09/06/2026
Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak Level Up Fitness Xpress Kuala Terengganu pada 7 Jun 2026 (Ahad).
Perbincangan yang amat positif telah diadakan bersama Pengarah JBSNT, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, serta pegawai-pegawai JBSNT berkaitan pembangunan sukan, kecergasan dan peluang kerjasama pada masa hadapan.
Kunjungan ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan program Fitness Challenge Endurance Race 2026 serta berkongsi aspirasi dalam memperkasakan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Semoga hubungan baik dan kerjasama strategik yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan demi manfaat komuniti serta pembangunan sukan dan kecergasan di Negeri Terengganu.