Anak Perantau Truckers- FB

Anak Perantau Truckers- FB ANAK PERANTAU TRUCKERS 02-FB
Mengenali Dan Merapatkan Silaturahim Sesama Rakan2 Seperjuangan Seluruh

open trip ke seluruh semenanjung wsap.com.my/+60139076595 base Kuantan
26/10/2023

open trip ke seluruh semenanjung wsap.com.my/+60139076595 base Kuantan

20/06/2023

GUNUNG DATO !!!!!!. Check out 1ˢᵏᶻAlong🇲🇾(along7888) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from 1ˢᵏᶻAlong🇲🇾(along7888).

Salam kenal2 base Kuantan
14/09/2021

Salam kenal2 base Kuantan

14/09/2021
13/09/2021
Asalamualaikum untuk booking lori sewa boleh wsap.com.my/+60139076595 ke seluruh semenanjung
08/07/2021

Asalamualaikum untuk booking lori sewa boleh wsap.com.my/+60139076595 ke seluruh semenanjung

11/03/2021

Salam sejahtera

Mintak PM dan pihak Kementerian Pengangkutan beri perhatian.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN MELAMPAU KE ATAS KENDERAAN PERDAGANGAN DI ATAS JALAN RAYA

Kami mewakili pihak pemandu dan pengusaha kecil pengangkutan perdagangan amat TIDAK berpuas hati di atas tindakan keterlaluan penguatkuasaan undang undang jalanraya (polis dan jpj)

Tindakan mencari cari kesilapan dan kesalahan yang melampau ini makin keterlaluan, kami tidak nafikan penguatkuasaan undang2 membantu kementerian, namun terlalu banyak focus pada perihal remeh temeh.

Saman saman yang dikeluarkan atas perihal remeh temeh ini menyebabkan pemandu pemandu dan pengusaha pengangkutan mula membenci kerajaan

Jika kesalahan itu mandatory ataupun boleh sebabkan pelanggaran undang undang serious seperti tayar botak, body lori tidak selamat, muatan berbahaya, keadaan teknikal lori yang teruk dan tidak sesuai di jalan raya, maka kami sokong tindakan saman atau apa sahaja hukuman dikenanakan

Jalan raya berlubang, ROSAK dan tidak sempurna KAMI HADAP JUA TANPA HIRAUKAN RISIKO KAMI KEMALANGAN, dimana kesempurnaan fasility JALAN RAYA under JABATAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN??

Namun, lebih banyak saman dan focus diberikan pada tinted, sticker, lampu spotlight. Contoh lampu spotlight pada kenderaan ini semua nya di pasang lengkap dengan suis tutup dan buka hanya bila perlu, ketika malam dan gelap. Ini membantu pemandu lori di keadaan jalan yang kritikal. Ini dapat elakkan kemalangan

Banyak ciri2 tambahan dipasang pada lori, membantu pemandu untuk memastikan keselamatan.

Aksesori lain pun sekadar keceriaan dan kekemasan. Lori yg di jaga dan dilengkapi kekemasan tambahan biasanya lebih terjaga dan lebih selamat untuk dipandu. KECERIAAN RAKYAT PUN ANDA NAK RAMPAS??

Pada masa yg sama kereta2 yg dilengkapi lampu putih HID bermaharajalela di jalanraya siap dgn day running led yg amat terang dan menyakitkan mata.

Apakah ini double standard??

Pada waktu ini jpj dan trafik seluruh negara dikerah untuk mencari cari kesilapan dan kesalahan remeh temeh

Sedangkan ketika pandemik covid19 tgh kritikal, kami pengusaha dan pemandu lori lah BERTARUNG NYAWA DAN MEMBANTU PENGHANTARAN SEGALA MCM BARANG UTK RAKYAT DAN UBATAN.

Dimana sahaja kawasan ZON MERAH kami redah dengan risiko ditanggung sendiri, makin tinggi kes covid19, makin kami bekerja siang malam utk tangani demand dan keperluan rakyat.

Adakah kementerian pengangkutan inginkan KESEMPURNAAN 100% pematuhan undang undang???

Be logical dan jangan mencari kesempurnaan jika pihak kerajaan pun banyak dibantu rakyat dengan cukai cukai dan hasil rakyat. Jangan cari kesempurnaan jika JALAN RAYA ROSAK TERUK BERLUBANG LUBANG.

Tindakan keterlaluan mencari KESEMPURNAAN DALAM PEMATUHAN UNDANG UNDANG mula membentuk bibit bibit kebencian rakyat pada PIHAK KERAJAAN

Dengan rendah diri kami dan saya secara peribadi ingin ingatkan bahawa KAMI PUN PENGUNDI DAN PENENTU MASA DEPAN KERAJAAN

KEBENCIAN KAMI AKAN DITERJEMAH KEPADA KERTAS UNDI AKAN DATANG

BERTINDAK SEGERA JIKA ANDA PEMIMPIN POLITIK INGIN STABILKAN KERAJAAN ANDA

kami mula hilang sabar bila kami susah untuk bekerja dalam keadaan ekonomi kami tenat dan POKET KAMI MULAI KOSONG DAN DIPERAH PERAH HINGGA KERING

Kami sudah bertahan beberapa kali PKP dan pkpb, jangan sampai kesabaran rakyat sampai kemuncak

Kami sudahi keluhan kami dengan satu ungkapan nasihat buat pemimpin politik

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
JANGAN SAMPAI KAMI TERDESAK
AKAN KAMI HUKUM TUAN TUAN

Sekian.

Pemandu Yang Sudah Penat

Address

Kuantan
TRANSPORTGRUP

Telephone

0139076595

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Perantau Truckers- FB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category