Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor PERSATUAN HOKI DAERAH KUALA SELANGOR
-DITUBUHKAN PADA BULAN JANUARI 2021-

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-15. Tahniah dan ter...
23/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-15. Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang hadir serta memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan berlangsung. πŸ‘πŸ»πŸ‘

Kita jumpa lagi pada sesi latihan yang akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan dan teruskan semangat untuk berlatih! πŸ’ͺ🏻

Insya-Allah, jumpa lagi! πŸ«‘πŸ‘

Tahniah Aqil Syahmi! πŸ‘πŸ‘Min ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aqil Syahmi kerana berjaya menempatkan diri dalam skua...
22/08/2026

Tahniah Aqil Syahmi! πŸ‘πŸ‘

Min ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aqil Syahmi kerana berjaya menempatkan diri dalam skuad MSSM Selangor bagi menghadapi Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘

Semoga Aqil terus maju jaya, memberikan komitmen terbaik serta menyumbangkan tenaga dan kemahiran untuk membantu skuad MSSM Selangor mencapai kejayaan.

Teruskan berjuang dan buat yang terbaik, Syahmil! πŸ’ͺπŸ”₯
Min bangga dengan pencapaian kamu. Good luck & all the best! πŸ«‘πŸ‘

πŸ‘ Tahniah Muhammad Aqil Syahmi!

Tahniah kerana terpilih mewakili Pasukan Hoki L12 Negeri Selangor ke Kejohanan Hoki MSSM 2026.

Aqil Syahmi yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan MSSD dan MSS berjaya membuktikan beliau antara pemain yang berbakat di dalam pasukan STaKe Hockey

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta Negeri Selangor.

Selamat maju jaya! πŸ’ͺ

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-14. Tahniah dan ter...
16/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-14. Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang hadir serta memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan berlangsung. πŸ‘πŸ»πŸ‘

Kita jumpa lagi pada sesi latihan yang akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan dan teruskan semangat untuk berlatih! πŸ’ͺ🏻

Insya-Allah, jumpa lagi! πŸ«‘πŸ‘

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan jersi dan latihan hoki KUSEL/PHDKS pada...
09/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan jersi dan latihan hoki KUSEL/PHDKS pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor (PHDKS) selama ini.

Sokongan, komitmen dan kepercayaan daripada semua amat kami hargai. Semoga usaha kita bersama dapat terus membina dan melahirkan lebih ramai pemain hoki yang berbakat pada masa akan datang.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi pada sesi latihan yang seterusnya.
Terima kasih dan teruskan sokongan kepada PHDKS! πŸ‘πŸ’ͺ


Latihan Hoki KUSEL/PHDKS Siri Ke-12Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Hoki KUSEL/P...
02/08/2026

Latihan Hoki KUSEL/PHDKS Siri Ke-12

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Hoki KUSEL/PHDKS Siri Ke-12 bagi minggu ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen serta hadir dengan penuh semangat sepanjang sesi latihan. Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami.
Semoga segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada sesi latihan yang akan datang.🫑



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, tirai Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026 tel...
31/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026 telah pun melabuhkan tirainya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan MSSS U18 Kuala Selangor (KUSEL) atas kejayaan mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan MSSS Kuala Langat dengan keputusan 1-0 di peringkat separuh akhir.

Walaupun rezeki tidak memihak kepada KUSEL pada aksi final apabila tewas kepada juara bertahan, MSSS Klang, menerusi penentuan shoot-out selepas perlawanan yang cukup sengit, anda semua telah membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh serta komitmen yang luar biasa sehingga ke wisel penamat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain, barisan jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan. Kejayaan meraih gelaran Naib Johan MSS Selangor 2026 adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar dihargai.

Kalah atau menang bukanlah penamat, tetapi setiap pengalaman adalah langkah untuk membina pasukan yang lebih kuat. Teruskan berusaha, kekalkan semangat juang dan bangkit dengan lebih gagah pada kejohanan akan datang.

Tahniah KUSEL! Anda semua tetap kebanggaan Kuala Selangor. πŸ’™πŸ‘

KUSEL... Terus Berjuang, Terus Melakar Kejayaan! πŸ’ͺ






Our Staff & Coaches – MSS Kuala Selangor (Boys U18)Head Coach: Cikgu Syukuri Mazlan Assistant Coach: Cikgu Ahmad Fuad Ph...
29/07/2026

Our Staff & Coaches – MSS Kuala Selangor (Boys U18)

Head Coach: Cikgu Syukuri Mazlan
Assistant Coach: Cikgu Ahmad Fuad
Physiotherapist: Cikgu Khumaizi Aspani

29/07/2026

stunning goals from our Qasif farhan A.K.A rentong kusel
Credit video for Fadzliworks

Tahniah kepada Pasukan MSSS Kuala Selangor Lelaki U18 atas kejayaan melangkah ke peringkat kalah mati yang akan berlangs...
28/07/2026

Tahniah kepada Pasukan MSSS Kuala Selangor Lelaki U18 atas kejayaan melangkah ke peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada Jumaat ini dalam Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026.

Semoga momentum cemerlang ini dapat diteruskan di peringkat separuh akhir, seterusnya melayakkan pasukan ke perlawanan akhir dan akhirnya dinobatkan sebagai juara.

Teruskan berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Seluruh warga Kuala Selangor sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan anda.

Good Luck & All the Best! πŸ’ͺπŸ‘

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category