01/10/2026
[Sesi Latihan 50 & 51/2026 : Sabtu & Ahad, 3 & 4 Oktober 2026]
Sesi latihan mingguan Akademi Bola Sepak Samarahan. Sila gunakan baju latihan seperti yang dimaklumkan di dalam poster. Yang belum mempunyai baju latihan boleh menggunakan baju latihan lama (MEKAR) atau pakaian yang bersesuaian.
Sila pastikan :
➡️ Bawa air secukupnya
➡️ Kelengkapan latihan yang bersesuaian
➡️ Bawa pakaian lebih supaya dapat ditukar sebelum balik
Pendaftaran pelatih baru ke akademi sentiasa terbuka sepanjang tahun. Sila berhubung dengan pihak akademi melalui nombor yang tertera di page rasmi akademi/kelab.
"FROM GRASSROOTS TO GREATNESS"
Akademi Bolasepak Samarahan merupakan akademi bola sepak pertama di Samarahan yang telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan melalui nama Kelab Bolasepak Sahmura Kenyalang.
Akademi ini juga merupakan penggerak kepada 'The Carterpillar Program', iaitu program pembangunan bola sepak khas kepada anak-anak staf Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak Arena Tun Tuanku Haji Bujang - AT2HB Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).