Sesilas Pahang

Sesilas Pahang Seni Silat Lintang Sendeng

HURAIAN DAN SEJARAH RINGKAS PERSATUAN SENI SILAT LINTANG SENDENG PAHANG (SESILAS)Persatuan seni silat lintang sendeng in...
14/03/2023

HURAIAN DAN SEJARAH RINGKAS PERSATUAN SENI SILAT LINTANG SENDENG PAHANG (SESILAS)
Persatuan seni silat lintang sendeng ini juga dikenali dengan nama ringkasnya SESILAS telah diasaskan oleh seorang GURU TUA AL-MARHUM TUAN GURU MOHAMAD BIN BUYONG @ ABDULLAH.Beliau lebih dikenali dengan nama pendekarnya MAT GAJAH @ MAT WEIN dikalangan sahabat handai,rakan-rakan seperjuangan dan penduduk kampung kerana kekuatan dan kegagahanya.Beliau dikenali disekitar negeri Pahang.
AL-MARHUM guru tua mula mendapat didikan dalam seni ilmu kebatinan melalui seorang tua yang bernama MUKIN yang berasal dari PAGAR,RUYONG,SUMATERA,INDONESIA beliau ketika itu bekerja sebagai pelombong biji timah di sungai lembing.
MUKIN adalah seorang pengamal ilmu kebatinan dan seorang pesilat aliran SENDENG KUNTAU YUNAN,pada ketika itu guru tua sentiasa melihat MUKIN melakukan latihan aliran silat didepan rumahnya yang dilindungi daun-daun kelapa sebagai gelanggang ,dari situ mula lahirlah minat untuk mempelajari ilmu-ilmu daripada MUKIN.Memandangkan ketika itu zaman darurat, latihan antara GURU TUA dan MUKIN dijalankan di atas rumah di kampung melayu Sungai Lembing pada tahun 1960.
AL-MARHUM menjalankan latihan bersama MUKIN berkenaan ilmu kebatinan serta selok belok permainan silat SENDENG KUNTAU YUNAN selama tujuh bulan.
Pada tahun 1960 Sungai Lembing banyak menerima ancaman daripada komunis ,semasa ancaman komunis berlaku,penduduk kampung berada dalam ketakutan,demi menjaga diri dan maruah keluarga,maka penduduk kampung membuat keputusan untuk mencari seorang guru untuk mempelajari seni bela diri.MOHAMAD BIN BUYONG ketika itu diamanahkan oleh MUKIN bagi mengembangkan seni bela diri KUNTAU YUNAN kepada penduduk- penduduk setempat maka berkembanglah KUNTAU YUNAN ketika itu.
Asal terlahirnya SENI SILAT LINTANG SENDENG (SESILAS) pada tahun 1966 GURU TUA pernah mempelajari SILAT TARI LANGKAH EMPAT dari seorang GURU yang bernama AYAH LOH dari

Terengganu.SILAT TARI LANGKAH EMPAT banyak menggunakan teknik melintang serta permainan buah tumpang.Maka dari situ terlahirlah aliran SENI SILAT LINTANG SENDENG.Maksud sendeng adalah permainan buah tumpang.
AL-MARHUM,GURU TUA (MAT WEIN) juga mempelajari ilmu seni tempur dari pelbagai gelanggang termasuk seni senjata Tekpi,seni silat melayu,permainan silat keris dan beberapa lagi jenis seni silat yang bertari.AL-MARHUM mula mengajar silat kepada anak-anaknya di rumahnya di kampung melayu,Sungai Lembing dan kemudiannya disebarkan kepada anak anak remaja tempatan dengan kerjasama dari belia juga beliawanis kampung sekitar Sungai Lembing.AL-MARHUM guru tua juga mengajar seni silat tari kepada anak-anak muridnya seperti tari helang

