19/08/2026
Good Luck Girls!
RAGBI WANITA PULAU PINANG U21 | SUKMA 2026 ππ₯
Pasukan Ragbi Wanita Pulau Pinang U21 telah berangkat ke Negeri Selangor bagi membawa cabaran Pulau Pinang di Ragbi SUKMA 2026, yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Padang Sultan Sulaiman, Klang, Selangor.
Pasukan kali ini diketuai oleh Ketua Jurulatih Coach Hazwan, dibantu oleh Coach Afiq dan Coach Ain Syafiqah, manakala Teacher Hazwani menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan.
Seramai 13 pemain telah dipilih untuk membawa cabaran Pulau Pinang. Gabungan pemain berpengalaman yang pernah beraksi pada edisi SUKMA 2022 dan 2024, bersama barisan muka baharu, menjadi taruhan pasukan untuk mencipta pencapaian yang lebih baik pada edisi kali ini.
π₯ UNDian KUMPULAN SUKMA 2026
Pada edisi tahun ini, Pulau Pinang diundi dalam satu kumpulan bersama Sarawak, Pahang dan Melaka.
Berdasarkan prestasi serta aksi Pra-SUKMA sebelum ini, pasukan Pulau Pinang dilihat mempunyai kemampuan untuk memberikan tentangan hebat dan meneutralkan Pahang serta Melaka di peringkat kumpulan.
Namun, Sarawak dijangka menjadi cabaran terbesar buat Pulau Pinang. Sarawak merupakan pasukan yang perlu diberikan perhatian khusus, dan perlawanan ini pastinya menjadi antara ujian penting dalam usaha Pulau Pinang untuk melangkah lebih jauh.
Apa yang pasti, kita percaya dengan persiapan yang telah dilakukan, pengalaman pemain serta kesungguhan barisan kejurulatihan, pasukan Wanita Pulau Pinang U21 mampu memberikan kejutan dan melaksanakan misi yang telah ditetapkan.
π― SASARAN 2026
Pada SUKMA 2024, pasukan Ragbi Wanita Pulau Pinang berjaya mara ke suku akhir sebelum tewas tipis kepada Sabah dengan keputusan 7β0. Pulau Pinang kemudiannya beraksi dalam penentuan tempat ke-7/8 menentang Melaka, namun tewas dan menamatkan saingan di tempat ke-8 β satu pencapaian yang lebih baik berbanding edisi 2022.
Kini, sasaran baharu telah ditetapkan:
LAYAK KE SUKU AKHIR.
DAN MEMPERBAIKI KEDUDUKAN SUKMA 2024. πͺπ₯
Perjalanan mungkin tidak mudah. Setiap perlawanan memerlukan disiplin, keberanian dan fokus yang tinggi. Tetapi kami percaya pasukan ini mempunyai kemampuan untuk melakukannya.