Kelab Sukan Kecergasan Indera Mahkota

Kelab Sukan Kecergasan Indera Mahkota Kelab Sukan Kecergasan Bandar Indera Mahkota ingin mengalukan masyarakat untuk menyertai aktiviti kecergasan,rekreasi & kursus.

7 Jun 2026 Dewan Al farabi KPTM KuantanALHAMDULILLAH, PROGRAM KBS BIGGEST LOSER PAHANG 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN PADA HA...
07/06/2026

7 Jun 2026
Dewan Al farabi KPTM Kuantan

ALHAMDULILLAH, PROGRAM KBS BIGGEST LOSER PAHANG 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN PADA HARI INI! 🎉

Pendaftaran peserta telah berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan sambutan yang amat menggalakkan.

📊 Jumlah keseluruhan penyertaan: 372 orang

* 👨 Lelaki : 129 orang
* 👩 Perempuan : 243 orang

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSN Pahang) atas kepercayaan yang diberikan kepada Kelab Sukan Kecergasan Bandar Indera Mahkota (KESUKIM) untuk melaksanakan program ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh AJK dan urus setia yang telah bertungkus-lumus membantu sejak peringkat perancangan, persediaan dan pelaksanaan program, serta akan terus menggerakkan program ini sehingga tamat pada Oktober 2026.

Penghargaan turut diberikan kepada rakan-rakan strategik dan semua pihak yang terlibat, khususnya:
🌟 Herbalife
🌟 Yakult
🌟 PKD Kuantan
🌟 Serta semua individu dan organisasi yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan.

Semoga program ini menjadi platform terbaik untuk membudayakan gaya hidup sihat dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Assalamualaikum Biggest Loser Peringkat Negeri Pahang akan berlangsung x lama lagi. KESUKIM diberi mandat oleh Jabatan B...
31/05/2026

Assalamualaikum
Biggest Loser Peringkat Negeri Pahang akan berlangsung x lama lagi.
KESUKIM diberi mandat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang untuk melaksanakan program ini bermula Jun hingga September 2026.

Order baju di link

👕 T-Shirt Rasmi Biggest Loser Pahang 2026 Kini Dibuka Untuk Tempahan!

Nak nampak sporty dan bergaya sepanjang program? Jom dapatkan baju rasmi Biggest Loser Pahang 2026.

✅ Kain microfiber premium
✅ Ringan & selesa dipakai
✅ Saiz S hingga 8XL

📌 Tempah sekarang:
https://tinyurl.com/bajubiggestlosser

⚠️ Tempahan ditutup pada 15 Jun 2026
Pertanyaan ➡️ Cik Cahaya 019-910 0711

HUNTERS TO PULAU ULAR  Aktiviti “Hunters to Pulau Ular” telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 (Ahad). Semua ...
10/05/2026

HUNTERS TO PULAU ULAR

Aktiviti “Hunters to Pulau Ular” telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 (Ahad). Semua peserta berkumpul di jeti pada pukul 7.30 pagi sebelum bertolak menaiki bot pada pukul 8.00 pagi menuju ke Pulau Ular.

Seramai 25 orang ahli bersama keluarga telah menyertai aktiviti santai ini. Sebanyak 2 trip bot digunakan bagi membawa semua peserta ke pulau tersebut. Perjalanan ke Pulau Ular mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja.

Setibanya di sana, peserta disajikan dengan pemandangan pantai yang cantik dan suasana yang tenang. Pelbagai aktiviti santai dijalankan seperti mandi manda, bermain bersama keluarga dan menikmati suasana pantai yang menyeronokkan. Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab dan keluarga masing-masing.

Selain itu, sesi potluck turut diadakan dengan pelbagai menu menarik dan sedap yang dibawa oleh ahli kelab. Semua peserta dapat menikmati makanan bersama dalam suasana santai dan meriah.

Aktiviti berakhir dan semua peserta bergerak pulang pada pukul 1.00 petang. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peserta.

Raya kesukim 2026Candid2 barisan AJK y bertungkus lumus mempersiapkan majlis Terima kasih 🩷🥰
13/04/2026

Raya kesukim 2026
Candid2 barisan AJK y bertungkus lumus mempersiapkan majlis
Terima kasih 🩷🥰

Alhamdulillah, program Jemputan Hari Raya & Majlis Penyampaian Hadiah Slim Possible 4.0 telah berlangsung dengan jayanya...
13/04/2026

Alhamdulillah, program Jemputan Hari Raya & Majlis Penyampaian Hadiah Slim Possible 4.0 telah berlangsung dengan jayanya.

Pihak Kelab Sukan & Kecergasan Bandar Indera Mahkota (KESUKIM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

🌟 Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang
🌟 PBSD Kuantan
🌟 Kelab-kelab kecergasan daerah:
• Kelab Kecergasan Fun Fit Kuantan
• Kelab Kecergasan Gelora
• Kelab Gimnastik Inspirasi

di atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kami.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada barisan AJK yang bertungkus lumus dalam persiapan serta ahli-ahli yang sentiasa memberi sokongan padu kepada KESUKIM.

