Persatuan Pelastik Rekreasi

Persatuan Pelastik Rekreasi Ke arah mempromosikan Slingshot moden melalui sukan dan aktiviti berkumpulan/ pertandingan

Latihan dan mini gameJom
12/07/2025

Latihan dan mini game
Jom

04/01/2025

Salam. Alhamdulillah persatuan pelastik rekreasi telah diberi kebenaran oleh pengurusan masjid negeri pahang untuk setup lapang sasar di dalam bangunan masjid. Jemput rakan-rakan untuk hadir ke lokasi sebagaimana berikut :-

Tarikh :5 Januari 2025 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tgh hari
Lokasi : Masjid Negeri Pahang

Jemput semua yang berkelapangan dapat hadir

SU Persatuan Pelastik Rekreasi

Alhamdulillah, Persatuan Pelastik Rekreasi  telah dijemput oleh Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan untuk turut menjay...
01/12/2024

Alhamdulillah, Persatuan Pelastik Rekreasi telah dijemput oleh Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan untuk turut menjayakan program Family Sport bagi acara lastik sempena program Usrati anjuran Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan bertempat di Masjid Jamek Kg Kempadang pada 30/11/2024 (Sabtu).

Program berlangsung dengan jayanya. Gambar dan video sekitar program berlangsung.

Terima kasih pihak Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan kerana sudi menjemput Persatuan menjayakan program ini. Semoga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Antara gambar target yang akan digunakan masa game nanti. Saiz paling besar 21 cm. Paling kecil saiz 7 cm. Jarak antara ...
25/04/2024

Antara gambar target yang akan digunakan masa game nanti. Saiz paling besar 21 cm. Paling kecil saiz 7 cm. Jarak antara 7- 20meter

24/04/2024

Piala seekor kambing

Rakan- rakan yang berhampiran atau nak uji kemahiran melastik boleh turut serta game hunting ni. Hadiah padu. Ibarat hunting dapat rusa 😁.

Lokasi di Kem Park Su Chalet Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan

Tarikh : 1 Jun 2024 ( Sabtu)

Jom sama2 kita uji ketepatan melastik.... Dah berabuk boleh le perasap balik 😬.

Mainan tradisi org kita, mesti ada lastik setiap rumah... Kita uji kemahiran utk pilih yg terbaik 💪👍👍

https://www.wassap.my/60193861810/Daftar2DLastik

Nak beli bebola tanah magnetic 9 mm boleh klik link ini ye

https://my.shp.ee/jP7xuoi







Assalamualaikum WBTSempena pembukaan lapang sasar lastik dan memanah di kem Park Su Chalet Jeram Pasu, kami sedang giat ...
23/04/2024

Assalamualaikum WBT

Sempena pembukaan lapang sasar lastik dan memanah di kem Park Su Chalet Jeram Pasu, kami sedang giat mempromosikan kepada penduduk sekitar dan rakan-rakan peminat lastik untuk datang ke lapang sasar kami.

Dengan kerjasama Persatuan Pelastik Rekreasi dan Hero Eagle Slingshot, satu pertandingan cabaran melastik 2D akan diadakan di ketetapan berikut :-

Tarikh : 1 Jun 2024 (Sabtu)
Lokasi : Kem Park Su Chalet Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

Memandangkan peruntukan terhad sokongan rakan-rakan untuk hadir sertai atau menaja pertandingan ini amat kami hargai.

Mohon diwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain.

Semoga sukan melastik akan semakin berkembang dan diminati sebagai salah satu sukan di negara kita.

Terima kasih

S/U PERSATUAN PELASTIK REKREASI

15/03/2024

Pasang tapak.. bersedia.. tarik nafas.. aiming dan lepas ke sasaran. Keting keting bunyi hit target.

Semakin menarik dan popular permainan zaman kanak-kanak ni. Sekarang dah semakin tepat ke sasaran mengunakan asas dan teknik yang betul.

Ada yang berminat nak cuba atau dapatkan set lengkap? Boleh hubungi kami untuk lokasi latihan di sekitar pahang dan negeri di semenanjung serta sabah sarawak.

Boleh hubungi Persatuan Pelastik Rekreasi dan team Pahang Slingshots untuk mencuba aim target sekecil 4cm dengan jarak 10 meter atau wasap ke SU persatuan 0199300184

Klik link ni terus www.wasap.my/60199300184/caralastik

Nak belajar cara shot lastik dengan betul dan tepat.Jom sertai latihan percuma. Lokasi padang memanah Eastern Shadow IM ...
09/03/2024

Nak belajar cara shot lastik dengan betul dan tepat.

Jom sertai latihan percuma. Lokasi padang memanah Eastern Shadow IM 7 Kuantan, Pahang

Ahad jam 10 pagi

Anjuran
Pahang Slingshots Persatuan Pelastik Rekreasi

Wassap 0199300184 untuk info

15/01/2024

Lensa sekitar program latihan Persatuan Pelastik Rekreasi (Pahang Slingshot) bertempat di Pantai Cherok Paloh. Alhamdulillah ramai dapat hadir meriahkan aktiviti.

Terima Kasih Tok Penghulu Mukim Penor Tok Mail dapat turut hadir dan shot target disediakan. Tempat ni memang sesuai untuk aktiviti beriadah dan dimajukan sebagai lokasi camp site.

Semoga aktiviti persatuan dapat diteruskan bagi menarik minat ramai lagi menyertai sukan melastik ini.




Salam..Guli tanah 9 mm magnetic 9 mm mudball.. Boleh order sini geng. Stok baru sampai https://shp.ee/3wtnw5j
13/12/2023

Salam..

Guli tanah 9 mm magnetic 9 mm mudball.. Boleh order sini geng. Stok baru sampai

https://shp.ee/3wtnw5j

Salam. Jemput rakan untuk sama-sama menyertai Persatuan Pelastik Rekreasi. Semoga sokongan rakan-rakan dapat menaikkan s...
29/11/2023

Salam. Jemput rakan untuk sama-sama menyertai Persatuan Pelastik Rekreasi. Semoga sokongan rakan-rakan dapat menaikkan sukan melastik pada masa hadapan. Untuk daftar boleh isi google form ini dengan klik link di bawah. Kalau nak bantu saya isikan sila direct wassap saya. Terima kasih 😁

NAMA PERSATUAN : PERSATUAN PELASTIK REKREASI NO. PENDAFTARAN PERTUBUHAN : PPM-037-06-24102023 TARIKH PENUBUHAN : 24/10/2023 YURAN AHLI : RM 20 YURAN TAHUNAN : RM 20 BAYARAN KEAHLIAN : MAYBANK 1562 3525 0792 (ZURAINI BINTI ASNAN) - BENDAHARI PERSATUAN WASAP RESIT BAYARAN : 011-11880500 ( K.ZU) 019- 9...

Address

Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pelastik Rekreasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category