26/08/2026
23/8 MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH EPIC ALL STARS SERIES 2026 ๐
Alhamdulillah, tirai kejohanan EPIC All Stars Series 2026 anjuran Kelab EPIC telah berjaya dilabuhkan dengan penuh meriah pada 23 Ogos 2026 (Ahad) 2.30 petang di EPIC Auditorium. Lebih seramai 251 pemenang telah diraikan di dalam majlis penutup ini.
Kejohanan ini yang telah berlangsung selama 2 bulan (JunโJulai 2026) baru-baru ini mencatatkan pencapaian yang sangat membanggakan:
๐ 1 Kejohanan
๐ฏ 16 Acara
๐
8 Sukan Teras
๐ฒ 8 Sukan Rakyat
๐ฅ 26 Kategori
๐ฅ 865 Penyertaan
โ๏ธ 100+ Perlawanan
๐ 251 Pemenang
โญ 91 Bintang
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, pemenang, urus setia, pengadil, sukarelawan serta seluruh warga Kelab EPIC yang telah menjayakan EPIC All Stars Series 2026. ๐ช๐ฅ
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penaung Kelab EPIC, Dr. Ts. Hj. Muhtar Bin Suhaili bersama barisan GMC, En. Wan Azilah Bin Wan Abdullah, Pn. Suhana Binti Kamaludin , En. Sazaril Amir Bin Sabri selaku Presiden Kelab dan En. Azman Bin Muda selaku Biro Sukan.
Pada akhir majlis, barisan pemenang dan Kelab EPIC turut mengambil peluang dan membuat kejutan untuk menyambut hari kelahiran ke-45, Penaung Kelab EPIC yang disayangi iaitu Dr. Ts. Hj Muhtar Bin Suhaili.
Akhir kata, jutaan terima kasih atas semangat kesukanan, komitmen dan sokongan luar biasa daripada semua yang terlibat. โค๏ธ Pelbagai kenangan dan peristiwa yang akan kita abadikan sepanjang kejohanan ini.
EPIC All Stars Series 2026 โ Bukan Sekadar Pertandingan, Tetapi Meraikan Semangat, Persahabatan & Kecemerlangan! ๐๐
Semoga EPIC terus cemerlang di semua kejohanan yang akan datang.