terbang,susur angin,urai benang kusut,puteri bersiram,sutan Maakat,tari sendeng dan pelbagai tari silat melayu yang penuh dengan rahsia pergerakkan.
Seni silat lintang sendeng ini banyak melintang dan sumbang.Sumbang bermaksud umpan.Lintang itu adalah permainan buah pukul yang menggunakan buah pukul sendeng dan KUNTAU YUNAN maka terhasilah SENI SILAT LINTANG SENDENG yang mempunyai rahsia dan sumbang.
Persatuan ini mula didaftarkan dengan jabatan belia dan sukan negeri Pahang pada awal tahun 1974.Pengerusi pertama persatuan adalah anak remaja tempatan yang juga merupakan seorang murid pertama MAT WEIN iaitu MANAF BIN OMAR.
Pada awalnya persatuan ini tiada nama khusus.Mesyuarat pertama setelah penubuhan diadakan,membincangkan nama dan logo yang sesuai dengan perguruan.Kata sepakat dibuat persatuan SENI SILAT LINTANG SENDENG KUNTAU YUNAN diberi nama,namun ketika penciptaan logo dibuat,nama tersebut terlalu panjang dan tidak muat untuk ditulis lalu dipendekkan menjadi PERSATUAN SENI SILAT LINTANG SENDENG PAHANG sahaja sehiggalah ke hari ini.
Gelanggang pertama sesilas terletak di Batu 4,Sungai Lembing kemudian dipeluaskan cawangan ke Batu 3 setengah,Sungai Lembing,Batu 6 Sungai Lembing,kampung kuala kenau,kampung pasir kemudi dan beberapa daerah di Sungai Lembing.Ilmu silat ini kemudiannya disebarkan lagi oleh beberapa anak murid beliau termasuk anaknya sendiri yang ketiga AL-MARHUM guru utama ALI BIN MOHAMAD.AL-MARHUM guru utama menyebarkan aliran SESILAS di beserah,kuantan sekitar tahun 1980 dan murid-muridnya terdiri daripada penduduk kawasan Beserah termasuklah Cikgu Zamri.
Sebelum pemergian guru utama ke rahmatullah,AL-MARHUM guru utama sempat memberikan amanah dan mentauliahkan serta menijazahkan Cikgu Zamri Bin Mohamed pada tahun 1998 untuk dikelolakan.Selepas pemergian AL-MARHUM pada tahun 2003,Cikgu Zamri mula memegang amanah sepenuhnya dan bergiat aktif dalam memperjuangkan PERSATUAN SENI SILAT LINTANG SENDENG PAHANG ini sehinggalah sekarang.
Sejak dari tahun tujuh puluhan lagi SESILAS aktif dalam menyertai pelbagai atur cara rasmi dan pertandingan silat sekitar PAHANG.Pernah merangkul juara dan naib juara sekitar tahun 1974 dalam pertandingan seni silat seluruh Pahang Anjuran Belia Dan Sukan negeri Pahang yang diadakan di padang berhampiran masjid jamek negeri Pahang.Bukan itu sahaja,SESILAS juga dijemput untuk membuat persembahan menyambut keberangkatan sultan Pahang,Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang,lawatan menteri-menteri ,upacara menyambut Delegasi dari Arab Saudi,persembahan Tari Silat

Solo di hadapan Sultan Pahang sempena Jubli Perak dan banyak lagi upacara-upacara rasmi,persembahan di majlis kenduri kahwin dan digelanggang –gelanggang silat rakan seperjuangan dari pelbagai perguruan yang lain.SESILAS juga pernah membuka cawangan di Kolej Fakulti Perubatan University Islam Antarabangsa Malaysia,Kuantan dan di kawasan kediaman kakitangan Klinik kesihatan Balok,Kuantan.
Jawatan kuasa SESILAS sama seperti adat pertubuhan yang lain.Yang turut melalui proses peralihan kuasa pentadbiran dari tahun ke tahun sehingga ke era 2000an.

