Arena Terengganu FC

Arena Terengganu FC Bersatu Demi Kemajuan Bola Sepak Terengganu

Debaran Kian terasa..
08/08/2022

Debaran Kian terasa..

Hakimi Abdullah selesai menandatangani kontrak lanjutan 2 tahun lagi bersama Terengganu!📸 Joe Estrada
01/06/2022

Hakimi Abdullah selesai menandatangani kontrak lanjutan 2 tahun lagi bersama Terengganu!

📸 Joe Estrada

30/05/2022

🏴🏳️ NIK SHARIF SERTAI PASUKAN TERENGGANU FC 🏴🏳️

Pasukan Terengganu Football Club menandatangani Nik Muhammad Sharif Haseefy Bin Mohd Lazim secara pinjaman dari Pasukan Selangor FC selama tempoh 6 bulan sehingga akhir musim ini.

Pemain tengah berusia 25 tahun yang berasal dari Pahang ini memulakan kerjayanya bersama akademi Pahang dan beraksi bersama pasukan senior pada tahun 2018 sebelum menyertai pasukan Selangor FC.

Dengan kehadiran Nik Sharif semestinya bakal menambah variasi serangan pasukan ini, dan semestinya memberikan lebih pilihan buat Nafuzi Zain bagi pemain yang bakal mengisi bahagian sayap dan tengah pasukan ini kerana pemain ini boleh beraksi di kedua-dua posisi ini.

Terengganu Football Club ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain Nik Sharif, bersama kita berjuang untuk memburu kejuaraan!


TFC II
07/08/2020

TFC II

🏴🏳️PERLAWANAN PERSAHABATAN | PAHANG v TERENGGANU FC II, STADIUM DARUL MAKMUR 🏳️🏴

Tamat perlawanan
Keputusan penuh :

Pahang FA 0-3 Terengganu FC II

⚽️ Bruno Suzuki
⚽️ Engku Shakir
⚽️ Izzan Syahmi


🏴🏳️ STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TELAH DILULUSKAN UNTUK AKSI LIGA MALAYSIA MUSIM 2020 🏳️🏴Persatuan Bola Sepak Nege...
26/02/2020

🏴🏳️ STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TELAH DILULUSKAN UNTUK AKSI LIGA MALAYSIA MUSIM 2020 🏳️🏴

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menerima surat dari pihak Malaysia Football League (MFL) yang memberikan kelulusan buat pasukan Terengganu Football Club (TFC) menggunapakai Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sebagai venue rasmi pasukan utama kelab ini yang akan melibatkan perlawanan CIMB Liga Super, Shopee Piala FA dan juga TM Piala Malaysia bermula musim ini.

Pihak TFC merakamkan ucapan terima kasih buat pihak MFL dan juga kesemua jabatan dan pihak yang terlibat, terutama dari Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) yang begitu bersungguh-sungguh memberikan komitmen dalam memastikan kesemua keperluan yang diperlukan lengkap dan mencukupi.

Pihak TFC dan seluruh penyokong bola sepak negeri ini sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih buat kesemua jabatan dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan SSMZA kini kembali BERGEMA!


09/10/2019
03/10/2019

Address

Jalan Tengku Mizan
Kuala Terengganu
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Terengganu FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share