The Jeleblues

The Jeleblues KITO KUTU2 BRAHAK YG SAPOT TEAM BOLA N9

-KALAH SULAH TINTU SOKONG MAU KUAT-

Kito Monang Yaww!!!
21/09/2021

Kito Monang Yaww!!!

Mohon sama2 kita bantu menjayakan Projek ini. Tak dapat hulur RM20 dapat share pun Alhamdulillah
15/08/2021

Mohon sama2 kita bantu menjayakan Projek ini. Tak dapat hulur RM20 dapat share pun Alhamdulillah

Assalammualaikum rakyat Nogori.

Kami dari Ultras Nogori 9 bekerjasama dengan team Raga Rezqi nak buat sedikit kerja amal dan nak ajak korang turut serta dalam Projek Kasih Waghieh. Apa yg kami nak lakukan ialah nak memberi sumbangan bahan-bahan basah kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Negeri Sembilan.

Kami mohon jasa baik korang untuk berkongsi rezeki yang ada bersama yang lain. Hanya RM20/1Box. Sama-sama kita infaqkan sedikit rezeki kita untuk orang yg memerlukan di waktu genting ini. Kami juga dengan rendah diri mengajak Kaki Jersi Dot Com, Negeri Sembilan Football Club dan pemain-pemain jika tiada halangan untuk bersama-sama menyumbang dalam Projek Kasih Waghieh ini.

Besar hati kami jika seluruh rakyat Negeri Sembilan dapat bersama-sama menjayakan Projek Kasih Waghieh kami ini.

UltraJang The Jangs The BBB Terrace Wear The Terrace Gentlemen Store Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) State of Nine Fans Club-SON [PSNS] Penyokong Setia Negeri Sembilan OTAI N9 BOLA FANS Den Budak No9ori

cargas
04/02/2020

cargas

Dengan rasa penuh bongkak dan takaburnya, Ultras Nogori mengumumkan merchandise pertama bagi tahun 2020.

Untuk edisi kali ini, UN9 akan mengeluarkan t-shirt yang pasti buat kau jauh lagi kacak dan bergaya daripada Satwant ketika melangkah ke stadium. Datang dengan 3 warna Hitam, Putih dan Kelabu. Harga RM35 sahaja tidak termasuk postage.

8 Februari 2020, UN9 akan mengadakan Drumline Day di Dataran Kuala Pilah dan untuk korang nak beli, baju ini akan dijual ketika majlis itu nanti. Mari ramai2 kasi gegar Dataran Pilah.

UN9 juga akan mengeluarkan Lanyard, Pin Badge dan yang paling best akan mengeluarkan Mafla untuk tahun ini dan akan diumumkan kemudian. Kali ini kasi jalan tshirt dulu.

Nak order? Whatsapp 0125358776 dan mintak saiz korang. Jangan risau, saiz dewasa semua ada. Ok goooo!!!


12/10/2019

ULASAN | Vietnam VS Malaysia

MALAYSIA TAK TERUK, ADA APA DENGAN MAT YO?

Malaysia menerima kekalahan kedua dalam kempen Kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tangan pasukan Vietnam dengan keputusan 1-0. Sebelum ini, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe tewas ketika menentang UAE.

Ulasan ini akan terpecah kepada kesuluruhan game dan sampai mana Mat Yo masih relevan dalam game besar seperti ini. Untuk keseluruhan permainan, Malaysia terlalu banyak melakukan foul yang tak sepatutnya dan aku rasa semua setuju mutu pengadil malam ini pun tak ubah seperti pipit yang hilang kulupnya. Cuma foul yang tidak perlu itu sikit sebanyak merencatkan permainan Malaysia.

Vietnam tidak bermain seperti yang kita jangka sebelum ini. Mereka lebih banyak menunggu kesilapan dari pemain Malaysia dan cuba menghukum pasukan kebangsaan dengan counter-attack pantas. Akhirnya taktik itu berhasil selepas hantaran lambung ke dalam kotak penalti Malaysia gagal dibaca kemas pemain pertahanan negara dan Vietnam menghukum benteng pertahanan kita menerusi pemain lincah, Nguyen Quang Hai pada babak akhir masa pertama.

Jentera serangan Malaysia tampak tidak bermaya dalam perlawanan ini. Kalau aku senaraikan semua pemain serangan nescaya Harry Maguire pun akan getar bila dengar nama mereka. Tapi, semuanya tumpul dan tidak langsung memberi ancaman buat barisan pertahanan Vietnam. Kau tak boleh hentak semua beban ini di bahu Sumareh seorang. Bukan dia seorang ada kaki atas padang. Sebab itu, bola sepak itu bermain dengan 11 orang.