Peraturan Dan Adab Bergelanggang
Pesilat hendaklah dalam keadaan berwudhuk.
Sebelum memasuki gelanggang,sebarang alas kaki hendaklah ditanggalkan.
Memberi salam sebelum memasuki gelanggang.
Membuat larian sepuluh pusingan dan senam silat sebelum memulakan latihan
Membuka gelanggang seterusnya membuat langkah pembuka gelanggang.Dilarang keluar masuk gelanggang setelah gelanggang dibuka tanpa sebab-sebab tertentu.
Tidak dibenarkan merokok,memakai jam,sebarang alat perhiasan diri atau berbual mengenai perkara yang tidak elok dan melakukan sebarang perkara yang tidak beradab di dalam gelanggang.
Mematuhi setiap arahan jurulatih,tidak merungut atau mengeluh apabila dikehendaki mengulangi langkah atau gerak.Pesilat juga hendaklah bersungguh-sungguh dalam menjalani latihan.
Duduk secara sopan(Duduk Pesilat) ketika berehat dan ketika jurulatih memberi taklimat.Tumpukan perhatian taklimat yang diberikan.
Tidak berdendam atau menunjukkan rasa marah kepada jurulatih atau rakan pesilat ketika menjalani latihan dan sesudahnya.
Setiap kali tamat latihan pesilat dikehendaki membuat langkah penutup;menutup gelanggang,bersalaman sesama pesilat serta selawat dan memberi hormat kepada pesilat muslimah.

SCHEDULE PEMBELAJARAN SESILAS
Dalam perguruan ini,mempunyai beberapa pembelajaran mengikut sukatan yang telah disusun bagi memudahkan generasi kini lebih memahami setiap yang dipelajari tanpa menurangkan seni silat asal tradisional serta gerak langkah yang ada.
Pesilat perlu melalui bebrapa peringkat & fasa latihan.

PERINGKAT PERTAMA
-Latihan wajib asas” langkah pembuka gelanggang”.
-Pesilat perlu memahirkan diri tidak lebih dari 7 kali @ 7 hari latihan berturut-turut.
PERINGKAT KEDUA
-Latihan wajib asas”Tari Pembuka Gelanggang”
-Pesilat juga perlu menguasai latihan tidak lebih dari 7 kali @ 7 hari latihan berturut-turut.
PERINGKAT KETIGA
-Jurus @ Belebat
-Pesilat perlu menguasai latihan ini tidak lebih dari 14 kali @ 14 hari latihan berturut-turut.
PERINGKAT KEEMPAT
-Latihan asas’Gerak Tangkas Sesilas (GTS)
-Meliputi latihan dan teknik
Menyerang
Mengelak serangan
Menepis serangan
Seragam latihan untuk pesilat lelaki;
T-Shirt kosong berkolar bulat (Berlengan panjang hitam)
Berseluar trek hitam
Seragam latihan untuk pesilat perempuan ;
Bertudung hitam
Berseluar trek hitam
T-Shirt kosong berkolar bulat (Berlengan panjang hitam)
peringkat ini tiada tempoh yang diberikan sebaliknya ianya mengikut kemampuan pesilat dalam menguasai latihan dan kemahiran seni tempur.
Setelah pesilat melalui keempat-empat fasa tersebut,mereka selayaknya di’pelimaukan’dan layak menerima gelaran”ANAK SESILAS”& selayaknya diajar “BUAH PUKUL” serta RAHSIA LINTANG SENDENG turun temurun.

Pesilat juga akan dinilai oleh pemegang amanah kejurulatihan melalui proses pemilihan untuk menjadi pembantu jurulatih dan layak menjadi tenaga pengajar pada peringkat permulaan.

Sebagai penutup ilmu seni silat ini,pesilat haruslah memiliki tujuh sifat;
-SABAR dalam mengharungi cabaran & dugaan dalam kehidupan maupun dalam menuntut ilmu dunia jua akhirat.
-ISTIQAMAH dalam membuat keputusan berlandaskan iman,ilmu,amal& ihsan.
-AMANAH terhadap ilmu yang dipelajari.
-TEKUN dalam menuntut ilmu.
-SENTIASA RENDAH DIRI
-TAAT kepada ALLAH SWT,Rasul,Pegangan AL-Quran,Assunnah,Ibu bapa dan Guru.
-Mengeratkan SILATURRAHIM menjaga hubungan sesama insan.
Latihan yang berterusan bagi memantapkan ilmu yang dipelajari,inshallah ILMU AKAN KEKAL dan akan memberi manfaat samada hidup DIDUNIA maupun di AKHIRAT.

