Majlis Sukan Pahang

Majlis Sukan Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Sukan Pahang, Sports, Majlis Sukan Pahang Kompleks SUKPA, Kuantan.

SSTMI, Johor 16 April 2026 - Kunjung hormat YB Pengerusi Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Fadzli Bin Mohd Kamal ke Sekolah S...
16/04/2026

SSTMI, Johor 16 April 2026 - Kunjung hormat YB Pengerusi Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Fadzli Bin Mohd Kamal ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi II Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Khaizulnizam Bin Mohd Zuldin serta Pengarah Majlis Sukan Pahang, Encik Mahadir Bin Abdul Raffar.

Seramai 25 orang atlet kelahiran Pahang yang sedang menimba ilmu dan latihan di SSTMI turut diraikan dalam kunjungan ini. Sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat, YB Pengerusi telah menyampaikan barangan sukan Decathlon kepada para atlet.

Inisiatif ini diharap dapat membakar lagi semangat juang serta menjadi pemangkin kepada para atlet untuk terus berusaha gigih dalam latihan dan mencapai kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

MZSA



Pergerakan Pasukan Karate Do ke Kejohanan Silent Knight yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 16 hingga 19 Ap...
16/04/2026

Pergerakan Pasukan Karate Do ke Kejohanan Silent Knight yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 16 hingga 19 April.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua dan memperoleh kejayaan! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ธ Penyelaras Sukan Karate

MZSA



KENYATAAN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN PAHANGMajlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak da...
15/04/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN PAHANG

Majlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengemukakan:
1. Tawaran membekal dan menghantar pakaian dan peralatan pertandingan pasukan angkat berat SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69 (2026-7)
2. Tawaran membekal dan menghantar peralatan latihan dan pertandingan pasukan hoki lelaki dan wanita SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69 (2026-8)

๐Ÿ“… Tarikh Buka: 14 April 2026 (Selasa)
โฐ Tarikh Tutup: 21 April 2026 (Selasa), jam 12.00 tengah hari

๐Ÿ“ Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Aras 1, Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Pahang pada waktu pejabat:
Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari/ 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari/ 3.00 petang - 4.30 petang

Pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak Majlis Sukan Pahang.

๐Ÿ“Œ Terima kasih atas kerjasama anda.

MZSA



Kuantan, 14 April 2026 โ€“ Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Pahang berlangsung dengan meriah dalam suasana santai d...
15/04/2026

Kuantan, 14 April 2026 โ€“ Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Pahang berlangsung dengan meriah dalam suasana santai dan penuh kemesraan, menghimpunkan warga kerja serta tetamu jemputan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Pengerusi Majlis Sukan Pahang bersama Pengarah dan seluruh kakitangan. Pelbagai juadah Hari Raya disajikan, menambahkan lagi keceriaan majlis.

Selain menjadi ruang untuk beramah mesra, majlis ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Majlis Sukan Pahang. Dalam masa sama, turut disentuh mengenai persiapan menghadapi SUKMA yang bakal berlangsung.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dalam suasana penuh ceria.

MZSA



KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026SUKAN: TAEKWANDO๐Ÿ“ Tarikh : 13 April 2026 (Isnin)โฐ Masa : 8.00 pag...
14/04/2026

KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026

SUKAN: TAEKWANDO

๐Ÿ“ Tarikh : 13 April 2026 (Isnin)
โฐ Masa : 8.00 pagi
๐Ÿ“Œ Venue : Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim

๐Ÿ… JUMLAH PUNGUTAN PINGAT PAHANG

๐Ÿฅ‡EMAS - 2
๐ŸฅˆPERAK - 0
๐Ÿฅ‰GANGSA - 2

Tahniah diucapkan kepada pasukan taekwando!




KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026SUKAN: AKUATIK TERJUN๐Ÿ“ Tarikh : 12 April 2026 (Ahad)โฐ Masa : 8.00...
14/04/2026

KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026

SUKAN: AKUATIK TERJUN

๐Ÿ“ Tarikh : 12 April 2026 (Ahad)
โฐ Masa : 8.00 pagi
๐Ÿ“Œ Venue : PUSAT AKUATIK KERIANG, KEDAH

๐Ÿ… JUMLAH PUNGUTAN PINGAT PAHANG

๐Ÿฅ‡EMAS - 0
๐ŸฅˆPERAK - 1
๐Ÿฅ‰GANGSA - 2

Tahniah diucapkan kepada pasukan akuatik terjun!




Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Fad...
13/04/2026

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal bersama Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Encik Mahadir menziarahi Coach Asri di kediamannya di Temerloh selepas beliau mengalami strok ketika bertugas sebagai pengurus pasukan berbasikal para negara sempena Sukan Para ASEAN (APG) di Korat, Thailand baru-baru ini.

12/04/2026

Jurulatih skuad hoki Young Elephant Pahang, Mohd Sufian Mohamad, berpuas hati dengan corak permainan pasukan walaupun tewas 2-5 kepada Maybank.

Fokus kini terarah kepada perlawanan seterusnya menentang UiTM. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘

MZSA



Kejohanan Liga Hoki Malaysia menyaksikan skuad pasukan Young Elephant Pahang berdepan pasukan Maybank dalam satu aksi ya...
12/04/2026

Kejohanan Liga Hoki Malaysia menyaksikan skuad pasukan Young Elephant Pahang berdepan pasukan Maybank dalam satu aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Kompleks SUKPA, Kuantan, Pahang.

Dalam perlawanan tersebut, Young Elephant Pahang terpaksa akur dengan kekalahan apabila tewas 2-4 kepada pasukan Maybank meskipun memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan.

MZSA



Kejohanan Negeri Sembilan International Junior Open Squash Championship 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 11 April 202...
12/04/2026

Kejohanan Negeri Sembilan International Junior Open Squash Championship 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 11 April 2026 di Kompleks Sukan Seremban 2 menyaksikan pencapaian membanggakan pasukan.

Muhammad Raihan bin Mohd Saiful muncul juara kategori Bawah 17, manakala Muhammad Normukhlis bin Md Rapi menamatkan saingan di tempat ke-10 bagi kategori Bawah 19.

Pasukan diiringi oleh Mohd Saiful bin Mohd Ariffin selaku Pengurus dan Harith Rusydi bin Abd Rahman sebagai Jurulatih.

Info: Penyelaras Sukan Squash
MZSA

Kontinjen Pahang menyertai Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan melibatkan sukan angkat berat, akuatik terjun, taekwondo da...
11/04/2026

Kontinjen Pahang menyertai Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan melibatkan sukan angkat berat, akuatik terjun, taekwondo dan memanah.

Selamat maju jaya kepada semua atlet dan jurulatih! Teruskan berjuang mengharumkan nama Pahang

MZSA



REVOS Athletics Championship Siri 1/2026 ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธMajlis Sukan Pahang dengan kerjasama pihak berkaitan mempelawa penyertaan a...
09/04/2026

REVOS Athletics Championship Siri 1/2026 ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ
Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama pihak berkaitan mempelawa penyertaan atlet olahraga bagi menyertai kejohanan yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… 15 โ€“ 16 Mei 2026
๐Ÿ“ Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran

Penyertaan adalah terhad. Daftar segera bagi memastikan tempat anda dalam kejohanan ini.

MZSA



Address

Majlis Sukan Pahang Kompleks SUKPA
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category