02/09/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐๐ค๐ฌ ๐๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง, ๐๐ฎ๐๐ก๐ข๐ง๐ , ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) Wilayah Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Outraxx, Kuching telah menganjurkan Program Hari Keluarga Sempena Bulan Kemerdekaan. Dengan penyertaan peserta seramai 308 orang yang terdiri daripada kakitangan KWSP serta ahli keluarga masing-masing telah berjaya menghimpunkan dari pelbagai daerah di sekitar Sarawak.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Sazaliza bin Zainuddin, COO KWSP serta Ybrs Tuan Aminuddin bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Wilayah KWSP Sarawak.
Turut hadir Encik Hadihizami Presiden Kelab Outraxx Kuching bersama dengan Pengasas kepada Kelab Outraxx Kuching, Encik Mohd Affizull Bee. Tidak dilupakan juga barisan Fasilitator yang berkemahiran dan berpengetahuan.
Semoga usaha murni ini terus menyuburkan semangat berkumpulan dan mempererat hubungan masyarakat, seiring aspirasi Malaysia MADANI demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Ali Baba Baling Bola, Human Caterpillar, Transfer Paper, Tengiling Race, Susun Bola Pingpong dan Multistation Game.