Borneo Games 2025

Borneo Games 2025 Borneo Games Kuching 2025
(3)

05/10/2025

I got over 5,000 reactions on my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

BORNEO GAMES KUCHING 2025Sekitar majlis penutupan Borneo Games Kuching 2025 yang telah disempurnakan Premier Datuk Patin...
28/09/2025

BORNEO GAMES KUCHING 2025

Sekitar majlis penutupan Borneo Games Kuching 2025 yang telah disempurnakan Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching pada Ahad.

Pada majlis itu telah diumumkan atlet Sarawak Puong Wei Hii, 22 tahun dan Chereen Yirui Ngo, 15 tahun dari acara renang telah dinobatkan sebagai atlet lelaki dan wanita terbaik Borneo Games Kuching 2025.

Turut diumumkan, Kalimantan Timur akan menjadi tuan rumah Borneo Games 2027.


Premier Setuju Borneo Games Diperluaskan Kepada Kontinjen Jemputan KUCHING: Kesungguhan Sarawak menghidupkan kembali Bor...
28/09/2025

Premier Setuju Borneo Games Diperluaskan Kepada Kontinjen Jemputan

KUCHING: Kesungguhan Sarawak menghidupkan kembali Borneo Games pada tahun ini turut mendapat perhatian daripada negeri-negeri di Semenanjung yang mahu menyertai temasya ini.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, beliau menyokong cadangan sekiranya Borneo Games ini dibuka dan diperluaskan kepada penyertaan daripada negeri atau negara yang berminat.

Bagaimanapun, keputusan ini terp**ang kepada Majlis Tertinggi Borneo Games yang akan menentukannya nanti.

Jelasnya, penyertaan yang banyak pastinya akan memberikan lebih banyak persaingan sekali gus melihat prestasi dan standard atlet masing-masing.

“Saya juga menyokong cadangan (pertambahan kontinjen) ini. Kalau boleh, peluang dan ruang ini dibuka kepada negeri dan negara lain untuk terllibat dalam Borneo Games. Ini supaya kita dapat melihat standard atlet-atelt kita,” katanya semasa berucap di Majlis Penutupan Borneo Games Kuching 2025 di sini pada Ahad.

Borneo Games Kuching 2025 telah berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 September lepas dengan disertai lima buah kontinjen antaranya Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Provinsi Kalimantan Timur.

Dalam pada itu, Premier Sarawak memberitahu Kerajaan Sarawak akan terus melabur dalam bidang sukan khususnya dalam pembinaan infrastruktur sukan.

Malah, Kerajaan Sarawak bersetuju berkongsi dengan rakan-rakan di Borneo ini untuk latihan bagi mellihat prestasi atlet yang bertanding di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

“Pertama, kita melabur kemudahan sukan untuk anak-anak muda yang mempunyai bakat dan potensi. Di sini, kita akan membangunkan ‘sport village’ di kawasan ini. Kita juga akan melengkapkan kawasan ini (Kompleks Sukan Petra Jaya) dengan pembinaan velodrom yang baru.

“Keduanya, untuk sukan permotoran, kita juga akan bangunkan litar motor. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang kita bangunkan sebagai satu usaha memantapkan bakat anak-anak muda melalui sukan,” katanya.

Terdahulu, Abang Zohari merakamkan terima kasih kepada Gabenor Kalimantan Timur Rudy Mas’ud yang telah bersetuju menjadi tuan rumah Borneo Games 2027.

Dengan persetujuan ini membolehkan Borneo Games ini akan terus dihidupkan demi perpaduan dan semangat Borneo.


60 Rekod Baharu Dicipta Di Borneo Games Kuching 2025KUCHING: Borneo Games Kuching 2025 kali ini mencatat sejarah tersend...
28/09/2025

60 Rekod Baharu Dicipta Di Borneo Games Kuching 2025

KUCHING: Borneo Games Kuching 2025 kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat 60 rekod baharu.

Daripada jumlah itu, 34 rekod berjaya dipecahkan oleh atlet-atlet Sarawak.

Sementara itu, Sabah p**a memperbaharui 15 rekod baharu Borneo Games Kuching 2025 diikuti sembilan rekod baharu dari Provinsi Kalimantan Timur dan dua rekod lagi dari negara Brunei Darussalam.

Dalam pada itu, kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan Borneo Games Kuching 2025 selepas memperoleh 62 pingat emas, 61 perak dan 45 gangsa dengan jumlah keseluruhan 168 pingat.

Acara renang akuatik menjadi penyumbang terbesar buat kontinjen Sarawak dengan membawa p**ang 21 pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa.

Dalam pada itu, acara olahraga dan memanah masing-masing menyumbang 14 pingat emas buat kontinjen tuan rumah. Begitu juga acara badminton dan menyumpit yang turut masing-masing mengumpul lima pingat emas, dan lawn bowls p**a menyumbang tiga pingat emas.

Selepas ini, Provinsi Kalimantan Timur akan menjadi tuan rumah kepada Borneo Games 2027.


Provinsi Kalimantan Timur Tuan Rumah Borneo Games 2027KUCHING: Provinsi Kalimantan Timur setuju menjadi tuan rumah Borne...
28/09/2025

Provinsi Kalimantan Timur Tuan Rumah Borneo Games 2027

KUCHING: Provinsi Kalimantan Timur setuju menjadi tuan rumah Borneo Games 2027, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Majlis Penutupan Borneo Games Kuching 2025 di sini pada Ahad.