KATA-KATA ALUAN DARI
PEMEGANG AMANAH PERSATUAN SENI SILAT LINTANG LINTANG SENDENG PAHANG
(SESILAS)
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Segala pujian hanya untukmu Ya Allah tuhan pentadbir seluruh alam.Selawat serta salam buat nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga baginda serta kaum muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana berkat dan taufiq hidayah-nya yang mengizinkan saya dan ahli-ahli jawatan kuasa yang turut membantu dalam memikul amanah mengusahakan perjuangan memperkenalkan kembali kegemilangan SENI SILAT LINTANG LINTANG SENDENG yang pada suatu ketika dahulu cukup disegani seluruh Sungai Lembing dan negeri Pahang.
SENI SILAT LINTANG SENDENG atau ringkasnya SESILAS telah diasaskan oleh pengasas utama iaitu AL-MARHUM guru tua MUHAMAD BIN BUYONG @ ABDULLAH atau lebiih dikenali dengan gelaran MAT WEIN oleh penduduk setempat dan juga dibeberapa tempat sekitar Pahang.
PERSATUAN SENI SILAT LINTANG SENDENG PAHANG (SESILAS) mula berdaftar dengan JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG pada sekitar tahun 1974 dengan diketuai oleh pengerusi pertama persatuan ENCIK MANAF BIN OMAR yang merupakan salah seorang anak murid yang pertama kepada guru tua WEIN.Jawatsn kuasa SESILAS sama seperti adat pertubuhan lainnya yang turut melalui proses peralihan kuasa pentabiran dari tahun ke tahun sehingga pada era 2000 an tampuk kepimpinan diketuai oleh HAJI MAT YUSOF BIN LONG.
Pada era ini saya cikgu Zamri Bin Mohamed dipilih sebulat suara oleh ahli mesyuarat jawatan kuasa untuk memegang amanah selaku pengerusi SESILAS yang terbaru.Saya juga adalah tenaga pengajar

utama digelanggang induk yang terletak di Kampung Pelindung pantai,Beserah,Kuantan,Pahang.AL-MARHUM guru utama ALI BIN MOHAMAD yang juga anak ketiga daripada sembilan adik beradik AL-MARHUJM guru tua WEIN merupakan guru yang mengajar SENI SILAT LINTANG SENDENG ini kepada saya ketika itu dan saya mengembangkan di sekitar beserah.

BIODATA & SINOPSIS PEMEGANG AMANAH

NAMA :ZAMRI BIN MOHAMED
NAMA PANGGILAN :CIKGU ZAMRI /POKDE
TARIKH LAHIR :15.12.1969
TEMPAT KELAHIRAN:KAMPUNG BANGGOL KANAN,KEMAMAN TERENGANU
SINOPSIS RINGKAS CIKGU ZAMRI
1984-1988-CIKGU ZAMRI mempelajari SENI BELA DIRI LIAN 13 di Kampung Banggol Kanan,Kemaman dengan seorang guru muda bernama Ali Bin ISmail.
1993-mula mempelajari Sendeng bersama tuan guru utama Ali Bin Mohamad(anaknda kepada tuan guru tua) di Beserah.
1998-CIKGU ZAMRI diiktiraf & diijazahkan sebagai pemegang amanah SESILAS sehingga kehari ini.

