa.”

Tetapi di kelab seperti Juventus, pengurusan playing surface adalah satu perkara yang sangat serius.

Grass quality.

Irrigation.

Maintenance.

Recovery.

Penggunaan padang.

Semua ada standard dan proses.

Rumput bukan sekadar rumput.

Ia sebahagian daripada performance infrastructure.

Dan perkara macam inilah yang biasanya kita sebagai penyokong tak nampak.

Rumput adalah salah satu menyumbang jutaan ringgit kepada revenue Juventus. Dijual kepada kelab-kelab dan sekolah-sekolah di Itali.

FOOTBALL SEKARANG BUKAN SEKADAR FOOTBALL

Di training centre juga terdapat pelbagai kemudahan untuk membantu operasi pasukan:

📸 Photoshoot & commercial content
🎥 Media & filming
💻 Tactical analysis
🏋️ Performance & gym
🏊 Recovery & hydrotherapy
🩺 Medical & physiotherapy

Saya mula nampak satu pattern:

Train → Analyse → Recover → Create Content → Repeat.

Semuanya bergerak sebagai satu ecosystem.

Dan J|Hotel p**a berada dalam ekosistem Juventus yang sama.

Baru saya faham kenapa kelab besar tidak hanya bercakap tentang “beli pemain bagus”.

Mereka membina environment supaya pemain bagus itu boleh perform.

⚽️ MALAMNYA — MASUK P**A ALLIANZ STADIUM

Selepas stadium tour dan pengalaman di training centre, tibalah masa yang saya tunggu.

JUVENTUS 🆚 EMPOLI

Lampu stadium.

La curva.

Jersey hitam putih.

Atmosphere.

Dan akhirnya…

JUVENTUS MENANG 4-0. 🔥

Goals:Moise Kean (8')
Weston McKennie (55')
Adrien Rabiot (82', 90+4')

Sebagai peminat bola sepak, memang susah nak minta lebih daripada itu.

Saya bukan sahaja dapat tengok Juventus menang.

Saya sudah tengok:

🏟️ Stadium
🔐 Training ground
🌱 Playing surface
📸 Media operation
🏊 Recovery facilities
⚽️ Dan akhirnya… 90 minit di atas padang.

TAPI INI YANG PALING SAYA BAWA BALIK DARI TURIN

Kita sebagai penyokong selalu nampak:

90 minit.

Tetapi sebuah kelab profesional sebenarnya membina 90 minit itu sepanjang minggu.

Kita nampak pemain.

Mereka nampak:

performance department + coaching + medical + recovery + analysis + media + commercial + stadium + hospitality + supporters.

Semuanya berkait.

Sebab itu bila kita tengok kelab besar seperti Juventus, jangan hanya fikir:

“Berapa harga pemain dia?”

Tanya juga:

“Apa ecosystem yang mereka bina supaya pemain itu boleh menjadi pemain seperti yang kita lihat di stadium?”

Itulah perkara yang paling menarik daripada pengalaman saya di Juventus.

Football is not just 90 minutes.

90 minutes is the final product of everything that happens behind it. ⚽️

Dan untuk seorang football addict…

Oktober 2022 itu bukan sekadar Juventus menang 4-0.

Itu adalah hari saya dapat melihat sedikit daripada mesin besar di belakang sebuah football club.

⚫⚪ FORZA JUVE.

20/08/2026

Ada pembeli tiket season pass “Diamond” dan “Platinum” dah dihubungi pihak Kuching City FC untuk collect jersi?

Update dari Kuching City FC Stadium Larkin disenaraikan sebagai 'backup' venue perlawanan seandainya Stadium Taha Ariffi...
19/08/2026

Update dari Kuching City FC

Stadium Larkin disenaraikan sebagai 'backup' venue perlawanan seandainya Stadium Taha Ariffin tidak lulus piawaian ditetapkan ACL2.

Perlawanan ACL2 yang pertama pada 15 Oktober 2026 menentang kelab Kitchee dari Hong Kong dijadualkan bermain di Stadium Taha Ariffin.

Berita tentang Stadium Larkin sebagai venue utama dilaporkan oleh wartawan Astro Arena pada tengahari semalam:

https://stadiumastro.com/sukan/acl2-larkin-jadi-venue-tuan-rumah-kuching-city

Beliau memetik dari sumber rasmi website AFC: https://www.the-afc.com/en/club/afc_champions_league_two/fixtures__standings.html yang masih meletakkan Stadium Larkin sebagai venue perlawanan HOME pasukan Kuching City FC.

Kenyataan rasmi kelab berkenaan venue AFC Champions League Two 2026/27.

“Kalau nak bina rumah besar berjuta-juta, kita pun nak tengok tapak tu betul-betul akan digunakan dulu.”Dalam konteks Ku...
19/08/2026

“Kalau nak bina rumah besar berjuta-juta, kita pun nak tengok tapak tu betul-betul akan digunakan dulu.”

Dalam konteks Kuching City, prestasi pasukan menjadi bukti pertama.

Bila Kuching City berjaya buktikan diri — tempat ke-2 Liga Super & naib juara Piala Malaysia 2025/26, malah layak ke ACL2 — barulah ada asas yang lebih kuat untuk kerajaan berkata:

“Okay, projek naik taraf stadium ini memang berbaloi untuk Kuching dan Sarawak.”

Sebab kos stadium bukan RM100, RM1,000 atau RM10,000. Kosnya berjuta-juta.

Jadi prosesnya bukan:
Stadium dulu → baru cari result.

Tetapi:
Buktikan result → bina keyakinan → bantuan & pelaburan → upgrade stadium → naikkan lagi standard.

Kuching City sudah buat bahagian mereka di atas padang.
Sekarang bola sudah sampai ke pihak yang menguruskan “rumah” p**a. 🟢⚪

Prestasi membina kepercayaan.
Kepercayaan membuka ruang pelaburan.
Pelaburan membina stadium yang lebih baik.

Ini proses. Bukan instant.
Yang penting, kita sudah mula bergerak.

OOHAA! OOHAA! 🐈🟢⚪

Address

Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya:

Shortcuts

Share