Jelas Abdul Karim, perkara ini telah pun dipersetujui Gabenor Kalimantan Timur Rudy Mas’ud yang turut hadir dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Borneo Games Kuching 2025 pada Sabtu.

Dalam pada itu, negara Brunei Darussalam p**a dijangka akan menjadi tuan rumah pada edisi seterusnya 2029. Bagaimanapun, cadangan ini masih perlu dibincangkan di peringkat Kerajaan Brunei Darussalam.

Borneo Games ini adalah acara tahunan yang melibatkan peserta dari Wilayah dan Negara di Borneo.

Acara sukan ini bermula tahunan 1954 dan dihidupkan semula pada tahun 2005 hingga 2013 di mana penganjuran terakhir adalah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun namun penganjurannya terhenti hingga sekarang.


Sarawak Muncul Juara Keseluruhan Borneo Games Kuching 2025KUCHING: Kontinjen Sarawak muncul juara Borneo Games Kuching 2...
28/09/2025

Sarawak Muncul Juara Keseluruhan Borneo Games Kuching 2025

KUCHING: Kontinjen Sarawak muncul juara Borneo Games Kuching 2025 selepas memperoleh 62 pingat emas, 61 perak dan 45 gangsa dengan jumlah keseluruhan 168 pingat.

Acara renang akuatik menjadi penyumbang terbesar buat kontinjen Sarawak dengan membawa p**ang 21 pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa.

Dalam pada itu, acara olahraga dan memanah masing-masing menyumbang 14 pingat emas buat kontinjen tuan rumah. Begitu juga acara badminton dan menyumpit yang turut masing-masing mengumpul lima pingat emas, dan lawn bowls p**a menyumbang tiga pingat emas.

Sementara itu Sabah menduduki tempat kedua apabila memperoleh 26 pingat emas, 23 perak dan 33 gangsa.

Provinsi Kalimatan Timur p**a menduduki tempat ketiga dengan 12 pingat emas, 11 perak dan 8 gangsa.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan memperoleh lima pingat emas, tujuh perak dan 11 gangsa, manakala Brunei Darussalam memperoleh 4 pingat emas dan masing-masing 7 perak dan gangsa.

Borneo Games Kuching 2025 telah berlangsung bermula pada 24 hingga 28 September di Kompleks Sukan Petra Jaya.

Sebanyak lapan acara sukan dipertandingkan melibatkan lima sukan teras iaitu olahraga, badminton, memanah, lawn bowls dan renang akuatik. Sementaa itu lagi acara sukan jemputan golf VIP dan dua sukan tradisional iaitu tarik tali dan menyumpit.

Sebanyak lima negara dan negeri mengambil bahagian pada Borneo Games Kuching 2025 ini antaranya Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Provinsi Kalimantan Timur.


BORNEO GAMES KUCHING 2025TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat emas‘Agi Idup Agi Ngelaban’http://www.borneogames2...
28/09/2025

BORNEO GAMES KUCHING 2025

TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat emas

‘Agi Idup Agi Ngelaban’

http://www.borneogames2025.com


BORNEO GAMES KUCHING 2025TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat perak‘Agi Idup Agi Ngelaban’http://www.borneogames...
28/09/2025

BORNEO GAMES KUCHING 2025

TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat perak

‘Agi Idup Agi Ngelaban’

http://www.borneogames2025.com


BORNEO GAMES KUCHING 2025TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat gangsa‘Agi Idup Agi Ngelaban’http://www.borneogame...
28/09/2025

BORNEO GAMES KUCHING 2025

TAHNIAH kepada atlet Sarawak pemenang pingat gangsa

‘Agi Idup Agi Ngelaban’

http://www.borneogames2025.com


Puong Wei Hii, Chereen Yirui Ngo Dinobatkan Atlet Lelaki Dan Wanita Terbaik Borneo Games Kuching 2025KUCHING: Atlet Sara...
28/09/2025

Puong Wei Hii, Chereen Yirui Ngo Dinobatkan Atlet Lelaki Dan Wanita Terbaik Borneo Games Kuching 2025

KUCHING: Atlet Sarawak Puong Wei Hii, 22 tahun dan Chereen Yirui Ngo, 15 tahun dari acara renang telah dinobatkan sebagai atlet lelaki dan wanita terbaik Borneo Games Kuching 2025.

Kedua-duanya membawa p**ang piala yang disampaikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Majlis Penutupan Borneo Games Kuching 2025 yang diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak di sini pada Ahad.

Puong yang mewakili Sarawak berjaya memperoleh lapan pingat dan satu perak, manakala Chereen p**a berjaya menggondol lima pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Borneo Games Kuching 2025 telah berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 September 2025 di Kompleks Sukan Petra Jaya, Kuching.

Sebanyak lapan acara sukan dipertandingkan melibatkan lima sukan teras iaitu olahraga, badminton, memanah, lawn bowls dan renang akuatik. Sementara itu, acara sukan jemputan golf VIP dan dua sukan tradisional iaitu tarik tali dan menyumpit.

Sebanyak lima negara dan negeri mengambil bahagian pada Borneo Games Kuching 2025 ini antaranya Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Provinsi Kalimantan Timur.


Address

Bilik Sekretariat Borneo Games Kuching 2025, Tingkat 3, Pandelela Rinong Aquatic Centre, Petra Jaya Sports Complex
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Games 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category