28/08/2022
Menyantuni undangan daripada pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) dan Young Malaysian Movement (YMM) untuk Merdeka Hike Challenge di Bukit Pelindung pagi tadi. Seramai 15 orang pekerja daripada Kuantan Port menyertai laluan 'offroad', bersama-sama dengan pekerja LPKtn dan beberapa badan NGO yang lain. Program ini adalah salah satu daripada aktiviti Rakan Muda Day Out bersempena dengan Hari Belia Negara 2022 daerah Kuantan.
Turut menghadiri program, YH Dato Khairul Anuar Abdul Rahman, Pengurus Besar LPKtn dan tetamu khas Setiausaha Politik YB Pengangkutan, YH Dato Quek Tai Seong.
Merdeka Hike Challenge
28082022