MFT Pasukan bola sepak untuk pertandingan & perlawanan persahabatan dari Kuantan, Pahang.

Bersama kawan, sapa menyapaBerpegang tangan, tepian halamanBudimu tuan, kami tak lupaJadi kenangan, zaman berzamanGrowin...
20/05/2026

Bersama kawan, sapa menyapa
Berpegang tangan, tepian halaman
Budimu tuan, kami tak lupa
Jadi kenangan, zaman berzaman

Growing old together Jailani Jaibeckham Syahir Gaban Kamarull Sahzuan Fiqri Abdullah Wafie Ferr

Pemain-pemain yang telah membawa cabaran MFT di pertandingan kategori terbuka bermula tahun 2022, kini membuka lembaran baharu di kategori semi veteran p**a.

Karnival semi veteran untuk pemain-pemain berusia 36 - 44 tahun ini buat julung kalinya diadakan di ARENA MBK Kuantan pada tahun 2026.

Marilah kita bersama-sama meraikan pemain-pemain yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ini pada Ahad, 24 Mei 2026 jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Captain Marvellous. Nov 2022 - May 2026. Still going strong Syahir Gaban. Telah membuat 64 penampilan perlawanan kompeti...
12/05/2026

Captain Marvellous. Nov 2022 - May 2026. Still going strong Syahir Gaban. Telah membuat 64 penampilan perlawanan kompetitif bersama MFT.

Penampilan pertama (Friendly): 05 Nov 2022 vs UMP
Penampilan pertama (Tournament) : 04 Feb 2023 vs Kabaso (Liga TAG)
Penampilan terkini ( Tournament) : 10 Mei 2026 vs Kemon (Piala Hilmy Yakap)

12/05/2026

2026. Back in business.

MFT mengutip mata pertama Myligapahang apabila mengikat FC Belacan 2-2 di dalam perlawanan pertama Zon Timur.Ketinggalan...
10/07/2024

MFT mengutip mata pertama Myligapahang apabila mengikat FC Belacan 2-2 di dalam perlawanan pertama Zon Timur.

Ketinggalan 0-1 seawal minit ke 12, enjin MFT Boy menyamakan kedudukan melalui sepakan volley dari luar kotak penalti pada minit ke 44.

FC Belacan kembali mendahului pada minit ke 55, sebelum Peja menjaringkan gol magis selepas 70 minit perlawanan.

Keputusan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan, dengan tiada jurang pemisah di antara kedua-dua semifinalis Liga Amatur Pahang 2023.

Pemain terbaik perlawanan.
- Alif (5)
- Kid (25)
- Peja (7)

Senarai pemain MFT untuk Myligapahang  musim 2024. Keseluruhan barisan pengurusan dan kejurulatihan pimpinan Jailani Jai...
05/07/2024

Senarai pemain MFT untuk Myligapahang musim 2024.

Keseluruhan barisan pengurusan dan kejurulatihan pimpinan Jailani Jaibeckham dikekalkan, termasuk 9 pemain dari musim 2023.

15 pemain baru terdiri darpada pemain muda dan pemain amatur sekitar Kuantan memperkuatkan MFT kali ini.

Adakah barisan ini dapat memperbaiki prestasi layak ke Separuh Akhir pada tahun lepas ?

Nantikan maklumat terbaru perjalanan MFT di Liga Amatur Pahang 2024 dengan sepak mula pada jam 5 petang, 6 Julai 2024 di Arena MBK Kuantan.

MFT akan memulakan kempen Myligapahang Zon 3 (Timur) musim 2024 pada Sabtu, 6 Julai 2024 bertempat di ARENA MBK Kuantan ...
02/07/2024

MFT akan memulakan kempen Myligapahang Zon 3 (Timur) musim 2024 pada Sabtu, 6 Julai 2024 bertempat di ARENA MBK Kuantan .

Matlamat musim ini adalah untuk memperbaiki prestasi musim lepas, di mana perjalanan MFT berakhir di pusingan Separuh Akhir peringkat negeri Pahang.

Fiqri Abdullah pemain berpengalaman luas, akan memimpin 24 pemain yang mewakili MFT musim ini sebagai ketua pasukan.

Zulhisyam Zulkifli yang juga penjaring terbanyak MFT musim lepas dengan 6 gol & 5 bantuan kembali memperkuatkan barisan.

Mohamad Khairul p**a akan membimbing barisan pertahanan MFT yang hanya bolos 9 gol dari 10 perlawanan musim lalu.

Doakan kejayaan MFT di dalam pertandingan musim ini.

Piala Sahabat 2.0 kembali dengan penyertaan 6 pasukan dari daerah - daerah di seluruh Pahang. Kejohanan bersifat jemputa...
19/06/2024

Piala Sahabat 2.0 kembali dengan penyertaan 6 pasukan dari daerah - daerah di seluruh Pahang.