💚 Sesungguhnya kehadiran dan sokongan semua amat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah dan memajukan komuniti kecergasan kita.

Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang!

Jemput mana y sentiasa support kesukim 🩷
11/04/2026

Jemput mana y sentiasa support kesukim 🩷

Tamat program Cabaran 30 hari SLIM POSSIBLE 4.0Penganjur:Kelab Sukan Kecergasan Bandar Indera MahkotaTempoh Program:14 F...
15/03/2026

Tamat program Cabaran 30 hari
SLIM POSSIBLE 4.0

Penganjur:
Kelab Sukan Kecergasan Bandar Indera Mahkota

Tempoh Program:
14 Februari 2026 – 15 Mac 2026

Jumlah Peserta:
12 orang

Kategori Peserta:
Wanita berumur antara 30 hingga 60 tahun.

Pengenalan Program:
Program Slim Possible 4.0 merupakan program cabaran penurunan berat badan selama sebulan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Kecergasan Bandar Indera Mahkota. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan dengan tujuan membantu peserta mengamalkan gaya hidup sihat melalui kawalan pemakanan, aktiviti fizikal dan disiplin diri.

Pelaksanaan Program:
Sepanjang program ini, peserta digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat semasa sahur dan berbuka, serta melaksanakan aktiviti fizikal seperti brisk walk dan senaman di rumah secara konsisten. Peserta juga berkongsi perkembangan pemakanan dan aktiviti harian sebagai sokongan dan motivasi antara satu sama lain.

Program ini bukan sahaja memberi fokus kepada penurunan berat badan, malah turut membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan, disiplin diri serta sokongan komuniti dalam mencapai matlamat gaya hidup sihat.

Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, program Slim Possible 4.0 telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu peserta menurunkan berat badan serta membentuk gaya hidup yang lebih sihat. Program ini juga berjaya meningkatkan semangat dan motivasi peserta untuk terus mengekalkan rutin senaman dan pemakanan sihat walaupun dalam bulan Ramadan.

Kelab berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai ahli komuniti.

Slim possible 4.0 22 Feb 2026 9.00am Tasek Kotasas Timbangan bersambung ke minggu ke 2 Mereka ini y tidak available pada...
22/02/2026

Slim possible 4.0
22 Feb 2026
9.00am
Tasek Kotasas

Timbangan bersambung ke minggu ke 2
Mereka ini y tidak available pada minggu lps.
Hanya 2 tarikh timbangan diberikan. Ayuh teruskan langkah dan sambung misi kita 💪🏻

Timbang awal Utk peserta Slim possible 4.0 Alhamdulillah seramai 10 peserta berdaftar hari ini. Kepada y nak Join tapi x...
14/02/2026

Timbang awal Utk peserta Slim possible 4.0
Alhamdulillah seramai 10 peserta berdaftar hari ini.

Kepada y nak Join tapi x sempat datang pagi td.. kami buka penyertaan lagi. Timbang next pada :
📆 Ahad
🗓️ 22 Februari 2026
📍Tasek Kotasas
⏰ 9.00 pagi

Boleh daftar di link ⤵️⤵️

https://forms.gle/8oAdtVwi5AijbZmaA

Fit di bulan ramadhan
Briswalk

✨ Slim Possible 4.0 KESUKIM is back! ✨Cabaran 30 Hari Penurunan Berat Badan sempena Ramadan 💪🌙📌 Timbang Awal:🗓 14 Feb 20...
09/02/2026

✨ Slim Possible 4.0 KESUKIM is back! ✨
Cabaran 30 Hari Penurunan Berat Badan sempena Ramadan 💪🌙

📌 Timbang Awal:
🗓 14 Feb 2026 | ⏰ 8.30 pagi
📍 Tasek Kotasas

📌 Timbang Akhir:
🗓 15 Mac 2026 | ⏰ 10.00 pagi
📍 Tasek Kotasas

💰 Hadiah wang tunai lebih RM500 + Pluque penyertaan
Yuran penyertaan:
✔ RM10 (Ahli KESUKIM)
✔ RM20 (Bukan Ahli)

Bayaran daftar ke akaun CIMB Islamic
No akaun KESUKIM
KELAB SUKAN KECERGASAN BANDAR INDERA MAHKOTA
8604370832
Nota : Slim Possible (nama peserta)

Link pendaftaran Slim possible 4.0

https://forms.gle/8oAdtVwi5AijbZmaA

Atau boleh berhubung dengan nombor dibawah jika ada masalah pendaftaran

📲 Hubungi:
Puan Salmi – 0199009036
Cik Cahaya – 0199100711

👉 Ramadan bukan alasan, tapi peluang untuk jadi lebih sihat & fit.

Address

Taman Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Telephone

+60199100711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Kecergasan Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Sukan Kecergasan Indera Mahkota:

Share