23/09/2018
Terengganu City telah menandatangani lima memorandum persefahaman bersama dengan lima buah syarikat yang telah menyatakan persetujuan untuk menaja kempen The Sharks di musim 2019.
Empat buah syarikat, Inspirasi Perkasa Sdn Bhd, Tulangis Sdn Bhd, Arca Konsep Sdn Bhd dan Tulangis Maju Sdn Bhd masing-masing bersetuju untuk menaja RM1 juta dalam bentuk tunai sementara Derak Ventures akan menaja penginapan skuad ketika bermain di luar Kuala Terengganu.
MoU berkenaan telah ditandatangani di satu majlis yang berlangsung di ibu pejabat Tulangis Group, Kuala Lumpur oleh wakil para penaja dan setiausaha eksekutif Terengganu City, Taslim Razin.
Terengganu City announced five sponsorship memorandums of understanding for the season 2019.
Four companies, Inspirasi Perkasa Sdn Bhd, Tulangis Sdn Bhd, Arca Konsep Sdn Bhd and Tulangis Maju Sdn Bhd agreed to sponsor The Sharks to the amount of RM1 million Ringgit each in cash while Derak Venture would sponsor the team's accommodation.
The signing of the MoUs were held at Tulangis Group head office in Kuala Lumpur tonight by the respective company representatives and the club executive secretary, Taslim Razin.