05/03/2024
🌙🌙BERILMU, BERAMAL & BERIMAN🌙🌙
Alhamdulillah🤲🏻🤲🏻
Majlis Ujian Kenaikan Bengkung bagi Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah siri 1/2024 selesai dijayakan pada 2 Mac 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Baru Kota Samarahan .
2 Pusat Latihan daripada cawangan Kuching & Samarahan menyertai majlis ini . Ketua Jurulatih Encik Ismawi ( Is Ismail ) & Encik Awang Junaidi (Awang Junior ) selaku penilai sudi hadir menguji kesemua peserta ujian. Majlis penyerahan tali pinggang telah pun disempurnakan oleh Guru Utama Encik Sariee Jimi dan Guru Muda Encik Abdul Healee Bin Bujang Seran ( Riyan Adiputra ).
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta ujian kali ini. Ketabahan dan kesungguhan dalam menempuhi perjalanan sebagai pesilat sangat dituntut. Dengan semangat tidak menyerah kalah dalam mengharungi segala kepayahan latihan juga pastinya menjadi suatu pengalaman manis dalam kehidupan. Berazamlah untuk menjadi versi TERBAIK diri masing-masing💪💪💪
Pengurus Program
✅Hendrawan Abdullah
✅Aezsya Annis
_______________________________________
Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.