11/12/2020
VO2max...
VO2max ni biasanya digunapakai dikalangan athlete world class utk nk sukat tahap cardiopulmonary fitnesst
Ok.. apa maksud VO2max ni?
V = volume
O2 = oxygen
max = maximum
Literally bermaksud, volume of oxygen yg kita sedut kedalam peparu, masuk kedalam sel darah, dibawa ke sel-sel otot dan digunapakai oleh mitochondria untuk menghasilkan ATP drp pembakaran carbohydrate dan fatty acids.
Itulah maksud VO2max secara literal.
Untuk menyukat VO2max pada individu, test yg dibuat biasanya perlukan set-up yg betul, & biasanya dibuat didalam sport lab.
Sebelum kita faham lebih lanjut berkaitan VO2max ni, kena faham dulu pasal ATP synthesis dalam badan. ATP ialah molekul tenaga atau "minyak" kepada otot. Tak ada ATP, otot tak dapat berfungsi atau akan letih (fatigue).
Bila kita buat sesuatu aktiviti, badan kita mula supply ATP kepada otot melalui anaerobic proses. Anaerobic proses ni tak menggunakan oxygen. Ada dua proses anaerobic iaitu Creatine Kinase pathway dan Rapid Glycolysis (Lactic acid) pathway.
Tapi masalahnya, anaerobic pathways ni tak dapat nak kekal lama. Kedua-dua pathways hanya boleh bertahan paling lama 2 minit.
Kemudian badan berubah kepada aerobic pathway.
Aerobic pathway menggunakan oxygen untuk bakar molekul carbohydrate (mainly) dan fatty acids. Ini equation chemistrynya;
Carbohydrate + O2 = ATP + CO2 + H2O
Proses ni berlaku di dalam mitochondria didalam sel-sel otot.
ATP yg dihasilkan, akan buka sodium channel, akan trigger sodium influx, kemudian calcium influx, kemudian akan trigger actin/myosin glide, dan menghasilkan muscle contraction.
Jadi, kalau mengikut equation diatas tu, perkadaran gunapakai oxygen bersamaan dengan perkadaran penghasilan ATP.
Lagi banyak oxygen digunakan, lagi banyak ATP dihasilkan. Jadi, lagi banyak ATP yg ada, otot tak akan fatique/letih dan perfomance akan "mencanak" naik (maaf bahasa saya, tapi impression tu yg paling sesuai digunakan).
Tapi, persoalannya ialah, ini bergantung pada kapasiti dan efficiency mitochondria utk menghasilkan ATP.
Maka, disinilah datangnya VO2max.
Berapa efficientnya mitochondria kita utk gunapakai oxygen yg available.
VO2max disukat dalam O2 mls/kg/min.
Ini bergantung kepada 4 perkara;
1. Umur - semakin berusia, VO2max menurun.
2. Jantina - wanita punyai VO2max lebih rendah berbanding lelaki yg seusia.
3. Physical training - senaman berkala akan naikkan VO2max.
4. Altitute - ketinggian. FiO2 pada paras laut ialah 21%. Lagi tinggi kita naik, FiO2 semakin rendah. Maksudnya, lagi tinggi kita naik, lagi kurang oxygen yg available.
Ada beberapa cara utk estimate tahap VO2max kita. Kita rakyat marhaen ni tak perlu nk pergi ke sport laboratory utk sukat tahap VO2max. Kos mahal dan tak releven pun utk kita.
Antara cara nak sukat;
1. HRmax - seperti yg saya tulis dalam post yg lepas.
2. Heart Rate Reserve (HRR)
3. The Cooper Test
Salah satu lagi cara yg sedikit komplex tapi lebih praktikal ialah The Cooper Test.
Melalui equation ini;
VO2max = (*D12* - 504.9)
---------------
44.73
D12 ialah jarak larian kita dalam 12 minit, dalam meters.
Kalau kita boleh lari 3 kilometers dlm 12 minit, jadi 3000 meters.
Daripada equation tu, kita boleh estimate (bukan definite) nilai VO2max kita dan menggunakan rajah dibawah, kita boleh tahu tahap fitness dan kapasiti mitochondria kita kat mana.
The only way utk tingkatkan kapasiti mitochondia kita utk gunapakai oxygen untuk menghasilkan ATP dengan efektif ialah melalui senaman.
Senaman p**a mesti ditingkatkan tahap intensiti. The Cooper Test (jarak larian selama 12 minit) adalah satu test atau indicator yg cukup baik utk sukat fitness badan kita.
Baiknya ada VO2max yg tinggi ni ialah badan kita tak akan mudah rasa penat dengan aktiviti harian.
Walaupun kita kena buat kerja berat berterusan, tapi kapasiti mitochondria untuk menghasilkan ATP berterusan drp carbohydrate sangat eficient.
Sebab itulah juga senaman berkala tu penting.
Senaman yg berkala dapat kekalkan 4 perkara;
1. Fitness
2. Strength
3. Endurance
4. Flexibility
Senaman berkala bukan sahaja dapat tingkatkan dan maintain VO2max dan tahap efficiency mitochondria pada tahap yg baik, tapi kesan baiknya lebih lagi.
Sekian.
Dr Shaiful Aizad