31/07/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan untuk menyampaikan perkongsian dalam program Motivational Talk: Road to MASUM 2025 kepada Atlet IIUM Mustangs di IIUM Kuantan.
Adalah satu penghormatan besar buat saya untuk berkongsi pengalaman mendaki Gunung Everest dan menyuntik semangat buat para atlet yang akan mewakili universiti dalam temasya MASUM akan datang. Semoga sedikit sebanyak pengalaman yang dikongsikan dapat memberi inspirasi serta kekuatan untuk terus mengejar impian.
Sekali lagi, terima kasih atas jemputan dan layanan yang amat baik sepanjang program. Semoga terus berjaya dan dipermudah segala perancangan ke arah MASUM 2025.
Sekian, terima kasih.
Siti Hanisah Binti Sharuddin
Mount Everest Summiter