Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT Menyampaikan maklumat berkaitan Pembangunan dan Program Sukan Ping Pong Negeri Terengganu

๐Ÿ“ SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN PARA SUKMA TERENGGANUPersatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) mengucapkan selamat maju...
07/09/2026

๐Ÿ“ SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN PARA SUKMA TERENGGANU

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh Kontinjen Terengganu yang sedang berjuang di PARA SUKMA Selangor.

Semoga setiap atlet terus diberikan kekuatan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi dalam membawa cabaran serta mengharumkan nama Negeri Terengganu.

Teruskan perjuangan, berikan yang terbaik dan bawa pulang kejayaan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Selamat berjuang, Team Terengganu!

Ikhlas daripada,
Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT)

๐Ÿ“ PPNT SUMBANG SOKONGAN BUAT PASUKAN PING PONG MSSM TERENGGANU! ๐Ÿ’™๐Ÿ“Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) hari ini ...
26/08/2026

๐Ÿ“ PPNT SUMBANG SOKONGAN BUAT PASUKAN PING PONG MSSM TERENGGANU! ๐Ÿ’™๐Ÿ“

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) hari ini telah menyerahkan wang sumbangan kepada Pasukan Ping Pong MSSM Terengganu sebagai tanda sokongan dan bagi membantu persiapan pasukan menghadapi Kejohanan Ping Pong MSSM 2026, yang akan berlangsung di Terengganu selaku tuan rumah. ๐Ÿ†

Hadir mewakili Presiden PPNT ialah Naib Presiden, En. Ishamuddin, dan Setiausaha, En. Izzat.

Dalam kesempatan ini, En. Izzat yang juga merupakan Coach SUKMA Terengganu turut menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi kepada seluruh pasukan agar terus berjuang, kekal fokus dan memberikan persembahan terbaik di gelanggang. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi suntikan semangat buat seluruh pasukan Ping Pong Terengganu untuk terus berusaha mencapai sasaran dan memburu kilauan pingat di bumi sendiri. ๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿฅ‰

Terima kasih PPNT atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan. Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa seluruh warga Terengganu menjadi pemangkin kejayaan pasukan! ๐Ÿคฒ

AYUH GANU! ๐Ÿ’™๐Ÿ“
BERJUANG DI BUMI SENDIRI!
KEJAR PINGAT, CIPTA SEJARAH! ๐Ÿ”ฅ







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ SELAMAT BERJUANG PASUKAN PING PONG SUKMA TERENGGANU! ๐Ÿ“๐Ÿ’ชSelamat berangkat kepada Pasukan Ping Pong SUKMA Terengganu k...
16/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ SELAMAT BERJUANG PASUKAN PING PONG SUKMA TERENGGANU! ๐Ÿ“๐Ÿ’ช

Selamat berangkat kepada Pasukan Ping Pong SUKMA Terengganu ke Selangor bagi menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Kehadiran barisan Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) turut menyerikan keberangkatan serta menjadi sumber semangat dan motivasi buat seluruh atlet yang akan berjuang membawa nama Terengganu. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Ayuh berikan yang terbaik! Bermain dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan. ๐Ÿคฒ

Terengganu HEBAT! ๐Ÿ“๐Ÿ’™
Kami sentiasa di belakang anda!

๐Ÿ•Š๏ธ UCAPAN TAKZIAH PPNTุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽPersatuan Ping Pong...
09/08/2026

๐Ÿ•Š๏ธ UCAPAN TAKZIAH PPNT

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Engku Ali bin Engku Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Ogos 2026.

Allahyarham merupakan antara pemain dan jurulatih (Para) yang telah banyak menabur bakti serta memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan sukan ping pong Negeri Terengganu, khususnya dalam membimbing dan mencungkil bakat atlet.

Jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarham terhadap perkembangan sukan ping pong Terengganu amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh warga PPNT serta komuniti ping pong Negeri Terengganu.

PPNT mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, melimpahkan rahmat serta keampunan-Nya, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT)

KUNJUNG HORMAT PERSATUAN PING PONG NEGERI TERENGGANU (PPNT) KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN & NGO NEGERI ...
23/07/2026

KUNJUNG HORMAT PERSATUAN PING PONG NEGERI TERENGGANU (PPNT) KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN & NGO NEGERI TERENGGANU

Alhamdulillah, Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, YB Ust. Hishamuddin Abdul Karim, sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan hala tuju pembangunan sukan ping pong di Negeri Terengganu.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk PPNT berkongsi perancangan pembangunan persatuan, memperkenalkan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan, serta mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan bagi memperkasakan pembangunan atlet, jurulatih, program akar umbi dan ekosistem sukan ping pong di negeri ini.

PPNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Ust. Hishamuddin Abdul Karim atas kesudian menerima kunjungan ini, serta atas segala pandangan, nasihat dan sokongan yang diberikan demi kemajuan sukan ping pong Negeri Terengganu.

Semoga segala hasrat dan perancangan yang dibincangkan dipermudahkan serta mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Besar harapan kami agar usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan ping pong yang lebih cemerlang, berdaya saing dan berterusan di Negeri Terengganu.

