Chengal FC

Chengal FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Chengal FC, Amateur Sports Team, Pejabat MBKT cawangan utara, Kuala Terengganu.

✅ KEJOHANAN TERTUTUP 7’s – NYAMBUT POSO 1447H TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ⚽️🌙Chengal Football Community (CFC) merak...
09/02/2026

✅ KEJOHANAN TERTUTUP 7’s – NYAMBUT POSO 1447H TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ⚽️🌙

Chengal Football Community (CFC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan, pengadil, urus setia serta penyokong yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.

Alhamdulillah, kejohanan yang berlangsung pada:
📅 Ahad | 8 Februari 2026
📍 Lakoh Arena, Kadok

telah berjalan dengan lancar dalam suasana penuh semangat kesukanan, perpaduan dan ukhuwah komuniti bola sepak.

Semoga penganjuran ini menjadi medan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi pembangunan bola sepak komuniti setempat.

Jumpa lagi di kejohanan akan datang 🔥⚽️






19 - 20 Sept 2025 Kuala Terengganu trip Familiar Chengal FC  horey² bersuko  hilai beley² make celup tepung & frenly gam...
20/09/2025

19 - 20 Sept 2025 Kuala Terengganu trip Familiar Chengal FC horey² bersuko hilai beley² make celup tepung & frenly game di GB Arena Turf..

Terima kasih kepada Ketua Delegasi Abeq Shamssudin Wahab , Presiden CFC Tuan Bukhari Zawawi , pengarah Program En Fadzlan Mohd Khaimi di bantu oleh Nejar muda meningkat naik adinda Aniq Hafiz serta barisan² pengurusan team yang turut mengiringi pasukan, tidak lupa juga para pemain² yang terus menerus menunjukkan komitmen yang sentiasa folow segala xtvt² & program yang telah di atur.

Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada JPKKP KG BUT yang sentiasa support program & xtvt kelab samaada dari segi moral dan sedikit kos dana pengurusan..




ᩣシukhuwah

15 Sept 2025 (Isnin)  9.00malam - 12.00mlm telah berlangsung kejohanan bolasepak 7 sebelah tertutup anjuran kelab bolase...
15/09/2025

15 Sept 2025 (Isnin) 9.00malam - 12.00mlm telah berlangsung kejohanan bolasepak 7 sebelah tertutup anjuran kelab bolasepak Chengal FC bersama JPKKP KG BUT bertempat di Lakoh Arena Kadok.

Sebanyak 6 pasukan terlibat yang mana semua peserta di kalangan anak-anak muda & ahli komuniti majoriti teridiri daripada sekitar kawasan Mukim But Chengal.

Majlis perasmian ringkas telah di sempurnakan oleh Ybrs Ustaz Che Berahim Bin Mohammad ( Ketua Amanah Kawasan Ketereh), turut hadir Tuan Muhammad Rushdan Bin Abdul Rahman (Pengerusi JPKKP Mukim But) serta En. Rohimi Bin Mohd Salleh ( S/U JPKKP Mukim But)

Terima kasih kepada urusetia penganjur serta seluruh AJK kejohanan dan semua para peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan lancar.







Sebentar lagi akan berlangsung satu program  Chengal FC  berkolabrasi bersama JPKKP KG BUT kejohanan  bolasepak 7s tertu...
15/09/2025

Sebentar lagi akan berlangsung satu program Chengal FC berkolabrasi bersama JPKKP KG BUT kejohanan bolasepak 7s tertutup antara komuniti kampung chengal bagi mengekalkan ukhuwah & perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat setempat .

Malam ini jangan di lupa.
15/09/2025

Malam ini jangan di lupa.

Jangan lupa temujanji kita semua Komuniti Chengal FC Familiar kolabrasi bersama JPKKP KG BUT menganjurkan kejohanan 7 sebelah tertutup sempena Hari Malaysia pada :-

📅 15 September 2025 (Isnin)
🕰️ 8.30mlm
🏟️ LAKOH ARENA , BARUH KADOK






12/09/2025
Jangan lupa temujanji kita semua Komuniti Chengal FC  Familiar kolabrasi bersama JPKKP KG BUT  menganjurkan kejohanan 7 ...
06/09/2025

Jangan lupa temujanji kita semua Komuniti Chengal FC Familiar kolabrasi bersama JPKKP KG BUT menganjurkan kejohanan 7 sebelah tertutup sempena Hari Malaysia pada :-

📅 15 September 2025 (Isnin)
🕰️ 8.30mlm
🏟️ LAKOH ARENA , BARUH KADOK






Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H/2025MSemoga kecintaan kita semua kepada baginda Rasulullah SAW terus kekal abad...
04/09/2025

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H/2025M

Semoga kecintaan kita semua kepada baginda Rasulullah SAW terus kekal abadi selamanya.

1. Kita mengenali Nabi Muhammad SAW melalui cerita dan tulisan. Dinukilkan dalam al-Quran dan dicatatkan dalam hadis.

2. Betapa kerinduan itu begitu meluap. Teringat akan Baginda, kekasih Allah. Berpenat lelah, bermandi darah demi menyampaikan dakwah untuk ummah.

