03/05/2026
🎯 MESYUARAT AGUNG BLACK WHITE DART CLUB 2026 🎯
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Black White Dart Club 2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan lancar.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan hala tuju kelab, khususnya dalam usaha memperkukuhkan lagi peranan Black White Dart Club sebagai antara peneraju sukan dart di Kuantan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan aktiviti, pembangunan ahli, serta strategi untuk terus memajukan sukan dart ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen serta pandangan yang bernas demi kemajuan kelab.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya 💪