STaKe Hockey

STaKe Hockey STaKe HC adakah pasukan hoki SK Tanjung Keramat Kuala Selangor dan ditubuhkan sejak tahun 2011.

๐Ÿ‘ Tahniah Muhammad Aqil Syahmi!Tahniah kerana terpilih mewakili Pasukan Hoki L12 Negeri Selangor ke Kejohanan Hoki MSSM ...
22/08/2026

๐Ÿ‘ Tahniah Muhammad Aqil Syahmi!

Tahniah kerana terpilih mewakili Pasukan Hoki L12 Negeri Selangor ke Kejohanan Hoki MSSM 2026.

Aqil Syahmi yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan MSSD dan MSS berjaya membuktikan beliau antara pemain yang berbakat di dalam pasukan STaKe Hockey

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta Negeri Selangor.

Selamat maju jaya! ๐Ÿ’ช

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI MSS SELANGOR 2026๐Ÿ“… 27 โ€“ 31 Julai 2026๐Ÿ“ Stadium Tengku Abdullah, BangiTahniah kepada 6 pemain lelaki dan...
02/08/2026

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI MSS SELANGOR 2026

๐Ÿ“… 27 โ€“ 31 Julai 2026
๐Ÿ“ Stadium Tengku Abdullah, Bangi

Tahniah kepada 6 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan STaKe Hockey yang berjaya mewakili Daerah Kuala Selangor ke Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026.

Keputusan Pasukan Kuala Selangor
๐Ÿ‘ Boys โ€“ Peringkat Kumpulan
๐Ÿ‘ Girls โ€“ Peringkat Kumpulan

Walaupun pencapaian kali ini belum memihak kepada pasukan, semua pemain telah mempamerkan semangat juang dan corak permainan yang baik. Beberapa kesilapan kecil memberi ruang kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol dan memberi kesan kepada keputusan perlawanan.

Teruskan berusaha, jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk kembali lebih kuat pada kejohanan akan datang. Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan ibu bapa atas segala komitmen dan sokongan.

Usaha lagi, bangkit lebih kuat! ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI 5โ€™S BAWAH 11 TAHUN๐Ÿ† Piala Pengetua Sekolah Sukan Selangor 2026๐Ÿ“… Tarikh: 10 โ€“ 12 Julai 2026๐Ÿ“ Tempat: Min...
23/07/2026

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI 5โ€™S BAWAH 11 TAHUN
๐Ÿ† Piala Pengetua Sekolah Sukan Selangor 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 10 โ€“ 12 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Mini Turf Hoki, SMK Seksyen 11, Shah Alam

Keputusan Pasukan
๐Ÿ‘ Boys โ€“ Suku Akhir Cup
๐Ÿ‘ Girls โ€“ Suku Akhir Plate

Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang dan komitmen sepanjang kejohanan. Kalian telah memberikan yang terbaik. Belum ada rezeki untuk menempa kejayaan kali ini, namun perjalanan masih jauh. Terus berusaha, terus belajar dan bangkit dengan lebih kuat. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

KEJOHANAN MSSD KUALA SELANGOR 2026SMK Pengkalan PermatangAlhamdulillah, selesai sudah perjuangan pasukan STaKe Hockey di...
23/06/2026

KEJOHANAN MSSD KUALA SELANGOR 2026
SMK Pengkalan Permatang

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan pasukan STaKe Hockey di Kejohanan MSSD Kuala Selangor 2026.

๐Ÿ“ Pasukan Perempuan โ€“ ๐Ÿฅ‰Tempat Ketiga
๐Ÿ“ Pasukan Lelaki โ€“ ๐ŸฅˆNaib Johan

๐Ÿ… Penjaring Terbanyak Kejohanan
A***n Zhafreil

๐Ÿงค Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
Firas Daniel

Pasukan perempuan terpaksa berpuas hati di tangga ketiga, manakala pasukan lelaki hampir mencipta kejutan untuk muncul juara. Kelekaan yang berpunca daripada sangkaan bunyi air horn menandakan tamat perlawanan akhirnya membawa padah apabila pihak lawan berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan ketika situasi penalty corner (PC) berlangsung, sekali gus menghasilkan jaringan penentu pada saat-saat akhir perlawanan.

Walau bagaimanapun, kami amat berbangga dengan semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan. Pasukan lelaki turut mencatat beberapa kemenangan besar, selain berjaya meraih anugerah Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan penyokong yang sentiasa bersama pasukan. Teruskan berusaha dan bangkit lebih kuat pada kejohanan akan datang.

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

๐Ÿ†Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aqil Syahmi Bin Syakirin atas pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai ๐ŸŽ–Pemain...
16/06/2026

๐Ÿ†Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aqil Syahmi Bin Syakirin atas pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai

๐ŸŽ–Pemain Terbaik Kejohanan Bola Tampar MSSM 2026.

Syahmi turut memainkan peranan penting dalam membantu pasukan Selangor muncul sebagai Johan Kejohanan Bola Tampar MSSM 2026. Kejayaan ini membuktikan keupayaan, disiplin dan semangat juang tinggi yang dimiliki beliau dalam arena sukan.