3. Walau tidak pernah bertemu, walau tidak sempat bersua, ingatan dan doa Baginda tidak pernah lekang. Kerinduan Baginda tidak pernah surut untuk umatnya.

4. Lantas, apa lagi alasan kita untuk tidak mencintai Rasul dengan sepenuh jiwa? Apa p**a alasan untuk tidak mengikuti sunnahnya?

5. Hari ini, mari kita semua hidupkan semula cinta itu. Dengan air mata keinsafan. Dengan amal ibadat yang mendekatkan. Dengan tekad untuk menjadi umat yang dibanggakan Baginda di Padang Mahsyar nanti.

*Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447 Hijrah*

2 hari lepas bertempat di LolaCafe , mesyuarat santai-santai  Majlis Tertinggi Chengal FC  yang di ketuai Presiden Kelab...
04/09/2025

2 hari lepas bertempat di LolaCafe , mesyuarat santai-santai Majlis Tertinggi Chengal FC yang di ketuai Presiden Kelab Tuan Bukhari Zawawi , Timb Presiden Tuan Miro Jusuh, Setia Usaha Sdra Mahamad Izzat , bendahari Sdra Tengku Putra Hafiz serta barisan kejurulatihan yang di wakili En. Abeq Shamssudin Wahab & En. Mohd Nazam Harun adakan perjumpaan dengan Tuan Muhammad Rushdan bin Abdul Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Kemajuan Kampung Persekutuan) Mukim But dan En. Rohimi bin Mohd Salleh (Setia Usaha Jawatankuasa Pembangunan Dan Kemajuan Kampung Persekutuan) Mukim But.

Hasil perbincangan serta penjelasan yang agak panjang lebar berkaitan perjalanan kelab serta program-program yang telah di jalankan semenjak di tubuhkan , Pengerusi serta SU JPKKP Mukim But amat berpuas hati dan bersetuju untuk salurkan sebahagian peruntukan dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta program-program dalam komuniti setempat selaras dengan perancangan yang telah di susun.

Kami di CFC ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan SU JPKKP Mukim But di atas segala sumbangan dan sokongan kepada program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan di susun dan di jalankan secara berperingkat.

Terima kasih. Terima kasih,Terima kasih🤲





🌟 Penutup Liga Elit DUN Kadok 2025 🌟Dengan berlabuhnya tirai, maka berakhirlah sudah Liga Elit DUN Kadok 2025 yang penuh...
01/09/2025

🌟 Penutup Liga Elit DUN Kadok 2025 🌟

Dengan berlabuhnya tirai, maka berakhirlah sudah Liga Elit DUN Kadok 2025 yang penuh warna-warni perjuangan dan semangat kesukanan. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan yang muncul juara, waima penghargaan juga tetap diberikan kepada setiap pasukan yang berjuang sepenuh hati dan pasukan yang paling berani menyatakan hak mereka, tanpa mengenal lelah dan getir sepanjang musim.

Sesungguhnya, bola sepak ini bukanlah sekadar satu permainan. Hatta ia adalah wahana penyatuan, lambang kebersamaan, serta nadi kekuatan komuniti. Setiap titik peluh, setiap pengorbanan masa dan tenaga, serta setiap sorakan penyokong adalah bukti bahawa sukan ini telah membina ikatan yang lebih besar daripada sekadar keputusan di atas padang.

Namun begitu, harus diakui bahawa perjalanan penganjuran kali ini perlu diperhalusi semula kerana dilihatlah amatlah rugi apabila perjalanan penganjuran dari saban tahun kebelakangan dilihat semakin mampan dicacatkan dengan edisi kali ini yang dilihat serba tidak kena. Jika tahun sebelumnya urusetia tampil lebih tersusun tanpa sebarang isu besar, edisi kali ini memperlihatkan pengurusan yang agak keterbelakang, sehingga menjejaskan sedikit kelancaran liga. Hal yang demikian seyogianya diambil sebagai teguran membina, kerana sesuatu liga tidak wajar berakhir dalam keadaan hambar, sebaliknya ditutup dengan penuh kemeriahan dan keberlangsungan yang wajar dikenang.

Seandainya kelemahan ini diperbaiki, nescaya Liga Elit DUN Kadok akan terus menjadi pentas yang bermaruah dan dihormati, bukan sahaja oleh pasukan peserta, bahkan oleh masyarakat yang menyaksikannya.

Buat para pemain dan pegawai, perjalanan ini hanyalah satu bab dalam kitab perjuangan. Jadikanlah segala pengalaman yang diperoleh di sini sebagai bekalan berharga untuk melangkah ke medan yang lebih besar, khususnya Liga MB yang menanti dengan cabaran lebih getir. Teruslah berdisiplin, bersungguh dan profesional, kerana itulah kunci sejati kejayaan.

Salam kemerdekaan malaysia  yang ke 68..  semoga minda merdeka terus kekal buat selamanya.   MERDEKA X7
31/08/2025

Salam kemerdekaan malaysia yang ke 68.. semoga minda merdeka terus kekal buat selamanya.

MERDEKA X7

Address

Pejabat MBKT Cawangan Utara
Kuala Terengganu
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chengal FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share