Candat Sotong Terengganu

Candat Sotong Terengganu Menyediakan perkhidmatan menyewa bot dan mencandat sotong serta memancing sekitar perairan Terengganu dengan kadar MURAH!! Hubungi :
019-2300428
Azhar

Hebat nya aturan Allah. Berlaku tanpa kita sedar
28/04/2017

Hebat nya aturan Allah. Berlaku tanpa kita sedar

12/02/2017
JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA. 1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia jug...
13/02/2016

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.

Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Telah diperkenalkan dan diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.

Begitulah serba sedikit tip untuk anda semua.

Tip Elakkan Mabuk LautPILIH POSISI TERBAIKSebelum bot bertolak pilihlah posisi yang baik. Sebaiknya berada jauh dari asa...
13/02/2016

Tip Elakkan Mabuk Laut

PILIH POSISI TERBAIK
Sebelum bot bertolak pilihlah posisi yang baik. Sebaiknya berada jauh dari asap dan bau minyak diesel yang dikeluarkan oleh bot. Bagi anda yang tidak biasa dengan asap diesel, dinasihatkan jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel.
TELAN PIL PENAHAN MABUK
Anda boleh membawa pil penahan mabuk bagi persediaan menghadapi mabuk laut. Anda akan rugi jika mabuk ketika kawan-kawan yang lain sedang banyak mendaratkan sotong dan hanya mampu melihat sahaja. Jadi sebagai persediaan bagi anda yang belum pernah pergi mencandat sotong anda digalakkan untuk membawa pil enahan mabuk.
SEDIAKAN UBAT-UBATAN RINGKAS
Peserta digalakkan membawa ubatan-ubatan ringkas seperti ubat minyak cap kapak dan gula-gula bagi mengelakkan rasa loya.
JANGAN MAKAN BANYAK SEBELUM BERTOLAK
Perut yang terlalu kenyang menyebabkan anda cepat mual dan pening. Jadi cubalah elak dari makan terlalu kenyang sebelum menaiki bot.

"SOTONG BERKILO2 DAPAT!!""Servis yang sangat bagus.Kru bot sangat berpengalaman. Banyak membantu kami semasa mencandat u...
10/02/2016

"SOTONG BERKILO2 DAPAT!!"

"Servis yang sangat bagus.Kru bot sangat berpengalaman. Banyak membantu kami semasa mencandat utk dapat hasil terbaik..pakej yang sangat berbaloi-baloi.TERBAEK !! "

ALI, CHERAS.

=======================

WASAP/CALL/SMS
019-2300428
019-2300428
019-2300428

=======================

PROMOSI CANDAT SOTONG TERENGGANU / PELABUHAN CHENDERING

# 1 Bot max 10 orang

KEMUDAHAN SERTA JADUAL AKTIVITI:

1. Bot dilengkapi Jaket Keselamatan dan System GPS.
2. Menggunakan lampu Spot Light .
3. Kemudahan dapur – makan percuma boleh goreng sotong fresh.
4. Bekas Air Batu dan Air Mineral Percuma.
5. Kemudahan Tandas/Bilik Persalinan
6. Tekong lebih 10 tahun pengalaman.
7. Semua peserta dikehendaki berkumpul di jeti sekitar jam 4.30 ptg utk taklimat ringkas cara candat.
8. Bertolak dari Jeti Lkim Cendering K.Trg selepas waktu Asar (5.00 ptg) balik selepas waktu subuh (7 pagi di Jeti) selama 14 jam - balik awal atas permintaan.
9. Perjalanan ke kandang sotong sekitar 1 Jam dari jeti LKIM Cendering.
10. Keselamatan parking kereta LKIM Chendering terkawal dan berbayar (RM5 satu kereta).

CALL / MSG / WASAP :

019-2300428
019-2300428
019-2300428

P/S; PAKEJ MEMANCING JUGA DISEDIAKAN

Address

Kuala
21080

Telephone

0192300428

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Candat Sotong Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share