11/12/2023
MONSOON CUP GRASSROOTS 8 PENJURU U10 & U12
Alhamdulillah pada 10 Disember 2023, Akademi Tunas SRI Abbas FC telah menyertai perlawanan Monsoon Cup yang telah berlangsung di Sk Peramu, Pekan.
Pihak Akademi Tunas Sri Abbas FC telah menghantar dua pasukan yang terdiri dari U10 dan U12. Antara objektif penyertaan perlawanan ini ialah bagi memberikan pengalaman kepada para pemain dan meningkatkan lagi mutu permainan dalam sukan bola sepak.
Harapan kami agar para pemain akademi terus bersemangat dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan bola sepak.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"