03/03/2026
KUANTAN, 3 Mac 2025:- Majlis Pembukaan Klinik Pakar Perubatan Sukan yang baharu telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Penubuhan klinik ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan khususnya dalam bidang perubatan sukan di negeri Pahang.
Penubuhan klinik ini juga dilihat selari dengan hasrat memperkasakan ekosistem pembangunan sukan negeri, terutamanya dalam memastikan atlet menerima sokongan perubatan yang berkualiti dan berterusan.
Dengan pembukaan klinik ini, diharapkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Sukan Pahang dapat bekerjsama untuk memberikan perkhidmatan perubatan sukan di negeri Pahang akan terus berkembang seiring dengan kemajuan sektor sukan dan kesihatan negara.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, turut hadir Pengarah Majlis Sukan Pahang serta delegasi yang menyambut baik penubuhan klinik pakar ini sebagai satu keperluan penting dalam landskap pembangunan sukan masa kini.
MZSA