Dalam keluarga STaKe Hockey, Syahmi merupakan antara pemain yang sentiasa menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi. Bakat beliau bukan sahaja menyerlah di gelanggang hoki, malah turut cemerlang di pentas bola tampar peringkat kebangsaan.

Seluruh warga STaKe Hockey berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar Syahmi terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah Syahmi, teruskan mengharumkan nama Selangor, sekolah dan STaKe Hockey!






SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐€๐ช๐ข๐ฅ ๐’๐ฒ๐š๐ก๐ฆ๐ข yang kini mewakili Selangor ke ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐š ๐“๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ...
08/06/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ฒ๐š

๐€๐ช๐ข๐ฅ ๐’๐ฒ๐š๐ก๐ฆ๐ข yang kini mewakili Selangor ke ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐š ๐“๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š di Putrajaya.

Syahmi bukan sahaja merupakan watak penting dalam pasukan STaKe Hockey dan Kuala Selangor, malah beliau juga adalah antara pemain bola tampar yang cemerlang di peringkat negeri Selangor.

Kebolehan dan kehebatan Syahmi dalam pelbagai sukan amat membanggakan serta sentiasa ditagih oleh pasukan menjelang aksi MSSD Hoki yang akan datang.

Semoga terus beraksi dengan cemerlang, mengekalkan disiplin yang tinggi dan mengharumkan nama Selangor

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

๐Ÿ‘ Alamianz Hockey League 1.0๐Ÿ“… 18 Mei 2026๐Ÿ“ SMK Pengkalan Permatang๐Ÿ† Pencapaian๐Ÿฅˆ Boys โ€“ Naib Johan๐Ÿฅˆ Girls โ€“ Naib JohanKej...
19/05/2026

๐Ÿ‘ Alamianz Hockey League 1.0
๐Ÿ“… 18 Mei 2026
๐Ÿ“ SMK Pengkalan Permatang

๐Ÿ† Pencapaian
๐Ÿฅˆ Boys โ€“ Naib Johan
๐Ÿฅˆ Girls โ€“ Naib Johan

Kejohanan ini menjadi medan pemanas badan sebagai persediaan menghadapi MSSD KUSEL yang akan datang. Murid-murid mendapat peluang bermain menggunakan padang penuh selain menimba pengalaman perlawanan sebenar, memperbaiki kesilapan dan meningkatkan kemahiran permainan.

Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan semangat yang ditunjukkan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

Selamat maju jaya diucapkan kepada Ayriel Daniel yang mewakili pasukan Selangor di Kejohanan Bawah 16 Tahun Kebangsaan. ...
19/05/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Ayriel Daniel yang mewakili pasukan Selangor di Kejohanan Bawah 16 Tahun Kebangsaan. ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

Setakat ini bekas pemain STaKe ini telah berjaya menjaringkan dua gol di kejohanan ini. Beliau kini bersekolah di Pusat Latihan Negeri Selangor, SMK Pengkalan Permatang.

Semoga terus cemerlang dan berjaya membantu pasukan Selangor muncul juara. Kami warga STaKe amat bangga dengan pencapaian anda. ๐Ÿ’ช



SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

Aktiviti RIMUP Sempena Kejohanan Hari SukanSK Bukit BelimbingKeputusan Acara 4x100m (Jemputan)๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿฅ‡ Lelaki โ€“ JohanSy...
09/05/2026

Aktiviti RIMUP Sempena Kejohanan Hari Sukan
SK Bukit Belimbing

Keputusan Acara 4x100m (Jemputan)๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

๐Ÿฅ‡ Lelaki โ€“ Johan
Syahmi, Aiman, Firas & Rayyan

๐Ÿฅˆ Perempuan โ€“ Naib Johan
Dhia, Zulaikha, Nawal & Majidah

Beberapa pemain hoki STAKE turut merupakan pelari utama kuartet 4x100m SK Tanjung Keramat ๐Ÿ’ช

Tahniah kepada semua murid STAKE yang terlibat atas semangat kesukanan, kerjasama dan usaha yang cemerlang ๐Ÿ‘


SK Tanjung Keramat

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI 6โ€™s PIALA DATOโ€™ BANDAR MBPJ 2026๐Ÿ“ Padang Astaka MBPJ๐Ÿ—“ 14 & 15 Februari 2026๐Ÿ† JOHAN KATEGORI PLATE ๐Ÿ†Pasu...
15/02/2026

๐Ÿ‘ KEJOHANAN HOKI 6โ€™s PIALA DATOโ€™ BANDAR MBPJ 2026
๐Ÿ“ Padang Astaka MBPJ
๐Ÿ—“ 14 & 15 Februari 2026

๐Ÿ† JOHAN KATEGORI PLATE ๐Ÿ†

Pasukan STaKe Hockey yang beraksi di bawah nama KUSEL telah berjaya muncul sebagai JOHAN KATEGORI PLATE dalam kejohanan ini.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain, komitmen jurulatih serta sokongan padu ibu bapa yang sentiasa bersama pasukan.

Tahniah anak-anak STaKe! ๐Ÿ’™
Teruskan melangkah dan cipta lebih banyak kejayaan selepas ini ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor

Address

Kuala
45000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when STaKe Hockey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category