Kejohanan bersifat jemputan ini bertujuan memberikan platform pra musim kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Myligapahang musim 2024 bermula Julai 2024.

FC Wagga dari Temerloh kembali hadir dengan berstatus juara edisi 1.0. Pasukan STW Jelai dari Lipis turut kembali bertanding untuk memeriahkan pertandingan. Pasukan Jerantut FC, K-Five (Muadzam) dan RDT (Raub) membuat perjalanan dari daerah masing-masing untuk penampilan pertama di jemputan ini. Tuan rumah, MFT melengkapkan jumlah 6 pasukan yang bertanding pada 22 Jun ini.

Nantikan maklumat-maklumat terbaru berkaitan kejohanan ini di laman sosial MFT.

Dentuman guruh dan paluan halilintar menjadi suara latar kepada pertembungan persahabatan di antara MFT dan Real Kuantan...
24/05/2024

Dentuman guruh dan paluan halilintar menjadi suara latar kepada pertembungan persahabatan di antara MFT dan Real Kuantan di Stadium UIA 8.45 malam tadi yang berkesudahan 2 - 0 kepada pihak yang benar.

Berbekalkan barisan belakang yang kental dan keengganan membenarkan jaring dibolosi, 90 minit perlawanan berakhir dengan paparan bersih, yang pertama kalinya sepanjang siri pra musim Liga A3 Pahang 2024.

Ternyata pemain-pemain pertahanan tengah menjadi watak utama ceritera malam tadi, memastikan gawang kekal bersih serta mencetak kedua-dua jaringan buat modal perbualan di tengah malam.

Persembahan dan komitmen kepada rakan-rakan sepasukan, menggamit memori 2023 di mana keampuhan pasukan dibina di atas tonggak pertahanan yang kental dengan sikap penuh yakin dan berani di atas padang.

Mata kini tertumpu kepada pemilihan senarai pemain untuk kejohanan, dengan kesinambungan usaha diteruskan dalam perlawanan persahabatan pada 30 Mei dan 8 Jun, sebelum kemuncak pra musim semasa Jemputan 6-penjuru pra musim Liga A3 Pahang 2024 pada 22 Jun.

Persiapan MFT ke Myligapahang tahun 2024 diteruskan di dalam perlawanan persahabatan menentang FC Eagles dari Pekan pada...
20/05/2024

Persiapan MFT ke Myligapahang tahun 2024 diteruskan di dalam perlawanan persahabatan menentang FC Eagles dari Pekan pada 18 Mei 2024 di Stadium UIA.

Fokus perlawanan adalah kepada pemilihan pemain berumur 20 tahun ke bawah untuk melengkapkan skuad 25 pemain.

Pemain-pemain ini dijangka akan bersaing untuk merebut tempat di posisi pertahanan kiri, tengah, sayap kanan dan kiri serta penyerang tengah.

Prestasi yang baik dari Shahrul & Amar yang menjaringkan 3 dan 2 gol dalam perlawanan ini. Semoga mendapat tempat dalam pilihan Coach Jailani Jaibeckham untuk mengisi 5 slot pemain bawah 20 tahun.

Musim EPL 2023/24 telah melabuhkan tirai, bermakna tamatlah musim FPL MFT bagi tahun ini.Tahniah diucapkan kepada semua ...
20/05/2024

Musim EPL 2023/24 telah melabuhkan tirai, bermakna tamatlah musim FPL MFT bagi tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang mata keseluruhan tempat pertama, kedua dan ketiga. Hadiah saguhati telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Ajoll
Syahir Gaban
Izzan Nazran

Semoga berjumpa lagi para pengejar impian dan fantasi di musim hadapan ... YNWA.

Persiapan MFT ke Myligapahang musim 2024 diteruskan dalam perlawanan persahabatan menentang YPM FC pada 10 Mei bertempat...
13/05/2024

Persiapan MFT ke Myligapahang musim 2024 diteruskan dalam perlawanan persahabatan menentang YPM FC pada 10 Mei bertempat di Stadium UIA.

Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat 90 minit permainan. Gol-gol MFT dijaringkan oleh Fikri (m-20), Adam (m-30) dan Amer (m-42). Pasukan mengucapkan selamat maju jaya buat YPM FC yang akan bertarung di kempen Liga M3/A1 musim ini.

Ini adalah perlawanan persahabatan pra musim ketiga buat MFT selepas bertemu skuad Pahang U-20 dan AMD U-17 sebelumnya. Perlawanan berikutnya adalah bertemu Eagles FC pada 18 Mei dan Real Kuantan pada 23 Mei.

Senarai terakhir pemain akan dimuktamadkan pada 31 Mei 2024, sejumlah 23 pemain yang terdiri daripada 2 penjaga gol, 5 pemain 16-19 tahun dan 16 pemain 'outfield'.

Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 20:00 - 00:00
Tuesday 20:00 - 00:00
Wednesday 20:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MFT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category