Exsas Eagles Rugby Club - EERC

Exsas Eagles Rugby Club - EERC Page rasmi kelab ragbi bekas pemain Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Berdaftar di bawah ROS | 8819/2017.

Ditubuhkan pada tahun 2006.

PAHANG RUGBY CLOSED 10s 2025.Untuk makluman, pasukan EERC akan menyertai Kejohanan Ragbi Tertutup Pahang 10s yang akan b...
19/02/2025

PAHANG RUGBY CLOSED 10s 2025.

Untuk makluman, pasukan EERC akan menyertai Kejohanan Ragbi Tertutup Pahang 10s yang akan berlangsung di Padang Bandaran, Majlis Perbandaran Bentong, Bentong, Pahang anjuran Kesatuan Ragbi Negeri Pahang ( Pahang Rugby ).

Kejohanan ini akan disertai oleh 24 pasukan kelab/agensi dalam negeri Pahang.

Ini merupakan tahun ke 3 penyertaan EERC dalam kejohanan ini. Tahun 2023, EERC menjadi johan Bowl dan pada tahun lepas 2024, EERC mendapat tempat naib johan Plate.

Edisi tahun ini, EERC diundi dalam kumpulan E bersama ASTA RC (Raub), WIDAD Eagles (Kuantan) dan Bentong Ryders RC (Bentong).

Pasukan EERC adalah dibawah pengurus En. Lat, dan head coach En. Kudin.

Kepada yang kelapangan, bolehlah sama-sama hadir menyokong pasukan EERC.

PAHANG CLOSED 10'S 202424-25 Feb 2024Padang SSMP GambangEXSAS EAGLES berada dlm kumpulan D bersama Bukit Ubi Tigers, TIO...
20/02/2024

PAHANG CLOSED 10'S 2024
24-25 Feb 2024
Padang SSMP Gambang

EXSAS EAGLES berada dlm kumpulan D bersama Bukit Ubi Tigers, TIOSA (alumni teknik ktn) dan KRAS (alumni SHAH Pekan).

Dijemput semua utk hadir menyaksikan EERC bertanding utk merebut kejuaraan Pahang Closed 10's Edisi Kedua ini.




📣📣📣📣📣Assalamualaikum w.b.tNEW KIT FOR EXSAS EAGLES RUGBY CLUB!!!!Pembelian Tshirt EXSAS EAGLES untuk players & peminat E...
03/08/2023

📣📣📣📣📣

Assalamualaikum w.b.t

NEW KIT FOR EXSAS EAGLES RUGBY CLUB!!!!

Pembelian Tshirt EXSAS EAGLES untuk players & peminat EXSAS EAGLES kini dibuka untuk players dan alumni SEMSAS. Tshirt ini merupakan Tshirt khas pasukan EXSAS EAGLES bagi tahun 2023.

Tekan link di bawah untuk order👇🏻
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfilp8xYJorT29arlaSl_OJfiqF79ZYKvOUJcm-5Pq6jaf_dg/viewform?usp=sf_link

Pre-order sehingga Jumaat (11/8/2023)
Anggaran baju siap selama 18 hari bekerja

Sebarang pertanyaan
Koy- 0139009682

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023Perlawanan kedua EERC dalam Pool A bertemu Kelab Ragbi Alumni SHAH (KRAS) di padang k...
07/07/2023

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023

Perlawanan kedua EERC dalam Pool A bertemu Kelab Ragbi Alumni SHAH (KRAS) di padang keramat SEMSAS pada petang esok, 8 Julai 2023, kick-off jam 3.00 petang.

Selepas menang dengan RMAF Goshawks 2 minggu lepas, EERC memerlukan satu lagi kemenangan untuk secara mutlak melayakkan diri ke Peringkat Suku Ahir (Play-off 1-8) dengan ranking yang terbaik.

KRAS yang pertama kali menyertai kejuaraan 15s Pahang Rugby bukanlah asing di kalangan EERC dan prestasi kelab itu sukar diramal. EERC akan menurunkan skuad terbaik dengan membawa masuk pemain-pemain regular kelab untuk perlawanan kali ini.

Pertemuan dengan KRAS dalam 15s kali ini merupakan kali ke 5 sejak tahun 2016. Secara tradisi perlawanan EERC dan KRAS akan mempertandingkan Piala Sultan Hj Ahmad Shah (SHAS Cup). Kali terakhir SHAS Cup dipertandingkan adalah pada tahun 2019 di SHAH Pekan dengan kemenangan di pihak EERC.

All the best untk team EERC. Flying high.

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023WEEK 1 | GAME  #1 | 24/06/2023Alhamdulillah... EERC berjaya memenangi perlawanan pert...
25/06/2023

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023

WEEK 1 | GAME #1 | 24/06/2023

Alhamdulillah... EERC berjaya memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang RMAF Goshawk.


ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 202324 JUN 2023 - 13 OGOS 2023Tahun ini EERC akan menyertai ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHI...
21/06/2023

ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023
24 JUN 2023 - 13 OGOS 2023

Tahun ini EERC akan menyertai ATSC PAHANG RUGBY CHAMPIONSHIP 2023 yang disertai oleh 10 buah kelab dari negeri Pahang.

EERC diundi untuk berada dalam Pool A bersama RMAF Goshawks dan KRAS.

Perlawanan pertama EERC adalah menentang RMAF Goshawks pada 24 jun 2023 jam 3.00 petang di padang Sekolah Sukan Malaysia pahang (SSMP) Gambang.

All the best EERC.

13/05/2023
11/05/2023

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Exsas Eagles Rugby Club - EERC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category