BIODATA & SIPNOSIS GURU TUA

NAMA : MOHAMAD BIN BUYONG
NAMA PENDEKAR :MAT WEIN
TAHUN KELAHIRAN :1919 hingga meninggal
TEMPAT KELAHIRAN:KAMPUNG MELAYU SUNGAI LEMBING

SINOPSIS RINGKAS GURU TUA
belajar SENDENG KUNTAU YUNAN bersama seorang guru tua bernama MUKIN yang berasal dari PAGAR RUYONG,SUMATERA,INDONESIA
belajar SENI SILAT TARI LANGKAH EMPAT bersama seorang guru tua yang bernama AYAH LOH dari Terengganu.Dari TARI LANGKAH EMPAT inilah tercetusnya nama LINTANG SENDENG.
BIODATA & SIPNOSIS GURU UTAMA

BIODATA & SIPNOSIS GURU UTAMA

NAMA :ALI BIN MOHAMAD
NAMA PANGGILAN :ALI MAT WEIN
TARIKH KELAHIRAN :1943 HINGGA 2002 (MENINGGAL USIA 59 TAHUN)
TEMPAT KELAHIRAN:KAMPUNG MELAYU SUNGAI LEMBING,PAHANG

SIPNOSIS GURU UTAMA
1960-GURU UTAMA mula belajar SENDENG KUNTAU YUNAN dengan guru tua di dalam rumah di KAMPUNG MELAYU SUNGAI LEMBING.Ketika itu beliau berumur 17 tahun.
1970-mula belajar LINTANG SENDENG dengana guru tua bergelanggang di depan rumah KAMPUNG MELAYU SUNGAI LEMBING.
1980-guru utama mula mengembangkan LINTANG SENDENG di KAMPUNG PELINDUNG PANTAI,BESERAH.

Salam aidul fitri pkp 3.0 buat semua warga fb...Alhamdullillah selesai jugak konsep ziarah anak2 sesilas hari ni 13.5.20...
13/05/2021

Salam aidul fitri pkp 3.0 buat semua warga fb...Alhamdullillah selesai jugak konsep ziarah anak2 sesilas hari ni 13.5.2021

Program terakhir hari ni dipantai cempaka...bukan kehebatan yang ditonjolkan...tapi silatulrahim serta ukhwah yang dicar...
11/04/2021

Program terakhir hari ni dipantai cempaka...bukan kehebatan yang ditonjolkan...tapi silatulrahim serta ukhwah yang dicari...inshaallah...selepas ramadhan nanti kita ketemu lagi

Terima kasih kepada ustaz Aiman, isteri serta keluarga kerana menjemput kami sekeluarga dimajlis sambut menantu ditaman ...
11/04/2021

Terima kasih kepada ustaz Aiman, isteri serta keluarga kerana menjemput kami sekeluarga dimajlis sambut menantu ditaman dato' rashid...semoga perkahwinan itu kekal sampai ke jannah...jazakallahhukhairan kashiran

24/03/2021
Program bbq anak2 sesilas digelanggang induk rabu malam khamis 24.3.2021
24/03/2021

Program bbq anak2 sesilas digelanggang induk rabu malam khamis 24.3.2021

Program riadah dipagi ahad 21.3.2021 bersama anak2 sesilas...dari gelanggang sesilas ke batu pelindung
23/03/2021

Program riadah dipagi ahad 21.3.2021 bersama anak2 sesilas...dari gelanggang sesilas ke batu pelindung

Alhamdullillah...selamat pengantin baru buat ngah bob serta isteri...foto berkenangan bersama adik- beradik jemaah dirum...
16/01/2021

Alhamdullillah...selamat pengantin baru buat ngah bob serta isteri...foto berkenangan bersama adik- beradik jemaah dirumah pengantin dibalok...16 januari 2021 ( sabtu )

Kenangan ketika bersantai2 dibatu pelindung, pada tahun 1987...foto dari kiri lan bapu, diriku, sepupu lan bapu, poksu d...
14/01/2021

Kenangan ketika bersantai2 dibatu pelindung, pada tahun 1987...foto dari kiri lan bapu, diriku, sepupu lan bapu, poksu dol roti canai

Address

11/68 Kampung Pelindung Beserah
Kuantan
26100

Telephone

+60149539557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sesilas Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sesilas Pahang:

Share