21/08/2026
GPE RIDE RIADAH SANTAI PTG JUMAAT π : 21.08.2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana GPE masih diberi peluang untuk kembali ride bersama sahabat-sahabat hari ini ke Mee Sup Tasik Kuala Berang dan Sup Belut Tok Dir. π₯°
Alhamdulillah, dua-dua kedai memang sedap belaka. Cuma Sup Belut Tok Dir tu asalnya tak dirancang pun. Sebab lepas makan mee sup, awok-awok ni masih lapar lagi π€£ Jadi lacor lah pulak sup belut... perut cap apa pun tak tahu lah dia orang ni π€π€£
Yang penting, ride kali ini memang santai-santai sahaja. Layan suasana kampung bersama skuter dan kapcai, sambil menikmati perjalanan dan masa bersama sahabat-sahabat. β€οΈ
Alhamdulillah, semuanya pergi dan pulang dengan selamat. π₯°
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang hadir dan sentiasa support ride GPE ini. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan, dan insya-Allah, jika dipanjangkan umur serta diberikan kesempatan, kita jumpa lagi dalam ride yang akan datang. π€²π₯°
β€οΈ
π
π«Άπ»