31/08/2022
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 65 TAHUN buat SEMUA yang berwargenegara MALAYSIA.
"Cikgu, kenapa kita kena sambut merdeka?"
"Banyak sebabnya,, kenapa awak tak seronok ke?"
"Seronok tu seronok,, tapi penatlah".
"Okay,, kalau penat, rehatlah kejap".
"Tapi Cikgu.... Untuk apa? Cikgu Tak jawab lagi."
Lalu, aku pun mengambil sebuah kerusi Dan duduk. Jawapan kali ini mungkin sedikit panjang, jadi perlu bertenang.
"Amirul, Dayyan, Khalid,, dengar sini. Sambutan itu sebenarnya adalah untuk mengingati. Kalau sambutan ulang tahun, nak mengingati tarikh lahirnya Kita, kalau sambutan maulidurrasul, nak memperingati Hari kalahiran baginda Dan pengorbanan baginda RASULULLAH, jadi begitu juga dengan sambutan kemerdekaan. Untuk Kita ingat semula bahawa pentingnya Kita mempertahankan kemerdekaan negara Kita. Kerana Malaysia bukan terus tercipta Dan aman damai seperti ini dahulu kala. Dan Malaysia atau Mana mana negara sekalipun, boleh dijajah lagi Dan lagi ketika rakyatnya berpecah Dan tampuk kepimpinannya goyah. Segala keamanan, kebebasan besuara, berkerja Dan berkeluarga, semua ini Tidak kekal selamanya. Ianya kekal selagi Mana kekal bersatunya rakyat Malaysia. Kita boleh dijajah, Kita boleh kembali ke zaman menurut perintah penjajah. Malaysia masih mungkin jadi begitu jika erti kemerdekaan itu hilang penghayatan. Ingat tu!"
Namun begitu....
Jika ditanya sehari selepas kemerdekaan kepada murid murid tahun dua ini,,
"Apakah itu kemerdekaan?"
Pasti Tak terjawab. Selain bunga api dan motor Sana sini.
LALU SOALAN SEBENARNYA ADALAH=
Adakah cara menyambut rakyat Malaysia terhadap kemerdekaan sebenarnya mencapai tujuan sambutan kemerdekaan?
Fikirkan.