15/10/2025
πππππππππ ππππππ ππππ ππππππππππ
βπ£ππ‘πππππππ‘ πππ¦ππππ ππ§ππ‘ πππ‘ π£ππ₯π§ππππ‘ππ‘ πππ₯πβ
Kes buli, cabul, rogol dan pelbagai jenayah lain kini semakin membimbangkan malahan sehingga ada yang meragut nyawa.
Sebagai anggota polis, kami amat prihatin terhadap keselamatan anak-anak, tidak kira di mana mereka berada. Melalui latihan seni mempertahankan diri, kami menerapkan teknik mempertahankan diri agar anak-anak tahu cara melindungi diri apabila berdepan situasi berbahaya.
Dalam masa yang sama, kami ingin mengingatkan para ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak dan tidak mengambil mudah sekiranya terdapat tanda-tanda dibuli atau menjadi mangsa jenayah.
Atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap isu yang berlaku ini, kami terpanggil untuk terus memberi kesedaran dan panduan kepada generasi muda demi keselamatan mereka hari ini dan masa depan.
============================
KES JENAYAH BULI DAN BUNUH 2025
π 02/05/2025 - Rogol (Pelajar 14THN rogol rakan sekelas didalam kelas)
π 16/07/2025 - Kematian (Pelajar 13thn jatuh dari tingkat 3 asrama - disyaki ada unsur buli)
π 27/09/2025 - Kematian (Murid 9thn jatuh dalam lubang kumbahan semasa kejohanan olahraga sekolah)
π01/10/2025 - Kematian (Murid tahun 4 mati disyaki akibat buli di tandas sekolah)
π02/10/2025 - Rogol (4 pelajar rogol budak perempuan di dalam kelas)