19/08/2026
KEBANGGAAN KAMI 🫵🏻❤️🖤💛
Nur Muhammad Syafiq Bin Syukree ⚽🧤
Alhamdulillah 🤲🏻 Tahniah dan syabas diucapkan kepada salah seorang pelatih PFA ODIN Academy, Adik Syafiq, atas kejayaan terpilih mewakili Skuad Bola Sepak Sarawak 15 Tahun (15TKB) – Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS).
Lebih membanggakan, ini merupakan pencapaian kali pertama beliau bersama skuad MSSS Sarawak bagi kategori 15TKB. 🙌🏻🔥
Kini, satu lagi amanah besar menanti. Adik Syafiq bakal membawa cabaran dan menggalas nama Sarawak di Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 15TKB yang akan berlangsung di Pulau Pinang, 29 Ogos hingga 3 September 2026. 🏆⚽
Perjalanan beliau bermula daripada sukan futsal sebagai penjaga gol (Goleiro). Dari gelanggang futsal, beliau terus melangkah, belajar, berusaha dan membina keyakinan sehingga mampu mencabar diri dalam bola sepak.
💪🏻 Inilah bukti bahawa permulaan yang kecil tidak pernah menghalang seseorang untuk mencapai impian yang besar.
Adik Syafiq memilih untuk terus berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersedia memperbaiki diri. Kini, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi antara kubu terakhir yang mempertahankan maruah dan cabaran Sarawak. 🧤🖤❤️💛
Kami di PFA ODIN Academy amat berbangga dengan pencapaian ini. Teruskan berjuang, teruskan belajar dan jangan pernah berhenti percaya pada kemampuan diri sendiri.
Bermain dengan hati.
Berjuang dengan semangat.
Bawa nama Sarawak dengan penuh kebanggaan‼️
Agik Idup Agi Ngelaban 🔥
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan sepanjang kejohanan nanti. 🤲🏻
GOOD LUCK SYAFIQ! 🧤🔥
BANGGAKAN SARAWAK! 🖤❤️💛
AGI IDUP AGI NGELABAN!
🖤❤️💛 PFA ODIN ACADEMY 🖤❤️💛