WAR'S 15 Pushbike

WAR'S 15 Pushbike Terbuka untuk semua yang ingin mengenali sukan Pushbike.

Alhamdulillah 🤲Tamat sudah Pertandingan Pushbike Fun Race Maal Hijrah 2026.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ...
20/06/2026

Alhamdulillah 🤲

Tamat sudah Pertandingan Pushbike Fun Race Maal Hijrah 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak LAKMNS kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan pertandingan ini buat kali yang ke-3.

Terima kasih juga kepada Kelab Sukan & Rekreasi War's15 Kuching yang sentiasa bersama-sama membantu dan memberi sokongan sepanjang penganjuran program ini.

Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa serta para rider yang telah memeriahkan suasana perlumbaan pada hari ini. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk turut serta dan memberikan sokongan, dan perkara itu amat kami hargai.

Semoga kita dapat bertemu lagi di pertandingan yang akan datang dengan suasana yang lebih meriah dan penuh semangat kesukanan.

Akhir sekali, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kesilapan atau kelemahan sepanjang penganjuran pertandingan kali ini.

Terima kasih atas sokongan semua. ❤️




Part 1..Pushbike Maal Hijrah 2026
20/06/2026

Part 1..
Pushbike Maal Hijrah 2026

Aturcara untuk Maal Hijrah Pushibike 2026.Jumpa esok rider😍
19/06/2026

Aturcara untuk Maal Hijrah Pushibike 2026.
Jumpa esok rider😍

Senarai Rider yang akan bersaing mendapat kejuaraan di Pushbike Maal Hijrah sabtu ini..
18/06/2026

Senarai Rider yang akan bersaing mendapat kejuaraan di Pushbike Maal Hijrah sabtu ini..

PERTANDINGAN PUSH BIKE FUN RACE 2026 🔥🚴‍♀️Sempena Festival Maal Hijrah 1448H/2026M, ayuh semua ibu bapa bawa anak-anak s...
18/05/2026

PERTANDINGAN PUSH BIKE FUN RACE 2026 🔥🚴‍♀️

Sempena Festival Maal Hijrah 1448H/2026M, ayuh semua ibu bapa bawa anak-anak sertai acara penuh ceria dan semangat kesukanan ini! 🌟

👶 Anak anda minat berbasikal?
Inilah peluang untuk mereka merasai pengalaman berlumba dalam suasana menyeronokkan bersama rakan-rakan dari pelbagai tempat.

📅 Tarikh: 20 Jun 2026M / 4 Muharam 1448H
⏰ Masa: 8.00 Pagi
📍 Tempat: Ruang Parkir VIP, Dewan Serbaguna, Taman Sukma

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI!
🥇 Johan – RM70 + Medal/Hamper
🥈 Naib Johan – RM50 + Medal/Hamper
🥉 Ketiga – RM30 + Medal/Hamper
🏅 Tempat Ke-4 & Ke-5 – RM20 + Medal/Hamper
🎖 Tempat Ke-6 hingga Ke-10 – Saguhati

📌 Kategori Pertandingan:
👦 Umur 2–3 Tahun (Campuran)
👦 Umur 4 Tahun (Campuran)
👦 Umur 5 Tahun (Campuran)
👦 Umur 6 Tahun (Campuran)
👦 Umur 7 Tahun (Campuran)
🚴‍♂️ Kategori Terbuka 5–10 Tahun

⏳ Tarikh tutup penyertaan: 13 Jun 2026

Jangan lepaskan peluang untuk anak-anak mencipta pengalaman manis, menambah keyakinan diri dan menikmati suasana pertandingan yang penuh keseronokan! 💙

📞 Sebarang pertanyaan:
📱 En. Awang Afif – 016-854 8939
📱 Puan Farhana – 013-565 7395
📱 Cik Nusnin – 012-859 1542

📢 Ayuh meriahkan Push Bike Fun Race 2026!
Jumpa anda di Taman Sukma nanti 🚴
Link pendaftaran👇🏻

https://form.jotform.com/team/233332718410044/MAALHIJRAH2026



Open Track semalam😍
26/04/2026

Open Track semalam😍



Jom rider kita beraksi kembali😍Jumpa kitakorang ahad tok di tempat biasa okey🫡
23/04/2026

Jom rider kita beraksi kembali😍
Jumpa kitakorang ahad tok di tempat biasa okey🫡



Jom kita moreh dengan Open Track😘bulan puasa ngeluar peluh sikit-sikit rider kita😀
05/03/2026

Jom kita moreh dengan Open Track😘bulan puasa ngeluar peluh sikit-sikit rider kita😀





Address

Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WAR'S 15 Pushbike posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category