03/06/2026
Road to SUKMA !!!!
Let’s for Vee 🐆
WAJAH JUANG PERLIS | SUKMA 2026
“Focus. Fight. Finish.”
Tiga perkataan yang menggambarkan perjalanan Veemaleswary A/P Subramaniam, atlet Taekwondo kategori Fin Weight yang terus melangkah dengan disiplin, keberanian dan semangat yang tidak pernah luntur.
Mula berkecimpung dalam sukan taekwondo sejak tahun 2011, Veemaleswary membesar bersama cabaran, latihan dan pengorbanan yang membentuk dirinya menjadi seorang atlet yang lebih matang dan berdaya saing. Bagi beliau, setiap sesi latihan adalah ruang untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Menjadikan Panipak Wongpattanakit, pemenang pingat emas Olimpik dari Thailand sebagai inspirasi, Veemaleswary percaya bahawa kejayaan dibina melalui fokus yang jelas, semangat juang yang tinggi dan kesungguhan hingga ke garisan penamat.
Digelar “The Fearless Fighter”, beliau hadir bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk menunjukkan bahawa keberanian sebenar hadir apabila seseorang berani terus melangkah walaupun laluan yang ditempuh tidak mudah.
Kini, menuju SUKMA 2026, Veemaleswary bersedia memberikan yang terbaik demi membawa nama Perlis lebih tinggi di pentas kejohanan.
Ayuh kita bersama memberikan sokongan dalam misi Road To 20 Golds.
💛💙 IT’S TIME TO ROAR! 🦁🔥