Pertahanan Malaysia malam ini nampak kemas, tapi hanya 1 kesilapan buat kita tewas malam ini. Diketuai dengan pemain boleh aku katakan veteran dalam pasukan senior ni, Aidil Zafuan Abd Razak dan dibantu oleh Shahrul Saad, Corbin Ong dan Matthew Davies mampu mengekang serangan counter yang ditembak pasukan Vietnam. Kembalinya Aidil dalam perlawanan kali ini bagi aku satu nasi tambah yang sangat baik untuk jentera pertahanan negara. Pengalaman beliau masih ditagih apabila skuad sebelum ini nampak pincang ketika bertahan.

MASIH RELEVANKAH MAT YO DISITU?

Aku rasa dah boleh masuk topik kedua dalam ulasan ini iaitu masih relevankah Mat Yo dalam skuad kebangsaan. Kalau aku kenang balik guna otak aku yang genius ni, Mat Yo ni memang veteran sarung jersi Malaysia. Mana taknya, dari zaman Rajagobal menang Sukan Sea, menang AFF Suzuki sampai jadi jurulatih PKNS kena toron dengan Negeri Sembilan di Shah Alam pun Mat Yo masih berkhidmat untuk Malaysia. Karier Mat Yo ni hampir mati dah lepas dia keluar dari Kelantan. Tapi sejak dia join Pahang entah Ikan Patin tempoyak jenis apa dia makan sampai dia buka mata Tan Cheng Hoe untuk pilih dia balik.

Tapi sebenarnya tak pelik Coach Tan masih pilih dia sebab coach Tan ada dalam skuad AFF Suzuki jadi pembantu Rajagobal masa kita tutoh Indonesia tu. Kalau kau tengok dia main malam ni aku rasa kau lebih rela maki Fakri Saarani atas padang tu. Dia langsung tak membantu dan dia punya penat tu macam dia berlari dari KLIA sampai airport Hanoi. Jujur aku katakan dia dah tak relevan dalam pasukan kebangsaan dan tempat dia tu dah boleh serahkan pada yang lebih muda dan layak. Siapa? Korang cadangkan kat komen.

Keseluruhan, Malaysia tidaklah main dengan teruk malam ini. Cuma kealpaan sekali tu je buat kita tewas malam ini. Bangkit di Bukit Jalil lawan Thailand 14 November nanti. Sebelum kita nak sesah Indognesia 19 November lepas tu. Kepada semua komrad Ultras Malaya, selamat pulang ke Tanah Air nanti. JUMPA DI BUKIT JALIL!!!!

Dari Jelebu ke Jakarta!!!
05/09/2019

Dari Jelebu ke Jakarta!!!

Last match!!!
20/07/2019

Last match!!!

Matchday !!!

Nogori belum bersedia lagi main Liga Super ?
Nogori belum layak lagi main Liga Super ?
Nogori lebih baik kekal Liga Perdana ?
Persoalannya sampai bila ?

“ Alang-alang mandi biar basah “ bila sudah hampir ke sasaran asal, teruskan berjuang sehingga ke penghujung. Kami sentiasa ada dibelakang pasukan, semua persoalan tersebut akan terjawab pada akhir perlawanan malam ini.


Ayuh penuhkan stadium malam ni
09/07/2019

Ayuh penuhkan stadium malam ni

Hasut jang jangan tak hasut!!! Anggap ni final kito
07/07/2019

Hasut jang jangan tak hasut!!! Anggap ni final kito

Hari SELASA 9 | 7 | 2019 jang menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan tolong datang atau hadirkan diri beramai-ramai di rumah kita Star Of Paroi untuk perlawanan menentang JDT II. Misi kita ke Liga Super 2020 cerah jika kita dapat kalahkan mereka pada perlawanan SELASA ini. Kelebihan sekarang kepada kita kerana kita kurang satu perlawanan berbanding Uitm, jang menyeru sekali lagi tolong hadirkan diri ke Star Of Paroi hari SELASA ini untuk memberi semangat kepada pemain & pasukan kita.


Sako jolobu dah panggil balik
07/07/2019

Sako jolobu dah panggil balik

Kemanosajo!!!
06/07/2019

Kemanosajo!!!

Address

Kuching
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Jeleblues posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category