22/04/2026
Alhamdulillah. Celebrating my own birthday by myself. First Time Double Strike Single Hook sepanjang hayat memancing ni.
Semalam saya pergi mengai di sebuah Kolam Pancing Air Masin di sekitar Balok. Mainly bukan semata nak sambut hari lahir sendiri sangat pun, lebih kepada nak cuba buat content mancing semula macam dulu. Nak cuba buat affiliate cari pendapatan sampingan.
Dekat kolam masa tu tak ramai sangat pun. Ada lah dalam 4-6 orang sahaja termasuk saya. Masa dok mengai tu, saya duduk bersebelahan dengan abang sorang ni. Abang tu buka perbualan, rancak juga kami saling bertukar buah perbualan.
Sepanjang rancak berborak tu, banyak kali jugalah pancing kami berdua saling "Strike" Cuma nak dijadikan cerita, abang tu dari awal kami mengai sampai lah lagi 2 jam nak habis masa memancing dia asyik dok lucut & putus. Hampir "Kumpaw" lah dia.
Tapi bagus & baik sangat abang ni, kagum tengok. Setiap kali lucut, the only words yang keluar dari mulut dia "Takpo2, pahni ada la tu Dia(Allah) nak bui tu". Lebih kurang 10x juga dia lucut sepanjang duduk sebelah saya. Dah la lagutu, dia tak jemu layan saya meskipun saya ni dok strike berapa banyak kali tepi dia. Siap tolong saya keluarkan mata kail dari ikan, tolong saya kerat umpan. Bahkan tolong saya record video saya pancing lagi.
Paling sakit bila ada 1 jam terakhir ni, ikan dah tarik sampai tepi dah. Besar p**a tu. Putus p**a. Ya Salammm. Saya hat dok tepi ni pun panas kepala tengok. Hahahahaha
Jadi waktu tu, saya terdetik nak check tengok setup yang abang tu guna. Saya tengok mata kail dia, tali dia, rod pancing dia, semualah. Hahahahaha. Geram sepasai, kesian sepasal. Bak kata ibu dulu:
"Kita ni hidup kena banyak buat baik. Maybe tak berbalik dekat kita harini, tapi mungkin berbalik dekat orang sekeliling kita one day."
"Orang berbudi, kita kena pandai berbahasa. Hidup jangan jadi tunggoi."
Since masa memancing abang tu pun dah tak banyak, tinggal 40-30 mins lagi. Kesian dia nak kena ikat semula pancing dia yang mana saya tengok akan makan masa juga.
Jadi saya offer abang tu untuk guna pancing backup saya, saya bagi serba sedikit tunjuk ajar yang saya belajar dari otai2 yang selalu memancing di sekitar sini. Saya pasangkan setup baharu, dari perambut, mata kail, umpan semualah. Abang tu pun mula2 risau nak pakai pancing saya. Maklumlah masing2 pun strangers. Mungkin dia risau terrosakkan pancing saya. Sebegitu jugalah saya, tip**ah tak ada kerisauan.
Tapi masa tu saya bertekad dalam hati saya,
"Now that Allah have put someone in your path that's going through hard times. Since it's your birthday. Why not bless them by making someone else's day happy today. You have gone through quite some hard times these past few days pun kan Irfan. How worst can it be? If this works it will be worth it."
Abang tu pun pinjam lah pancing saya. Saya guide dia setakat mana pengetahuan saya.
Tak sampai 5 minit kemudian, berbunyi "Hohhh keno dohhh". "Tak lepas dah kaliniii". Senyum lebar abang tu. Hahahaha. Alhamdulillah dapat mendaratkan seekor Mangrove jack (Siakap Merah).
Kemudian, naik lagi p**a seekor Siakap Merah. Gembira saya tengok abang tu. Sambil mengangkat ikan dia kata, "Haaa puas hatiii, lucut sangat tadiii".
Tidak lama kemudian masa pun habis. Sebelum p**ang sempat abang tu kata, "Terima kasih adik eh, aaa lepasni kena cari serupa adik dah. Terbakor rasa. Mujur adik ada, kalu dok. Berase balik kumpaw dah. HAHAHAHA".
Ketawa besar kami berdua.
Cerita ni bukan nak habaq kata kita hebat sangat mengai pun. Tapi lebih kepada nak menzahirkan kesyukuran yang Allah 'Azza Wajalla kurniakan.
The moral of the story is that, kadang tu kita rasa hari kita tu dah gelap, dah ibarat seluruh dunia against kita. Yet in some way, Allah akan hantar sesuatu perkara dalam keadaan tidak disangkakan.
I can't hope for more than this. I went there solely to heal myself, to build a base in finding money. But Allah gave me more than that. I've got great fish. Along with it great people & great memories.
Bārakallahu lanā walakum.
Andai video ni lalu fyp kamu bang, terima kasih sudi melayan kerenah saya semalam. Sayang tak teringat nak bergambor.