01/01/2024
Selamat menyambut tahun baru 2024 kepada semua warga Silang Badminton Club,rakan-rakan seperjuangan badminton dan juga kepada follower-follower..semoga tahun ini lebih baik lebih bermakna lebih power dan lebih apa sahaja pada tahun lepas..
Hampir genap 10 tahun penubuhan kelab ini wujud dengan berbekal kan ilmu dan pengalaman yang sedia ada walaupun dalam serba kekurangan dan kelemahan..bukan senang dan juga bukan mudah untuk membangun kelab..bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu bersenang kemudian"..itulah pegangan kami dalam mewujudkan kelab ini..
Pelbagai dugaan, pelbagai cabaran, pelbagai rintangan, pelbagai halangan ditempuh tak mengira penat lelah sakit atau terluka sekalipun..
Ditekan, dipijak, diejek, dicemuh, ditindas semua dah rasa dah.. Bukan sekadar depan2 tapi juga dari belakang dari atas, dari bawah, dari luar malah dari dalam..itulah ujian dan dugaan yang kami terima..namun dalam ujian tersebut mampu menguatkan lagi kami dalam bidang bidang ini..
Kami akan terus melangkah kehadapan dengan kuat mendaki lebih tinggi untuk mencapai kejayaan tanpa menoleh perkara negatif yang boleh memecahkan kelab yang terbina ini..kami juga akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada kelab kami..
Akhir kata kami mendoakan agar hubungan ukhwah terus terjalin untuk merapatkan lagi silaturahim.."diluar gelanggang kita kawan didalam gelanggang kita lawan"..itulah kata-kata yang selalu di ungkapkan
Terima kasih kepada ahli-ahli yang masih kekal bersama sejak dari awal penubuhan hingga kini. Terima kasih juga ahli-ahli yang turut serta selepas itu. Tanpa semua ahli, siapalah Silang BC.
Sesiapa yang berminat nak jadi ahli tetap boleh la hubungi no yang dibawah yer..
Kriteria kriteria untuk jadi ahli :
- tak pandai takpe asal tak lipak
- tak pandai takpe janji bersemangat
- selalu datang hari game kecuali emergency
- bermain dengan semangat ketika hari game
- pandai bergaul dan tidak bermasam muka
Tapi semua kriteria tu xpenting...... Yang penting. Anda nak ke jadi ahli?
Itu saje la untuk kali ini... Nati chat chat lagiii.. Bubyeee
Sebarang info @ komen :
- Eri 013 931 7114