โ€œPing Pong Untuk Semuaโ€






KUNJUNG HORMAT PPNT KE PEJABAT YB EXCO SUKAN NEGERI TERENGGANUAlhamdulillah, barisan kepimpinan  Persatuan Ping Pong Neg...
23/07/2026

KUNJUNG HORMAT PPNT KE PEJABAT YB EXCO SUKAN NEGERI TERENGGANU

Alhamdulillah, barisan kepimpinan Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat YB EXCO Sukan Negeri Terengganu bagi membincangkan hala tuju pembangunan sukan ping pong di negeri ini.

PPNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB EXCO Sukan Negeri Terengganu atas kesudian menerima kunjungan ini serta memberikan perhatian terhadap usaha memperkasa pembangunan ping pong di negeri Terengganu.

Insya-Allah, kami amat berharap segala permohonan yang dikemukakan mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi manfaat pembangunan atlet, jurulatih dan sukan ping pong Negeri Terengganu.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan membuahkan hasil yang terbaik.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.






๐Ÿ“ UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MENJALANI LATIHAN INTENSIF ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณPersatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi...
05/07/2026

๐Ÿ“ UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MENJALANI LATIHAN INTENSIF ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pemain Ping Pong SUKMA Terengganu yang telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Intensif di China.

Program ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan prestasi yang telah ditunjukkan. Semoga peluang berharga ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba pengalaman bertaraf antarabangsa, meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal serta memperkukuhkan persiapan menghadapi SUKMA.

PPNT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Majlis Sukan Negeri Terengganu atas kelulusan serta sokongan dalam merealisasikan program latihan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penyumbang, penaja dan individu yang telah menghulurkan sumbangan, tenaga dan kerjasama sehingga program ini berjaya direalisasikan. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha melahirkan atlet ping pong Terengganu yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Semoga seluruh kontinjen diberikan keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan pulang membawa ilmu, pengalaman serta kejayaan demi mengharumkan nama Negeri Terengganu.

"Ping Pong Untuk Semua"
"Berlatih โ€ข Berjuang โ€ข Berjaya"
"Terengganu di Persada Antarabangsa"

Ikhlas daripada:
Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT)

Ucapan Penghargaan PPNTTahniah dan Syabas Pasukan Ping Pong MAKSAK Terengganu! ๐Ÿ“๐Ÿ…Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (...
05/07/2026

Ucapan Penghargaan PPNT

Tahniah dan Syabas Pasukan Ping Pong MAKSAK Terengganu! ๐Ÿ“๐Ÿ…

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh kontinjen Ping Pong MAKSAK Terengganu atas kejayaan cemerlang pada Kejohanan MAKSAK Games Kebangsaan 2026.

Kejayaan meraih pingat gangsa dalam kategori Perseorangan Lelaki, Bergu Veteren dan Bergu Campuran membuktikan semangat juang, disiplin, kesungguhan serta komitmen tinggi para atlet dan pegawai pasukan dalam mengharumkan nama Negeri Terengganu di pentas kebangsaan.

PPNT turut merakamkan penghargaan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan, penyokong serta pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengangkat sukan ping pong Terengganu ke tahap yang lebih cemerlang.

Tahniah Wira-Wira Terengganu!

"Ping Pong Untuk Semua"
"Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera."

Ikhlas daripada:
Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) ๐Ÿ“

๐Ÿ“ TAHNIAH ATLET TERENGGANU DI KEJOHANAN PRESTIGE INTERNATIONAL TABLE TENNIS CONTENDER 2026Persatuan Ping Pong Negeri Ter...
09/06/2026

๐Ÿ“ TAHNIAH ATLET TERENGGANU DI KEJOHANAN PRESTIGE INTERNATIONAL TABLE TENNIS CONTENDER 2026

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet-atlet Terengganu yang telah berjaya mengharumkan nama negeri dalam Prestige International Table Tennis Contender 2026 (Junior & Para) yang telah berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2026 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor.

Dalam kejohanan yang menghimpunkan pemain-pemain berbakat dari dalam dan luar negara ini, atlet Terengganu telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan meraih pencapaian berikut:

๐Ÿฅˆ Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun (L18) Muhammad Fakhrul Ikram bin Jamaluddin โ€“ Naib Johan

๐Ÿฅ‰ Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (L12) Muhammad Arif Amsyar bin Ishamuddin โ€“ Tempat Ketiga

Secara keseluruhannya, seramai 7 orang atlet dari Negeri Terengganu telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Penyertaan ini memberi peluang kepada atlet untuk menimba pengalaman berharga serta menguji kemampuan di pentas yang lebih kompetitif.

PPNT mengucapkan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, ibu bapa dan pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam sukan ping pong pada masa akan datang.

๐Ÿ“๐Ÿ†

Ucapan Salam Aidiladha daripada Tuan Presiden  & Setiausaha mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Pingpong Negeri...
26/05/2026

Ucapan Salam Aidiladha daripada Tuan Presiden & Setiausaha mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Pingpong Negeri Terengganu.

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam setiap amanah serta perjuangan yang dipikul. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan membawa keberkatan buat kita semua.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memartabatkan sukan ping pong negeri Terengganu.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Address

LOT PT 1103K (KEDAI) Jalan TELOK PASU KPG SEKATI MANIR K TERENGGANU
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category